Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Saturday, February 13, 2010

SHINE: You're My Melody 3


KUMI menjenguk ke luar rumah. Serta merta hatinya berbunga riang. Pantas dia menuruni tangga rumah terus menuju ke luar rumah. Jun sudah menanti di luar. Santai sahaja lelaki itu bersandar pada kereta.

         “ Jun!”

         Senyuman tidak lekang daripada bibir. Jun mengalih pandang sebaik sahaja suara riang gadis itu menyapa telinga. Bibirnya juga menguntum senyum. Kumi berlari-lari anak sehinggalah dia betul-betul berdiri di hadapan lelaki itu.

         “ Ingatkan awak lupa. Dah lepas lima belas minit,” ucap Kumi. Jun hanya ketawa. Perlahan sahaja bunyinya. Lelaki itu menggaru kepalanya.

         “ Maaf. Saya lewat bangun tadi.”

         Kumi mengangguk. Tidak kisahlah walau Jun lewat sedikit pun, asalkan lelaki itu tetap datang. Malah, Jun juga yang mengajak dia keluar pada hari ini.

         “ Oh ya! Lupa pulak. Sekejap ya?” kata Jun seraya menepuk dahi. Jun menjenguk ke dalam kereta. Kumi menanti dengan penuh debar. Sebuah kotak sederhana besar yang berhias indah dan sejambak bunga ros merah dibawa keluar lantas ditunjuk kepada gadis manis itu.

         “ Selamat hari lahir, Kumi,” ucap Jun.

         “ Ingatkan awak dah lupa,” balas Kumi. Dia sudah ketawa terkekeh-kekeh. Kotak yang berhias cantik itu serta jambangan bunga itu bertukar tangan. Berkali-kali Kumi mencium jambangan bunga ros merah itu.


         “ Awak tak nak buka lagi ke?” tanya Jun.

         Pantas Kumi menggeleng. Wajah lelaki itu dipandang silih berganti dengan kotak hadiah di tangan.

         “ Tak nak buka lagi. Tapi, kalau saya tak puas hati dengan hadiah ni, awak kena ganti dengan yang baru,” gurau Kumi. Kali ini Jun pula yang ketawa.

         “ Suka hati awaklah. Jom, kita dah lambat ni.”

         Kumi mengangguk. Dia memasuki kereta itu. Jun sudah duduk di bahagian pemandu. Kotak hadiah diletak di tempat duduk belakang. Kumi menoleh pada lelaki itu.

         “ Kita nak ke mana?”

         Jun hanya mengukir senyum. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan Kumi. Dahi Kumi sudah bercantum namun dia hanya mendiamkan diri. Lantaklah Jun nak bawa dia ke mana. Mereka pun bukannya siapa-siapa. Kawan baik semenjak kecil lagi. Masing-masing mendiamkan diri, melayan lagu yang dipasang oleh Jun.


SHIKARI menutup pintu biliknya lantas berjalan menuruni tangga. Baru sahaja kakinya ingin melangkah ke luar rumah sebelum namanya diseru oleh ibunya. Pantas Shikari menoleh ke arah dapur.

         “ Ya, mak?” tanya Shikari tanpa berganjak dari tempatnya. Mak Cik Yukio hanya mengukir senyum. Tangan yang basah dilap pada apron.

         “ Kamu nak ke mana petang-petang ni? Dahlah Eichii tinggalkan mak, pergi latihan. Sekarang ni kamu pulak nak tinggalkan mak?” kata Mak Cik Yukio sambil ketawa kecil. Shikari turut ketawa.

         “ Maaflah mak. Shikari kena ke MTS, nanti membebel pulak Sho kalau Shikari tak pergi. Lagipun, Eichii pun kat sana jugak,” ucap Shikari. Mak Cik Yukio berjalan mendekati anaknya.

         “ Mak bukannya apa. Sejak dua menjak ni, kamu asyik sibuk je. Uruskan SHINE, ulang kaji, latihan aikido. Mak bimbang kamu jatuh sakit, tu je,” kata Mak Cik Yukio. Shikari hanya tersenyum.

         “ Kamu balik pukul berapa?”

         Bahu dijungkit. Mak Cik Yukio mengeluh.

         “ Jangan balik lewat sangat. Ayah kamu tak balik malam ni, dia kena temankan bos dia ke luar Tokyo. Tinggal kita bertiga je malam ni. Pesan pada Eichii, makan banyak sikit masa tengah hari. nanti. Nanti pengsan pulak masa berlatih,” kata Mak Cik Yukio lagi. Shikari mengangguk. Dia tersenyum lebar.

         “ Baik, puan!”

         Badannya ditegakkan. Sebelah tangan dibawa ke dahi. Mak Cik Yukio hanya menggelengkan kepalanya. Dia ketawa.

         “ Shikari pergi dulu. Sayang mak!”

