Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Thursday, March 11, 2010

Lovin' You 38


BUNYI bising di dalam wad itu memaksa Kotomi masuk untuk mengetahui sebabnya. Dia nampak doktor yang merawat Kira kelihatan cemas. Kira sedang mengamuk. Habis semua barang yang diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya dicampak ke atas lantai.

         “ Encik Masashi, tolong bertenang dulu. Encik masih ada peluang untuk sembuh. Percayalah,” kata doktor itu perlahan. Dia semakin panik apabila melihat Kira tidak mengendahkan kata-katanya.

         “ Aku tak lumpuh! Aku tak lumpuh! Berani kau tipu aku! Keluar sekarang! Keluar!” jeritan Kira semakin menggila. Bantal juga dilempar pada doktor itu.

         “ Encik Masashi, tolonglah bertenang. Saya akan bincangkan rawatan yang terbaik untuk encik dengan ibu bapa encik selepas ini. Saya akan berikan rawatan yang terbaik,” ujar doktor itu lagi.

         “ Keluar!”

         Kotomi tergamam. Wajah Kira benar-benar menakutkan dia sekarang. Lebih menakutkan daripada sebelumnya. Dia masuk ke dalam wad itu perlahan-lahan.

         “ Encik, saya…”

         “ Keluar!!!”

         Sebuah bantal lagi dilempar tepat mengenai muka doktor itu. Merah muka doktor itu menahan malu.

         “ Aku kata keluar! Keluar!!!”

         Doktor itu semakin panik. Kotomi menggeleng. Dia memegang lengan doktor itu seketika.

         “ Tuan doktor boleh keluar dulu. Saya boleh tenangkan dia,” bisik Kotomi. Doktor itu masih tidak berganjak.

         “ Percayalah.”

         Lama doktor itu mendiamkan diri sebelum dia mengangguk. “ Baiklah. Saya keluar dulu. Kalau keadaan tidak terkawal juga, saya terpaksa arahkan jururawat menyuntik ubat penenang kepada dia.”

         Kotomi mengangguk. Dia memberi tunduk hormat sebelum lelaki itu keluar. Dia kembali memalingkan wajah pada Kira yang sedang menekup muka di atas katil. Perlahan sahaja langkahnya mendekati lelaki itu.

         “ Kenapa kau berada di sini? Aku tak perlukan kau,” kasar lelaki itu berkata-kata. Kotomi menelan liur.

         “ Awak akan pulih, jangan bimbang,” tutur gadis itu. Kira ketawa sinis. Kedengaran daripada sebalik tapak tangannya. Kotomi bertambah gementar.

         “ Pulih? Bukankah itu kata-kata setiap doktor untuk menenangkan hati pesakitnya sahaja? Aku tak akan tertipu.”

         Kotomi mengetap bibir. Kira masih tidak sudi untuk melihat mukanya.

         “ Awak boleh berjalan balik kalau awak jalani rawatan fisioterapi tu. Awak masih ada harapan untuk sembuh!”

         Sekali lagi Kira ketawa sinis. Kali ini matanya tajam menikam wajah gadis di hadapannya kini.

         “ Harapan? Aku tak percayakan pada benda karut tu. Harapan hanyalah untuk orang yang takut untuk menghadapi kenyataan dan aku bukanlah orang seperti itu, kau faham?”

         “ Kalau awak tak takut menghadapi kenyataan, kenapa awak harus menjerit-jerit sebegini masa doktor beritahu yang awak lumpuh? Itu tandanya awak orang yang takut untuk menghadapi hakikat yang sebenarnya!”

         Kira tergamam. Kata-katanya menjerat dirinya. Membara wajah gadis itu. Kira tunduk kembali. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

         “ Kenapa awak harus menidakkan harapan yang ada di hadapan awak? Kenapa? Awak masih mampu untuk mengembalikan segalanya,” lirih Kotomi bersuara. Dia mahu menyedarkan lelaki itu tetapi dia hampa apabila melihat Kira tetap menggeleng.

         “ Harapan untuk aku ibarat mimpi. Sebaik sahaja aku terjaga daripada lena, mimpi itu akan pergi. Aku tak nak kecewa lagi. Sudah cukup dengan apa yang aku alami dahulu.”

