Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Saturday, March 20, 2010

SHINE: You're My Melody 5


JUN berlari-lari mengejar Kumi yang sudah semakin jauh ke hadapan. Beberapa kali mulutnya menyeru nama gadis itu namun Kumi tetap buat tidak peduli. Jun mengeluh. Tangan gadis itu direntap.

         “ Kumi, tunggu dulu!” rayu Jun. Kumi menghentikan langkah namun tetap tidak menoleh ke belakang. Jun termengah-mengah.

         “ Kumi,” panggil Jun lagi. Kedengaran rengusan Kumi di telinganya.

         Jun mengeluh buat kesekian kali. Rasa menyesal pula kerana berkelakuan seperti itu tadi. Tetapi, dia terpaksa. Apatah lagi semuanya atas permintaan seseorang.

         “ Awak tak patut buat macam tu! Awak tahu saya benci dia!” marah Kumi tanpa memandang wajah Jun. Jun mengangguk.

         “ Ya, saya tahu,” akur Jun.

         “ Habis tu, kenapa buat jugak?” marah Kumi lagi. Tangannya direntap. Dia berdiri berpeluk tubuh. Jun mengeluh lagi. Entah sudah kali ke berapa dia mengeluh. Kumi masih tidak sudi melihat wajahnya.

         “ Kyo kawan saya. Saya tak boleh tolak permintaan dia. Saya...”

         “ Tapi saya kawan awak jugak! Awak kenal Kyo sejak awak masuk universiti tapi awak kenal saya sejak umur lima tahun! Tergamak awak buat macam tu!” potong Kumi. Dia menoleh ke belakang.

         “ Tolonglah, Kumi. Saya minta maaf,” ucap Jun. Pantas Kumi menggeleng. Dia meneruskan langkah. Jun menggaru kepalanya yang tidak gatal.

         Sudah lama dia tidak bergaduh sebegini hebat dengan Kumi. Tetapi, kali ini memang salahnya. Sudah tahu Kumi bencikan Kyo tapi tetap gatal nak aturkan temu janji untuk mereka berdua. Tetapi, jikalau bukan Kyo yang meminta tolong, sudah pasti dia tidak akan menempah maut sendiri. Bukannya dia tidak tahu betapa bencinya Kumi pada Kyo. Lelaki itu sering menganggunya tidak kira masa. Nasib baik sahaja Kumi tidak mengikut ibu bapanya berpindah ke luar negara semata-mata mahu mengelakkan diri daripada Kyo.

         Alamak! Masalah besar ni!


SUDAH banyak kertas bergumpal di atas lantai. Shikari menggaru-garu kepalanya. Sesekali dia merengus. Sehelai kertas lagi digumpal lantas dicampak ke atas lantai.

         “ Wohoo! Kenapa pulak ni?”

         Shikari menoleh ke dapur. SHINE baru sahaja keluar dari dapur, entah apalah yang mereka semua buat dalam tu. Takkan memasak kot?

         “ Sibuklah kau. Aku dah nak pecah kepala buat esei Bahasa Inggeris ni,” balas Shikari. Tangan menarik sehelai lagi kertas kosong lalu diletak di atas meja. Sebuah lagi buku rujukan dibuka. Sho mengambil tempat di atas sofa yang terletak di belakang Shikari. Gadis itu sedang duduk menghadap meja teh yang diletakkan bersama set sofa itu.

         “ Kau rehatlah dulu. Kau sibuk mengalahkan kami,” komen Sho. Hiko, Itsuki, Naoki dan Eichii turut mengambil tempat di sofa.

         “ Betul cakap Sho tu. Rehatlah dulu,” balas Itsuki. Yang lain-lain mengangguk. Shikari menggeleng.

         “ Mana boleh! Kalau aku rehat, takkan siap punyalah kerja aku ni. Kerja sekolah lain banyak lagi,” kata Shikari. Dia mula menulis kembali.

