Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Monday, March 29, 2010

SHINE: You're My Melody 6


“ APA?”

         Jun mengangguk. Dia melipat kertas yang isinya baru sahaja dibaca masuk ke dalam poket. Mulut masing-masing dah terlopong. Shikari yang sedang memerhatikan mereka semua sudah tersenyum-senyum.

    “ Kami kena hadiri majlis tari menari MTS?” tanya Sho tidak percaya. Jun mengangguk.

         “ Wajib,” ucap Jun. Dia menekankan pada perkataan itu. Sho menepuk dahi. Mulut Naoki dan Eichii bertambah luas bukaannya. Itsuki menggeleng-geleng tidak percaya. Hiko hanya mendiamkan diri.

         “ Tapi, kami tak pandai menari waltz. Dalam SHINE, Eichii sorang je yang pandai,” beritahu Itsuki. Yang lain-lain mengangguk. Selama ini mereka hanya pandai menari tarian rancak sahaja. Belum pernah lagi mereka menari tarian waltz.

         “ Jangan risau. Asalkan kamu tahu asasnya, dah tentu kamu boleh buat. Abang boleh ajar sikit-sikit,” balas Jun.

         “ Tapi, dah tentu kami kena bawa teman menari, kan?” tanya Eichii pula. Jun mengangguk.

         “ Takkanlah korang nak berdiri senyap je sepanjang majlis. Dah tentu kamu kena bawa teman menari.”

         Keluhan masing-masing bertambah berat. Shikari ketawa. Tawanya menarik perhatian mereka. Jun mengangkat kening.

         “ Masalahnya Abang Jun, mereka semua ni tak ada kawan perempuan. Macam mana nak bawa teman ke majlis tu?” kata Shikari dengan tawanya. Sho mencebik. Dia menghampiri Shikari sebelum meluku kepala gadis itu.

         “ Hoi! Dengki je kerja kau,” marah Shikari. Hujung kaki Sho disepak.

         “ Sudahlah korang semua. Yang penting sekarang, Sho yang wajib menari dengan teman sebab dia ketua kumpulan. Korang semua boleh menari dengan siapa-siapa yang hadir majlis tu nanti. Kalau tidak pun, ajak je sepupu atau adik. Senang kerja kamu semua,” kata Jun.

         “ Maksud abang, kami tak payah bawa teman?” tanya Naoki dengan senyuman kelegaan. Jun mengangguk.

         “ Habis tu, macam mana dengan saya? Saya tak ada adik perempuan,” tanya Sho. Dengki juga kerana ahli lain dibenarkan pengecualian. Dia juga yang terpaksa bersusah payah menari di majlis itu nanti.

         “ Apa kata kalau kamu ajak Shikari? Dia pun dah tentu datang tak bawa teman. Kamu ketua kumpulan, jadi kamu wajib bawa teman. Alang-alang kamu berdua kawan, lebih baik kamu ajak Shikari,” beritahu Jun.

         Shikari sudah rasa mahu tercekik. Aku? Pantas dia menoleh ke arah Sho. Oh tidak!!! Tak ada manusia lain ke selain daripada dia?

         “ Boleh jugak, abang. Dah tentu saya dan Shikari akan gembira sepanjang masa latihan dan majlis tu nanti,” beritahu Sho dengan senyuman jahatnya. Shikari mengetap bibir. Kakinya menghentak lantai.

         “ Kenapalah dengan manusia macam kau jadi teman menari aku? Tak ada orang lain ke?’ bebel Shikari. Sho ketawa terbahak-bahak. Dia merangkul bahu Shikari.

         “ Tak apa. Kau tentu ‘gembira’ sebab aku yang kacak lagi popular ni jadi teman menari kau,” kata Sho. Ahli SHINE yang lain ketawa, tahu benar dengan mereka berdua yang gemar bergaduh. Abang Jun hanya tersenyum saja. Dia juga sudah masak dengan tingkah laku Sho dan Shikari yang gemar bergaduh.

         “ Tak ingin aku!”

         Serentak dengan itu, sebelah kaki Shikari kuat memijak kaki kanan Sho. Sho mengaduh kesakitan. Dia terhincut-hincut menahan sakit di kaki. Shikari tersenyum puas hati.

         “ Padan muka kau! Aku pula yang akan pastikan kau ‘gembira’ sepanjang latihan menari dengan majlis tu nanti. Selamat tinggal,” kata Shikari sinis setelah mengambil beg sandangnya. Dia berjalan keluar dari bilik muzik diekori oleh Eichii.