         Sayu suara lelaki itu semakin menambah lara hatinya. Tanpa disedarinya, tangannya sudah kuat menggengam tangan Kira. Kira tersentak. Wajah gadis yang sudah berendam dengan air mata itu ditatap lesu.

         “ Tolonglah percaya pada harapan-harapan awak! Harapan untuk awak sembuh, harapan untuk awak mengejar impian awak. Awak kena percayakannya jika awak nak ianya terjadi!”

         Kira menarik tangannya daripada genggaman Kotomi. Dia memalingkan wajah ke luar tingkap. Matanya dipejam rapat.

         “ Tolong keluar.”

         Kotomi tersentak. Dia melihat bahu Kira sudah terhinggut-hinggut. Lelaki itu sedang menangis.

         “ Tolong keluar.”

         Kotomi mengangguk. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan Kira dalam keadaan sebegitu, dia terpaksa akur. Jika dia berkeras, dia bimbang jarak antara dia dan Kira akan semakin jauh. Dia tidak mahu perkara itu terjadi.

         “ Baiklah. Saya keluar dulu.”

         Kira membuka matanya sebaik sahaja kedengaran bunyi pintu ditutup perlahan. Selimut yang melindungi kakinya dibawa ke tepi. Dia cuba menggerakkan kedua-dua kakinya itu tetapi gagal. Kini kedua-dua kakinya tidak ubah seperti kayu keras yang hanya bergerak apabila ditolak oleh orang lain. Tangannya menghentak kuat kakinya tetapi tiada rasa sakit yang dirasakan.

         “ Tolonglah bergerak. Tolonglah…”

         Tangan semakin kuat memukul kaki tetapi masih tiada respon walau sedikit. Kakinya kekal kaku di tempatnya tanpa rasa sakit. Kira tergamam. Dia terpaksa mengakui hakikat itu. Dia sudah lumpuh. Tiada yang dapat dinafikannya lagi. Air matanya mengalir lagi. Dia menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya.

         Lelaki itu tidak sedar, perlakuannya tadi disaksikan oleh Kotomi. Bibir diketap kuat tetapi bunyi esakannya masih kedengaran. Terasa hatinya ditikam oleh beribu mata pisau yang tajam apabila melihat Kira dalam keadaan sebegitu.

         Apa yang boleh aku lakukan untuk bantu dia? Tolonglah... aku benar-benar tak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Aku tak sanggup lagi nak tengok dia macam tu. Aku tak sanggup...

         Matanya dipejam serapat mungkin. Kalau dia berdaya melakukannya, dia akan memutar masa kembali ke belakang. Ketika dia dan Kira masih boleh bergurau senda. Dia rindukan usikan lelaki itu. Sungguh! Dia rindu!


PASANGAN Masashi tiba lewat tengah hari tadi. Penerbangan yang terpaksa ditangguhkan kerana hujan ribut tidak membenarkan mereka kembali ke Jepun pada masa yang ditetapkan. Pak Cik Ozu turut datang bersama-sama mereka. 

         “ Tuan muda baik-baik sahaja, kan?” tanya Pak Cik Ozu. Lemah sahaja Kotomi mengangguk.

         Ibu bapa Kira diminta bertemu dengan doktor yang merawat Kira. Hanya Kotomi dan Pak Cik Ozu sahaja yang sedang menunggu d dalam wad. Kira sedang lena saat ini. Selepas makan tengah hari dengan paksaan Kotomi dan disuap ubat, bagaikan bayi sahaja wajah itu sekarang. Tenang tanpa sebarang gangguan.

         “ Saya bimbang kalau Kira berkeras tak nak jalani rawatan. Rawatan itu sahaja jalan untuk dia pulih kembali,” kata Kotomi perlahan. Wajah Kira yang sedang tidur tidak lekang daripada matanya. Kotomi mengeluh di dalam hati.

         “ Kita akan yakinkan tuan muda untuk menjalani rawatan tu sama-sama. Kamu akan tolong pak cik dan pak cik akan tolong kamu, boleh?” lembut Pak Cik Ozu menutur kata. Kotomi tersenyum hambar.

         “ Terima kasih, pak cik.”

         Pak Cik Ozu tersenyum. Dia mengusap kepala Kotomi perlahan-lahan.