         Naoki ketawa. Dia mengambil buku rujukan yang elok sahaja berada di tangan Shikari. Shikari buat muka namun Naoki buat tidak peduli. Buku rujukan itu dibelek berulang kali.

         “ Cikgu Eri bagi tajuk esei apa, ya? Aku dah lupalah,” tanya Naoki. Dia, Shikari dan Sho berada di kelas yang sama. Itsuki dan Hiko pula berada di kelas yang lain. Hanya Eichii yang berada di tahun lain.

         “ Bolehlah kau lupa tajuk apa Cikgu Eri bagi? Dia suruh kita buat esei pasal kebudayaan Jepun. Dia nak tengok esei tu hari Isnin, korang dua tak siap lagi?” tanya Shikari. Dia memandang Naoki dan Sho silih berganti. Mereka berdua diam. Shikari menepuk kuat dahinya. Sah mereka tak siapkan lagi!

         “ Relakslah, Shikari. Bukannya Cikgu Eri makan kau pun kalau kau tak siapkan kerja tu,” jawab Sho mudah. Shikari mahu membalas kata-kata lelaki itu sebelum perhatian mereka terganggu dengan bunyi pintu dibuka. Kelihatan Jun memasuki bilik muzik itu.

         “ Abang Jun.” Mereka memberi ucap selamat. Jun hanya mengangguk. Wajahnya masih murung. Shikari dan SHINE tertanya-tanya. Kenapa pula tu?

         “ Korang dah tengok koreografi lagu baru tu?” tanya Jun perlahan. Sho mengangguk. Jun tersenyum namun jelas kelihatan senyumannya itu hambar.

         “ Abang Jun, kenapa?” tanya Shikari. Jun tersentak. Dia teringatkan pergaduhan antara dia dengan Kumi. Jun mengeluh berat. Pantas dia menggeleng.

         “ Tak ada apa-apalah. Abang okey je,” balas Jun. Dia duduk di sisi Sho. Perhatiannya tertumpu pada gumpalan kertas yang bertaburan di atas lantai. Dahinya berkerut.

         “ Siapa punya kerja ni?”

         Pantas Sho menunjuk ke arah Shikari. Shikari tersengih-sengih. Alamak...

         “ Kamu buat apa sampai kertas banyak bergumpal macam ni?” tanya Jun lagi. Dia mengambil salah satu daripada gumpalan kertas itu sebelum dibuka.

         “ Esei Bahasa Inggeris?” Pandangan Jun beralih kepada Shikari. Shikari mengangguk.

         “ Tak ada idea nak tulis macam mana,” ujar Shikari.

         Jun mengangguk sekilas sebelum sesuatu terlintas dalam fikirannya. Dia sedang memikirkan sesuatu. Kertas itu kembali digumpal sebelum dia merenung Shikari. Dia menarik nafas seketika sebelum mula membuka mulut.

         “ Boleh kamu tolong abang? Sebagai balasannya, abang ajar kamu tulis esei ni. Boleh?” tanya Jun secara tiba-tiba. Kening Shikari bercantum.

         “ Tolong abang apa?”

         Jun diam sejenak. Dia menarik senyum. Nampaknya masalah dia boleh diselesaikan tidak lama lagi.

         “ Jadi penyelamat abang?”

         Shikari termangu. Begitu juga dengan SHINE. Penyelamat?

         “ A... apa? Penyelamat?”


KUMI berlegar dalam kompleks beli belah Eastern Star. Kebosanan sudah menguasai diri tetapi apa boleh buat. Takkanlah dia mahu mengajak Jun menemaninya sedangkan mereka sedangkan masih bergaduh. Jika difikirkan kembali, mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh.

         “ Bosannya...”

         Mahu membeli-belah tetapi dia tiada teman. Agak bosan jika membeli-belah tanpa teman. Mahu mengajak rakan-rakan perempuannya yang lain, kesemuanya sibuk apatah lagi Kumi jarang meluangkan masa dengan mereka. Jika mahu membeli-belah, pasti Jun yang akan diheret menemaninya.