         “ Agak-agak, tengkuk kau dan kaki kau patah tak masa latihan menari dengan Shikari nanti?” tanya Itsuki tanpa dapat menahan tawanya.

         Sho mendengus. “ Kalau aku masuk hospital disebabkan oleh dia, kau yang akan gantikan tempat aku. Faham?”

         Itsuki menggeleng. “ Tak nak.”

         Sho berjalan lalu duduk di atas sofa. Dia menggosok bahagian kakinya yang sakit akibat dipijak oleh Shikari. Sho merenung kakinya yang mula memerah. Kalaulah belum menari pun macam ni, apa agaknya nasib aku masa latihan menari tu ye? Patah kaki kot?


SHIKARI mendengus. Dia berjalan ulang-alik sambil bercekak pinggang. Eichii yang duduk di hadapannya sudah mula terkuap-kuap. Dia menutup majalah yang baru setengah dibacanya.

         “ Sudahlah kak. Dah lebih 30 minit kakak asyik ulang-alik macam tu. Eichii yang tengok ni pun dah rasa penat,” ujar Eichii. Shikari mematikan langkahnya. Dia menoleh melihat ke arah adiknya.

         “ Tapi, macam mana kakak nak menari. Dahlah kakak tak pandai menari, menari pulak dengan Sho. Kamu lainlah, kalau kamu kena menari pun kamu dah pandai,” balas Shikari. Eichii ketawa.

         “ Kalau kakak nak, Eichii boleh tolong ajarkan,” Eichii menawarkan bantuan. Shikari diam sejenak sebelum dia mengangguk.

         “ Elok jugak tu. Tak payahlah kakak berlatih dengan Sho,” ujar Shikari. Tawa Eichii bertambah kuat. Dia bangun daripada duduknya.

         “ Kita ke ruang tamu tingkat ataslah. Kat sana luas lagi, jom kak!”

         Shikari menurut sahaja. Nampaknya, adiknya pula yang paksa rela menjadi guru tarian waltznya. Terpaksalah dia menurut saja. Itu lebih baik daripada bertegang urat dengan Sho yang semestinya akan berlaku jika mereka berlatih bersama.


SELURUH kawasan lobi hotel diperhatikan namun masih tiada kelihatan bayang manusia yang dicari. Kuat rengusan Shikari menyapa telinga mereka yang berdekatan. Terasa bahunya ditepuk perlahan. Dia menoleh.

         “ Kenapa? Mereka tak datang lagi?” tegur Kumi. Pantas Shikari menggeleng. Dia memerhatikan Kumi yang berpasangan dengan Jun. Kumi mengenakan gaun biru muda yang dibelinya tempoh hari. Jun pula memakai tuksedo dan kemeja yang sedondon dengan gaun Kumi.

         “ Kejap lagi mereka datanglah tu. Kamu jangan bimbang,” Jun mencelah. Dia melihat pada jam di pergelangan tangan. Masih ada lima belas minit sebelum majlis bermula.

         “ Jangan Sho tak  datang langsung sudahlah. Kalau dia buat macam tu, memang sah kaki dan tangannya patah esok hari,” kata Shikari. Jun ketawa mendengarkan kata-kata Shikari. Kumi hanya mengukir senyum.

         Shikari datang pun dijemput oleh Jun dan Kumi. Eichii tidak mengikutinya kerana Sho meminta ahli SHINE berkumpul dahulu di rumahnya. Mereka akan datang menaiki kereta Sho. Mereka semua sudah berjanji akan bertemu di lobi hotel sebelum memasuki dewan dansa.

         “ Itu pun mereka!” kata-kata Kumi mengejutkan Shikari. Dia segera melihat ke arah yang dikatakan oleh Kumi. Dari kejauhan lagi dia boleh melihat mereka berlima berjalan masuk ke dalam lobi hotel. Kelima-lima mereka mengenakan tuksedo hitam.


         “ Kenapa lambat?” tanya Shikari dengan nada yang perlahan. Jika diikutkan hati, sudah tentu suaranya tidaklah perlahan sebegini. Hanya kerana memikirkan suasana dan tempat di mana dia berada, barulah tingkah laku Shikari baik... sikit.

         Sho ketawa. Dia menggosok kepala Shikari yang jauh lebih rendah daripadanya. Shikari tarik muncung. Kalau bukan disebabkan mereka berada di tempat acara formal seperti ini, sudah pasti kaki Sho menjadi mangsa pijakannya.