         “ Masa doktor beritahu Kira yang dia lumpuh, dia benar-benar marah. Habis semua barang dia lempar ke lantai. Saya tahu Kira sakit hati, tapi saya tak tahu apa patut yang saya buat. Setakat ini, saya tidak nampak caranya untuk tenangkan hati Kira. Dia terus hanyut dalam kekecewaan dia.”

         Pak Cik Ozu mengeluh. Dia mengangguk perlahan.

         “ Pak cik tahu benar dengan perasaan tuan muda yang kecewa. Pak ciklah yang menjaga dia sejak bayi lagi. Seawal usia lima tahun, tuan muda sudah ditinggalkan oleh tuan dan puan kerana urusan di luar negara yang tidak habis-habis. Selain pak cik, tuan muda juga rapat dengan mendiang Tuan Besar Masashi. Apa yang pak cik lihat, tuan muda hanya kelihatan gembira apabila berdampingan dengan datuknya. Jika Tuan Besar Masashi ada barulah tuan muda berpeluang untuk bermain seperti kanak-kanak lain. Jika tidak, masanya hanyalah untuk belajar. Tuan muda berjinak-jinak dengan piano kerana pengaruh tuan besar. Sejak awal lagi Tuan Masashi tidak suka dengan penglibatannya tu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana tuan besar mengalakkan tuan muda bermain piano. Kerana pengaruh tuan besarlah, tuan muda menyimpan hasrat untuk menjadi pemain piano yang hebat suatu hari nanti. Setelah tuan besar meninggal dunia, tuan melarang terus tuan muda bermain piano. Tuan Masashi mahu tuan muda mewarisi perniagaannya, bukan menjadi pemain piano. Halangan bermain piano itulah menjadi penyebab kenapa tuan muda membenci bapanya. Selama ini, dia hanya menurut kemahuan Tuan Masashi. Tuan Muda Kira tidak pernah mempunyai peluang untuk melakukan apa yang disukainya.”

         Perlahan sahaja anggukan Kotomi. Dia sudah mengetahui kisah itu. Tentu sukar buat Kira. Sewaktu kanak-kanak sebayanya sedang bermain dengan gembira bersama-sama teman, dia pula harus berada di dalam bilik belajar kerana ada sesi tutorial.

         “ Kita masih boleh ubah sebelum terlambat. Saya yakin kebencian Kira pada bapanya hanya bersifat sementara. Dia akan sedar kesilapan dia juga suatu hari nanti.”

         Pak Cik Ozu mengangguk.

         “ Itu juga harapan pak cik.”

         Kotomi tersenyum hambar. Dia menoleh ke bahagian kanannya. Tuan dan Puan Masashi sedang berjalan ke arah mereka. Sut hitam mahal tidak lekang daripada tubuh Tuan Masashi walaupun berada di hospital. Begitu juga dengan Puan Masashi yang kelihatan anggun dengan gaun paras lututnya.

         Pak Cik Ozu dan Kotomi bangun serentak untuk memberi tunduk hormat. Tuan Masashi mengangguk sekilas manakala Puan Masashi tersenyum sahaja.

         “ Bagaimana dengan keadaan tuan muda, tuan?” penuh tertib Pak Cik Ozu menyoal. Kotomi hanya mendiamkan diri di sebelah Pak Cik Ozu. Bimbang akan terlepas cakap sesuatu yang tidak sepatutnya jika dia mencelah perbualan mereka.

         “ Doktor menyarankan rawatan fisioterapi yang terbaik untuk dia. Walau bagaimanapun, doktor memerlukan persetujuan Kira sebelum mengatur jadualnya. Pak cik, tolong pujuk dia untuk menjalani rawatan. Doktor ada beritahu kami bahawa Kira berkeras tidak mahu menjalani rawatan. Jika dia tidak mahu juga, saya akan paksa dia,” tegas Tuan Masashi berkata-kata. Kotomi terkedu.

         Memang patut jika Kira membenci bapanya. Lelaki yang berdiri gah di hadapannya kini tidak ubah seperti seorang ditaktor. Setiap arahannya tidak boleh dibantah. Jika dibantah, kelak akibat yang buruk akan menimpa. Dia sendiri takut untuk berhadapan dengan bapa Kira.