         Langkah kakinya bergerak memasuki sebuah butik pakaian wanita. Satu persatu pakaian yang menarik perhatiannya dibelek. Mata Kumi tertumpu pada sehelai gaun biru muda yang tersarung di tubuh anak patung. Cantiknya...

         “ Boleh saya tolong, cik?” sapa seorang jurujual wanita. Kumi mengukir senyum.

         “ Boleh saya cuba gaun ini?” tanya Kumi. Jurujual wanita itu mengangguk. Dia mengiringi Kumi menuju ke bilik persalinan.

         Cantiknya gaun ni. Sesuai kalau aku pakai ke majlis tari menari anjuran MTS. Tapi, takkanlah aku nak pergi kalau gaduh lagi dengan Jun, fikir Kumi sambil tersenyum sendirian. Dia teringatkan undangan Jun untuk ke majlis tari menari anjuran MTS beberapa hari yang lalu. Selesai mencuba, dia menghulurkan gaun itu kepada jurujual wanita tersebut.

         “ Tolong masukkan dalam beg kertasnya,” beritahu Kumi. Jurujual wanita itu mengangguk.

         Selesai sahaja acara jual beli, Kumi segera keluar dari butik itu. Dia membuka beg kertas itu sebelum mengeluh perlahan.

         Tak ada guna juga aku beli gaun ni. Bukannya aku ke majlis tu pun.

         Kumi mengeluh lagi. Dia melihat pada jam di tangan. Baru pukul 2.30 petang. Orang masih ramai dalam kompleks beli belah itu. Nampaknya, hanya dia sahaja yang tiada teman. Ada yang datang dengan ahli keluarga, dengan rakan-rakan malah ada juga yang datang dengan teman istimewa masing-masing.

         Kumi berpaling ke belakang. Baru sahaja dia ingin melangkah sebelum namanya diseru seseorang. Pantas Kumi menoleh. Senyumannya mekar serta merta.

         “ Shikari! Buat apa kat sini?” tanya Kumi sebaik sahaja langkah Shikari sudah semakin mendekatinya. Shikari menguntum senyum. Dia melihat pada beg kertas di tangan Kumi.

         “ Jalan-jalan. Baru balik dari MTS. Hari ni saya pulang awal, ada hal datang sini. Apa yang Kak Kumi beli?” tanya Shikari. Di sebalik senyumannya ada rahsia yang tersembunyi. Dia teringatkan ketika dia berada di dalam bilik muzik tadi.

         “ Oh... kakak beli gaun. Saja je. Kamu ada hal apa sampai datang ke sini?” tanya Kumi pula.

         “ Saya nak beli hadiah untuk kawan saya. Hari lahirnya dah makin hampir tapi sampai sekarang saya tak tahu nak beli apa. Gaun atau patung, entahlah,” jelas Shikari. Kumi mengangguk.

         “ Kamu sorang saja, kan?” tanya Kumi. Pantas Shikari mengangguk.

         “ Ya, kenapa kak?” tanya Kumi teragak-agak. Kumi ketawa perlahan. Tiba-tiba sahaja tangannya mencapai tangan Shikari.

         “ Mari kakak tolong kamu cari hadiah. Kak pun bosan sorang-sorang je kat sini. Kamu tak kisahkan?” tanya Kumi. Shikari menggeleng perlahan. Kumi tersenyum puas.

         “ Baguslah kalau macam tu. Mari, kakak tahu satu tempat yang sesuai untuk cari hadiah untuk kawan kamu. Mari!” penuh semangat Kumi mengajak. Dia menarik Shikari mengekori langkahnya. Shikari tersenyum. Dia menoleh ke belakang sebelum kembali melihat pada wajah Kumi.