         “ Cantiknya gaun kak? Bila masa pulak kakak beli? Eichii tak tahu pun?” tanya Eichii sambil mendekati kakaknya. Shikari tersengih. Dia melihat Kumi melalui hujung matanya. Kumi turut tersengih. Masing-masing terbayangkan bagaimana kalutnya mereka kelmarin.


“ CUBA gaun ni pulak,” arah Kumi dengan lagak komamdan. Shikari mengeluh. Dia mencapai gaun itu sebelum melihat ke arah Kumi.

         “ Tak boleh lagi ke, kak?” tanya Shikari bosan.

         Sudah banyak gaun malam yang dicubanya tetapi sehingga sekarang masih belum ada yang mendapat kelulusan bertauliah daripada Kumi. Semuanya gara-gara Abang Jun! Kalau Abang Jun tak pandai-pandai kata nak mintak tolong Kak Kumi pasal pilih gaun ni, mesti aku tak kena! Abang Jun!!!

         Kumi menggeleng. Di tangannya sudah ada gaun yang lain pula. Shikari mengeluh berat. 

         Apalah nasib...

         “ Shikari, cuba baju ni pulak!”


JUN menepuk bahu Sho dengan Shikari sekaligus mematikan lamunan Shikari. Dia melempar senyuman kepada mereka berdua.

         “ Majlis dah nak mula. Abang nak korang dua masuk, lepas tu diikuti dengan yang lain-lain. Abang dan Kak Kumi pulak ikut dari belakang sekali,” kata Jun. Sho mengangguk. Shikari bersetuju sahaja.

         “ Mari,” ajak Sho. Dia menghulurkan tangannya. Shikari terkedu. Aku nak sambut ke tak? Aku nak sambut ke tak? Aku nak...

         “ Cepatlah! Orang lain dah masuk tu!” gesa Sho.

         “ Yelah, yelah!”

         Dia menyambut huluran tangan Sho. Sho ketawa perlahan apabila melihat wajah masam Shikari. Tahu benar gadis itu tidak suka dengan apa yang berlaku sekarang. Tetapi, apa boleh buat. Dia turut jadi mangsa keadaan.

         “ Dah sedia?” tanya Sho. Dia mengerling ke arah Shikari di sisi.

         “ Nanti dulu! Aku tak sedia lagi ni!” desis Shikari. Sho tersengih. Kelihatan Shikari menarik nafas berulang kali sebelum merenung ke arah Sho.

         “ Okey, dah!”

         Sho dan Shikari sama-sama melangkah masuk ke dalam dewan dansa diikuti dengan yang lain-lain. Mereka mengambil tempat di sebuah meja yang sudah disediakan kepada mereka. Lampu dewan dimalapkan manakala lampu pentas dipasang. Ada seorang lelaki menaiki pentas.

         “ Siapa tu?” tanya Shikari. Perlahan sahaja dia bersuara, risau jika menganggu orang lain.

         “ Dialah bapa saudara Abang Jun, pemilik MTS,” balas Sho. Shikari mengangguk sekilas lalu kembali melihat ke pentas.

         Bosan. Ucapan yang biasa dibuat sebelum sesuatu majlis bermula. Sudahlah dia bukannya jenis yang sukakan majlis formal sebegini. Pakai gaun pula tu. Kebiasaannya, dia hanya akan mengenakan gaun jika terpaksa dan kes kali ini pula merupakan kes paksaan dan terpaksa. Skirt pun jarang-jarang dikenakan.

         “ Lepas ni, mereka akan mula menari. Korang akan keluar dan menari kat lantai tarian tu sebelum disertai tetamu lain,” beritahu Jun. Shikari mengangguk malas. Ikut sajalah.

         “ ... dengan ini saya merasmikan Majlis Makan Malam dan Tari Menari Anjuran Museum of The Stars 2010. Dipersilakan semua...”

         Oh tidak...

         Seorang demi seorang bangun dan menuju ke tengah dewan dansa bersama-sama pasangan masing-masing. Sho turut bangun. Jun dan Kumi baru sahaja pergi.

         “ Jom!”

         Shikari merenung ke arah Sho. Kalaulah dia boleh menghilangkan diri saat ni juga, alangkah bagusnya.

         “ Marilah, orang lain dah mula menari tu,” gesa Sho. Sedaya upaya dia cuba untuk menahan ketawa apabila melihat wajah monyok Shikari.

         “ Tapi...”

         “ Pergilah. Ingat apa yang Eichii ajar,” celah Eichii. Hiko, Itsuki dan Naoki turut menahan ketawa. Inilah kali pertama mereka melihat Shikari dalam keadaan yang benar-benar gelabah.