         “ Tapi, tuan… Susah untuk tuan muda sembuh kalau dia menjalani rawatan tanpa kerelaan dia. Pak cik percaya tuan muda akan menjalani rawatan itu setelah emosinya stabil. Kita cuma perlu tunggu keadaan emosi tuan muda baik dahulu,” kata Pak Cik Ozu membantah.

         Dia tidak bersetuju dengan kata-kata majikannya itu. Memaksa Kira menjalani rawatan ketika emosinya tidak stabil merupakan suatu tekanan buat anak muda itu.

         “ Saya tak peduli. Apa yang saya mahu Kira sembuh dengan cepat. Satu lagi, Kira dibenarkan pulang esok. Doktor kata luka-lukanya semakin sembuh dan dia boleh pulang esok. Saya mahu pak cik uruskan semuanya,” kata Tuan Masashi lagi.

         Pak Cik Ozu terdiam. Dia tidak boleh mengubah kehendak lelaki itu. Semuanya jelas sebagai arahan.

         “ Baiklah, tuan.”

         Lemah nada Pak Cik Ozu saat ini. Kotomi semakin terkejut. Dia benar-benar tidak sangka bahawa bapa Kira memang boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang tidak layak bergelar bapa. Langsung tiada simpati lelaki itu buat anaknya yang sedang sakit. Kotomi mengetap bibir.

         “ Kami pulang dulu. Saya…”

         “ Boleh saya temankan Kira di sini?” celah Puan Masashi setelah sekian lama mendiamkan diri. Wajah tegas suaminya itu dipandang lembut.

         “ Kenapa awak susah payah nak tunggu di sini? Dah ada orang yang tunggu dia di sini,” bantah Tuan Masashi. Puan Masashi terpaksa akur. Dia mengangguk perlahan.

         “ Kami pulang dulu,” kata Tuan Masashi sebelum pantas berjalan meninggalkan Pak Cik Ozu dan Kotomi. Kotomi memandang wajah Pak Cik Ozu.

         “ Sekarang saya tahu kenapa Kira amat bencikan bapanya,” kata Kotomi perlahan.

         Pak Cik Ozu ketawa kecil. “ Kenapa?”

         “ Bapa Kira tidak ubah seperti ditaktor pemerintahan kuku besi.”

         Pak Cik Ozu mengangguk. Dia menepuk bahu Kotomi perlahan.

         “ Itulah Tuan Masashi yang pak cik kenal dari dulu sampai sekarang,” tutur Pak Cik Ozu sambil tersenyum pahit.

         Mereka berdua kembali duduk di atas deretan kerusi yang disediakan oleh pihak hospital. Baru sahaja Kotomi melabuhkan duduknya sebelum telefon bimbitnya berdering. Pantas dia mengambil telefon bimbit itu daripada saku jeansnya. Kotomi tersenyum.

         “ Mak.”

         Kotomi meminta kebenaran untuk beredar sebentar. Pak Cik Ozu hanya mengangguk tanpa suara. Kotomi berjalan berhampiran tingkap. Punat hijau ditekan sebelum dia melekapkan telefon pada telinganya.

         “ Helo, mak? Kenapa telefon Kotomi tiba-tiba je ni?”

         Kotomi cuba berseloroh tetapi suara cemas ibunya di hujung talian mematikan senyum di bibir. Lama dia mendengar kata-kata ibunya sebelum dia tergamam.

         “ Pu… pulang ke Hokkaido?”

         Tanpa disedari Kotomi, telefon sudah dibawa ke tepi. Kotomi terkedu.   

하나


4 comments:

epy elina said...

hohohoho....
jgn la kotomi pulang skrang....
kcian kira....
kira prlukan smngat kotomi untk bangkit kmbali....
br kira smbuh brulah kotomi plang ke kg halamanya....

Hana Kimi said...

hehe ;D
jgn risau, Hana xkan wat sad endingnye lah ;D

pRincEssaLiE said...

lme lg ke na abis lovin you nieh???
cte die mkin rumit plak...
xkan la si kotomi tu nk blik???
sian r si kira...
dh r bpk die mcm xde perasaan...hoho

fallenmoon said...

Kotomi nak balik dh?
Ayah Kira tu jahatlah..
Ada ke dipaksa2 org..
hish2..
Best! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...