         Sebelah pipi ibunya dikucup tanda kasih sebelum dia berlari ke garaj kereta. Basikal ditunggang meninggalkan kawasan rumah. Shikari menyanyi kecil mengikut lagu kegemarannya, You’re My Melody oleh Tohoshinki.

         Syok dia mendengar lagu sehinggalah getaran telefon bimbit yang diletak dalam saku seluar jeans terasa. Sengaja dia menukar ke mod itu. Kalau dia tengah asyik sambil mendengar lagu, memang payah untuk bunyi lain mencelah masuk ke dalam telinga.

         Basikal dihentikan sebelum dia mencabut fon telinga. Paparan nama pada skrin dilihat. Bibirnya menjuih sedikit.

         “ Apa hal?”

         Suara Sho ketawa kedengaran dari hujung talian. Shikari sudah menggerutu di dalam hati. Entah apa lagi yang lelaki itu mahukan.

         “ Mintak tolong boleh tak?”

         Shikari hanya menggumam. Sayup-sayup kedengaran suara ahli yang lain sedang bergurau senda. Agaknya apalah yang sedang mereka syok bualkan. Jangan mengata aku sudahlah!

         “ Kau nak mintak tolong apa?” Jam di tangan dikerling. Baru pukul 4 petang. Abang Jun tak ada hari ni, alamatnya jadi mangsa untuk buat kerjalah jawabnya.

         “ Abang Jun tak ada hari ni. Boleh kau tolong belikan kami makanan tak? Laparlah,” kata Sho sambil terkekeh-kekeh ketawa. Shikari mengetap bibir.

         Agak dah!

         “ Korang sedar tak sekarang baru pukul berapa? Aku sendiri nampak korang berlima makan kat kantin sekolah sebelum aku balik tadi. Takkan dah lapar?” bebel Shikari. Ketawa Sho semakin kuat.

         “ Dah perut lapar, takkan kami nak biarkan je?” dalih Sho. Kuat rengusan Shikari kedengaran di telinga Sho.

         “ Beli je makanan segera. Kami nak sambung berlatih balik, jumpa lepas ni. Bye.”

         Talian diputuskan tanpa sempat Shikari berkata apa-apa. Terlopong mulutnya dengan tindakan Sho secara drastik itu. Dia memandang telefon bimbitnya dengan rasa tidak percaya.

         “ Mentang-mentanglah aku pengurus, suka hati nenek ipar kau je nak arahkan aku itu ini. Hish!”

         Telefon bimbit kembali disimpan ke dalam poket. Muka Shikari sudah masam mencuka. Namun itu tidak lama. Tiba-tiba sahaja senyumannya kembali terukir. Malah lebih lebar daripada kebiasaannya.

        
JUN ketawa terbahak-bahak. Kumi tayang muka bodoh sebaliknya terus membelek kad menu restoran tersebut. Beberapa pasang mata pelanggan lain fokus pada Jun. Barangkali mereka terganggu dengan tawa Jun yang kuat.

         “ Sudahlah! Orang lain dah tengok kita!” desis Kumi. Pantas Jun menekup mulut dengan sebelah tangannya.

         “ Maaf… maaf… Tapi, lawaklah. Habis tu, awak tinggalkan Kyo macam tu je? Lepas dia kena simbah dengan jus oren?” tanya Jun dengan tawa yang masih bersisa. Kumi mengangguk.

         “ Padan muka. Asyik kacau saya kerjanya, itulah akibatnya,” komen Kumi. Jun terus ketawa.

         Kumi menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja Jun. Dia dan Jun memang rapat. Sejak kecil lagi mereka berkawan. Bapa Jun merupakan sahabat baik bapa Kumi. Di situlah persahabatan mereka terjalin. Jika Kumi ada masalah, kepada Junlah tempat dia meluahkan. Begitu juga dengan Jun. Jika dia mempunyai masalah, hanya Kumi yang dicari. Bukan teman yang lain.

         “ Tapi, kenapalah awak tak nak Kyo tu? Okey jugak dia, bukannya teruk sangat,” Jun memberi komen. Pantas Kumi menggelengkan kepalanya. Mukanya masam.

         “ Tak nak! Dia tu teruk!”

         Jun hanya tersenyum. Dia melambai, memanggil pelayan menghampiri mereka. seorang pelayan lelaki berjalan mendekati meja pasangan itu. Ada sebuah buku nota kecil dan sebatang pen pada pelayan itu.

         “ Ya, encik?”

         Jun mengalih pandang pada Kumi. Keningnya diangkat sebelah.

         “ Nak makan apa?”

         Pesanan makanan dibuat. Sementara menunggu hidangan sampai, Jun terus-terusan menyoal Kumi berkaitan dengan Kyo, mahasiswa lelaki yang meminatinya di universiti. Sepanjang perbualan mereka, wajah Kumi langsung tidak ceria.