         “ Baiklah.”

         Shikari bangun lalu menyambut tangan Sho seperti mana yang diajar oleh adiknya. Sampai sahaja di lantai tarian, tangan Sho melingkari pinggangnya. Sho menarik tangan Shikari lalu diletakkan di pinggangnya juga. Dia tersenyum.

         “ Kau jangan pijak aku pulak,” usik Sho.

         “ Kau!”

         Muzik dimulakan. Tanpa menunggu kata-kata Shikari, Sho memulakan langkah tariannya. Apa yang diajar oleh Jun cuba diingati dengan sebaik mungkin. Nampaknya, Shikari yang mengalami masalah sekarang. Seolah-olah Shikari tidak dapat mengingati apa yang sudah diajar oleh Eichii. Sudah beberapa kali dia terpijak kaki Sho.

         “ Ouch! Sakitlah!” bisik Sho dengan nada perlahan. “ Ouch!”

         “ Maaf!” Shikari sudah rasa mahu menangis. Cepatlah tamat semua ni. Cepatlah...

         Rasa sakit kerana dipijak oleh Shikari cuba dibuat tidak peduli. Sho mengerling ke arah rakan-rakannya yang sedang duduk di meja mereka. Kesemuanya sedang memerhatikan mereka sambil berbisik-bisik. Tengah mengutuk ke?

         “ Sho! Sudahlah! Kaki aku dah sakit ni!” kata Shikari. Kasut tumit tinggi yang dipakainya sudah beberapa kali membuatkan dia nyaris-nyaris terjatuh. Dia tidak mahu menanggung malu jika dia terjatuh di tengah-tengah dewan dansa ni.

         “ Ha? Yelah, yelah.”

         Mahu atau tidak, terpaksa juga Sho mengikut kata-kata Shikari. Dia juga kasihan apabila melihat gadis itu sedemikian. Mereka berdua keluar daripada lantai tarian. Cepat-cepat Shikari mengambil tempat duduk.

         “ Takkan dah letih kot?” tanya Itsuki dengan senyuman di bibir.

         “ Shikari dah nak nangis kat lantai tarian tu,” kata Sho. Shikari tarik muncung. Ada juga yang kena simbah air ni.

         Masih ramai yang sedang menari di tengah-tengah dewan dansa, termasuk juga Jun dan Kumi. Ramai yang sudah tersalah anggap dengan hubungan mereka. hubungan mereka sebagai kawan rapat sering disalah tafsir sebagai hubungan istimewa pasangan kekasih. Itulah yang pernah diceritakan oleh Kumi kepada Shikari.

         “ Bila persembahan yang lain?” tanya Hiko. Sho angkat bahu.

         “ Entahlah. Lepas ni agaknya. Abang Jun kata, mereka akan suruh mana-mana penyanyi ke atas pentas secara rawak dan nyanyikan lagu yang diinginkan, tapi bukan lagu sendiri,” kata Sho.

         “ Kita kena jugak ke?” tanya Naoki pula.

         “ Mungkin. Abang Jun pun tak pasti juga, kita tunggu dan lihat jelah,” kata Sho lagi.

         Muzik sudah dihentikan. Seorang wanita yang bertindak sebagai pengacara majlis sudah naik kembali ke atas pentas. Di tangannya ada sekeping kertas.

         “ Baiklah. Sekarang, dipersilakan SHINE, keluarga baru MTS untuk naik ke pentas dan menyanyikan sebuah lagu. Dipersilakan, SHINE!”

         Kata-kata wanita itu membuatkan mereka terlopong. Mereka berpandangan sesama sendiri. Mungkin kelima-lima jari mampu dimuatkan ke dalam mulut masing-masing yang begitu luas terbuka itu.

         “ Kita?”

         Jun dan Kumi kembali ke meja mereka. Dia menepuk bahu Sho. Sho menoleh ke belakang.

         “ Pergi naik. Abang tak sangka pulak mereka akan pilih kamu dulu. Cepat pergi,” arah Jun. Sho mengangguk. Dia melihat kepada rakan-rakannya.

         “ Mari. Kita tunjukkan kepada mereka.”

         Hiko, Itsuki, Naoki dan Eichii mengangguk. Mereka bangun didahului oleh Sho. Shikari memerhatikan langkah mereka menaiki pentas. Mikrofon sudah berada di tangan masing-masing. Sho sebagai ketua kumpulan berjalan ke tengah pentas.