“ CANTIK baju tu. Tentu sesuai dengan kawan kamu,” kata Kumi sebelum menghirup jus oren yang dipesan. Shikari mengangguk. Dia melihat pada beg plastik yang terisi sehelai blaus berwarna putih itu.

         Selesai sahaja membeli-belah, Shikari mengajak Kumi ke kedai aiskrim. Mereka duduk di bahagian yang agak tersorok. Tempat itu juga Shikari yang pilih. Kenapa? Ada sebabnya.

         “ Kenapa Kak Kumi ke sini sorang-sorang? Abang Jun mana?” tanya Shikari berterus-terang. Senyuman Kumi mati. Dia menggeleng perlahan. Bahunya dijungkit.

         “ Entahlah. Dia tak ke MTS ke hari ni?” tanya Kumi. Shikari menggeleng. Kumi mengeluh.

         “ Kak Kumi gaduh dengan Abang Jun ke?” tanya Shikari. Wajah Kumi berubah riak. Teragak-agak dia mengangguk.

         “ Salah kakak jugak, marahkan dia tak tentu pasal,” jelas Kumi. Entah kenapa, senang sahaja dia mahu memberitahu masalahnya kepada Shikari sedangkan mereka jarang berjumpa. Kumi juga selesa apabila bersama-sama dengan gadis itu. Seperti kakak dan adik.

         “ Sebab tulah jangan marah tak tentu pasal. Tengok, sekarang awak pulak yang menyesal,” ujar suatu suara di belakang Kumi. Kumi tergamam. Pantas dia menoleh ke belakang.

         “ Jun?”

         Jun tersenyum. Di tangannya ada sebekas besar aiskrim strawberi berhias sos rasberi. Dia meletakkan bekas aiskrim itu di hadapan Kumi. Kumi tercengang. Sos rasberi itu membentuk seorang kanak-kanak perempuan yang sedang makan aiskrim kon. Kumi menoleh ke arah Jun.

         “ Saya ingat lagi, masa kecil-kecil dulu awak suka makan aiskrim strawberi dengan sos rasberi kalau awak marah atau sedih. Kali ni saya bawakan aiskrim strawberi ni dalam bekas besar. Manalah tahu, marah awak cepat reda,” ujar Jun sambil mengusik. Kumi mengetap bibir. Dia menoleh ke arah Shikari.

         “ Shikari, kamu...” Kumi kehilangan kata-kata. Shikari ketawa.

         “ Hari ni saya jadi penyelamat hubungan Abang Jun dan Kak Kumi,” kata Shikari riang. Itulah yang diminta oleh Jun ketika di MTS tadi. Jun berharap agar Shikari boleh membantu dia berbaik kembali dengan Kumi.

         “ Bukan salah Shikari. Saya yang minta dia tolong kita berbaik semula. Awak masih marahkan saya?” tanya Jun. Kumi mengetap bibir. Dia melihat pada aiskrim dalam bekas besar itu.

         “ Saya maafkan awak kalau awak tolong saya habiskan aiskrim ni. Awak nak saya gemuk ke makan aiskrim banyak-banyak? Shikari, kamu pun kena tolong kakak habiskan aiskrim ni. Salah kamu sebab baik hati sangat nak tolong Abang Jun kamu ni,” kata Kumi sambil tersenyum. Shikari ketawa senang hati.

         “ Baiklah, Kak Kumi.”

         Jun tersenyum sebelum menyuap aiskrim. Senang hatinya kerana berjaya berbaik kembali dengan Kumi. Semuanya kerana pertolongan Shikari. Dia melihat pada Kumi yang sedang berbual-bual dengan Shikari. Tanpa sebarang isyarat hatinya terasa berdebar hebat.

하나

3 comments:

Anonymous said...

akhirnye de jgk n3 bru...
besh la!!
cpt smbg..
-kyra-

Ara Ali Fath said...

rindunya ngn SHINE!!!

Hana Norisa said...

hahahaha..
switnyer kumi ngan jun...
really love both of them..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...