         “ Beritahulah, kenapa pulak awak tak nak Kyo tu? Dah setahun lebih kat universiti, sepanjang tempoh ni saya tengok dia okey je. Bukannya teruk sangat,” pujuk Jun lagi. Kumi menjuih.

         “ Tak naklah. Biarkan je dia tu, lama-lama mesti dia bosan,” kata Kumi perlahan sebelum meneguk air kosong. Jun senyum penuh rahsia.

         “ Atau awak sukakan orang lain?”

         Purr!!!

         Jun terkelip-kelip. Kumi sudah menekup mulut. Basah muka Jun dengan air yang diminumnya tadi. Kelam kabut Kumi mengelap muka Jun dengan napkin. Cemas sahaja wajah gadis itu.


        “ Jun… maaf…” Kumi sudah rasa mahu menangis di situ saja. Relaks sahaja Jun senyum kepadanya. Napkin bertukar tangan. Perlahan-lahan lelaki itu mengesat kesan air minuman pada wajahnya.

         “ Jun…”

         Jun menggeleng perlahan. Dia mengangkat wajah, terus pandangannya pada wajah panik gadis itu. Kumi menunduk. Malunya…

         “ Tak ada apa-apalah. Awak je yang takut berlebih. Bukannya saya marah pun,“ kata Jun lembut apabila melihat wajah Kumi sudah merah padam.

         “ Tapi… saya tak… muka awak...” kata-katanya tersekat. Dia memberanikan diri melihat wajah Jun. Jun kekal senyum.

         “ Dahlah. Hari ni hari lahir awak, tak elok nangis macam ni. Sudah, buat malu je dengan orang lain,” usik Jun. Kedua-dua pipi Kumi dicubit. Kumi ketawa perlahan.

         “ Maaf…”

         Jun mengangguk. Pelayan tadi kembali dengan sedulang hidangan. Ketika pelayan itu sedang mengatur hidangan, Kumi pula asyik melayan fikirannya. Dia teringatkan pertanyaan Jun sebentar tadi.

“ Atau awak sukakan orang lain?”

         Serta-merta wajah Kumi menjadi merah kembali.


“ MASINNYA!”

         Kelam-kabut Sho berlari menuju ke sinki diikuti oleh Hiko. Tidak lama kemudian Eichii dan Naoki pula yang menyertai mereka di dapur. Itsuki turut berlari ke dapur. Shikari yang sedang makan di ruang tamu bilik muzik yang dikhaskan untuk SHINE pula sedang enak menikmati makanan seolah-olah tiada apa yang berlaku.


         “ Kau letak garam satu kontena ke dalam makanan ni?” tanya Sho sebaik sahaja dia kembali dari dapur. Di tangan sudah tersedia satu gelas besar air kosong. Shikari menghentikan suapannya lantas mengangkat wajah.

         “ Kenapa pulak?” Muka kekal selamba.

         “ Makanan tadi masin sangat! Ni mesti kerja kau, kan?” tuduh Sho. Yang lain-lain sudah kembali dari dapur. Seperti mana Sho, tangan masing-masing memegang segelas besar air kosong. Muka masing-masing sudah tunjuk kelat.

         “ Gila punya masin! Kau letak garam ke, Shikari?” Itsuki pula menyoal. Shikari meneruskan suapannya.

         “ Bukan aku letak. Entah-entah tukang masak tu yang letak,” komen Shikari.

         “ Kalau bukan kau, siapa lagi? Lagipun makanan kau je yang tak masin macam kami,” kata Sho lagi. Dia meneguk air di tangan. Mereka kembali duduk di meja makan.

         Shikari merengus. “ Helo Encik Hanayashiki Sho, makanan aku ni aku beli kat kedai lain. Cuba kau buka mata luas-luas dan tengok beg plastik makanan aku. Lebih baik kau salahkan tukang masak tu, bukan aku yang tambah garam dalam makanan korang.”

         Sho merengus. Dia bangun daripada duduknya. Tajam matanya menikam wajah Shikari.

         “ Sudahlah kau! Jom semua, kita ke bilik latihan. Nak makan pun tak ada selera,” kata Sho lagi. Dia segera berlalu ke bilik latihan. Yang lain-lain hanya menurut.

         Shikari ditinggalkan seorang diri di ruang tamu. Gadis itu sudah sakit perut menahan ketawa. Sebelah tangan dibawa masuk ke dalam poket jaket yang dipakai. Di tangannya tergenggam kemas sebotol kecil garam yang kesemua isinya sudah selamat ditumpahkan ke dalam lima bekas makanan.


하나


1 comment:

pRincEssaLiE said...

wlpn cite nie agk keanank-anakkan, tpi ak mmg ske r...lagi2 klo dh melibatkan TVXQ/DBSK...he3...cepat la smbg hana!!!!he3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...