         “ … di sini, kami akan menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Eternal, nyanyian asal kumpulan Tohoshinki. Terimalah daripada kami, Eternal…”

         Muzik dimulakan sekali lagi. Itsuki mengambil tempat sebagai vokal utama.   


Gairoju wo matteru
kohaku no leaf kaze ni sarawarete yuku
The roadside trees dance and amber leaves are swept away by the wind
Sukoshi kogoeteiru chiisana kata sotto uwagi wo kaketa
You're a little cold, so I gently place my coat around your small shoulders


         Semua mata memerhatikan mereka. Para wartawan bergegas ke hadapan pentas dan mula mengambil gambar. Pancaran kamera menyimbah wajah mereka.



Kimi no yasashii koe kimi no mujaki na kao
Your sweet voice, your innocent face...
Marude hidamari no you dakara
Everything about you is like a warm, sunny spot to me


Itsumademo mamoritai yo boku no ude no naka de
I want to protect you forever in my embrace
Shiroi toiki kasaneawase nagara
As the white mist of our sighs intermingles
Afuredasu kono omoi wo ima kimi ni sosoide
Now I'll pour into you these feelings that overflow from me
Yawarakana toki wo kokoro furuwasete kanjita
And feel my heart tremble from the tenderness of this moment


Massugu na kotoba ni tomadotteru kimi wa koneko no you sa
You're like a kitten, the way you get so bewildered by straightforward words
Tsunaida te wo tsuyoku nigirikaeshi fui ni amaeru soburi
As we hold hands, you squeeze mine back tightly, unexpectedly showing affection


Kibou michiru asu wo kore kara wa issho ni
All the tomorrows filled with hope,
Egaite ikesou na ki ga shita
I feel that from this moment on, we can create them together


Dokomade mo habatakeru yo kimi no yume wo nosete
We can fly anywhere, riding on your dreams
Kako no namida nuguisatte ageru
I'll wipe away all of your past tears
Bokura wo michibiku you ni terashidasu hikari ga
To guide us on our way, the light that shines down
Yuruginaku fukaku futari no omoi wo musunda
Unwavering and profound, bound our hearts together


Toki ni kimi wo miushinaisou ni nattemo
Even if it seems I'll lose sight of you at times
Hitomi tojireba utsuru shinjitsu
If I close my eyes, I can see the truth
Kono kisetsu ga ato nando meguri kite mo
No matter how many times this season comes and goes
Kawaranai kono ai wo boku wa chikau yo
I promise you eternal love


Dokomademo habatakeru yo kimi no yume wo nosete
We can fly anywhere, riding on your dreams
Kako no namida nuguisatte ageru
I'll wipe away all of your past tears


Itsumademo mamoritai yo boku no ude no naka de
I want to protect you forever in my embrace
Shiroi toiki kasaneawase nagara
As the white mist of our sighs intermingles
Afuredasu kono omoi wo ima kimi ni sosoide
Now I'll pour into you these feelings that overflow from me
Yawarakana toki wo kokoro furuwasete kanjita
And feel my heart tremble from the tenderness of this moment


Awai koi no uta kimi dake ni sotto utau yo
For you alone, I'll sing this faint love song


         Itsuki dan Naoki berpadu suara untuk menyanyikan rangkap yang terakhir. Tepukan gemuruh diterima mereka sebaik sahaja Eternal sudah habis dinyanyikan. Shikari tersenyum. Dia turut gembira apatah lagi mereka berlima menyanyikan salah satu  lagu Tohoshinki yang menjadi kegemarannya. SHINE berjalan turun dari pentas.

         “ Macam mana pulak korang tahu lagu tu?” tanya Shikari kehairanan. Mana tidaknya, selama ini mereka akan mengutuk dia jika penyakit fanatiknya menyerang. Malam ini pula, mereka menyanyikan lagu Tohoshinki?

         Naoki ketawa. Eichii turut tumpang sekaki. Yang lain-lain hanya tersengih.

         “ Kau tahu tak, sebab kau asyik ulang pasang lagu tu, kami dah boleh hafal satu-satu lirik lagu tu. Tu tak campur lagi dengan bab kau nyanyi lagu tu. Kalau dah hari-hari macam tu, macam manalah kau boleh cakap kami tak hafal?” kata Sho. Shikari mengetap bibir. Budak sorang ni memang sukalah malukan aku.

         Jun dan Kumi ketawa melihat mereka berdua. Muka Shikari berubah menjadi merah. Malu juga apabila menjadi bahan ketawa Jun dan Kumi. Siaplah kau Sho!

하나

1 comment:

pRincEssaLiE said...

best2!!!
next en-3 pliz!!hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...