Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Saturday, April 3, 2010

SHINE: You're My Melody 8


“ KAT sini ke?”

         Shikari melihat ke kawasan sekeliling. Cantiknya rumah kat kawasan ni, hatinya terdetik. Sho dan yang lain-lain keluar daripada kereta diikuti oleh Shikari dan Akiko. Tamat sahaja acara berkelah mereka, mereka terus ke sini demi menghantar Akiko. Tidak tergamak rasanya mahu membiarkan Akiko berseorangan di sana.

         “ Akiko, kalau ayah pergi kerja, siapa pulak yang jaga kamu?” lembut Hiko menyoal. Dia mendukung Akiko. Sememangnya Hiko gemarkan kanak-kanak.

         “ Pengasuh ada. Biasanya nenek ada, tapi sekarang ni nenek ke Sapporo, jenguk pak cik kat sana,” kata Akiko. Dia memeluk leher Hiko sebelum turut melihat ke rumah di hadapan mereka.

         Sho mengangguk. Dia mara ke depan dan menekan loceng pintu. Dua kali loceng berbunyi sebelum kelihatan seorang wanita yang berpakaian elegan keluar secara tergesa-gesa dari rumah itu. Pantas langkah wanita itu mendekati mereka.

         “ Akiko? Macam mana… kamu…” wanita itu kehilangan kata-kata. Shikari tersenyum sebelum memberi tunduk hormat.

         “ Maafkan kami, puan. Kami jumpa Akiko di taman,” jelas Shikari. Wanita itu mengangguk. Dia mendapatkan Akiko yang masih dalam pelukan Hiko.

         “ Kamu risaukan mak cik je. Jangan buat macam ni lagi,” kata wanita itu. Erat pelukan dia pada Akiko. Akiko mengangguk perlahan.

         “ Maaf, mak cik.”

         Wanita itu mengangguk sebelum dia memerhati pada Shikari dan juga SHINE. Senyuman wanita itu menguntum.

         “ Maaf sebab susahkan kamu semua. Saya ibu saudara Akiko, kakak bapanya. Sekarang ni bapa Akiko tak ada. Saya yang menjaga dia buat sementara waktu ni,” kata wanita itu. Mereka mengangguk.

         “ Jemputlah masuk ke dalam,” ajak wanita itu. Pantas Shikari menggeleng.

         “ Tak perlulah. Kami pun dah nak pulang ke rumah,” kata Shikari. Wanita itu menggeleng.

         “ Marilah masuk. Ni sebagai tanda penghargaan saya sebab membantu Akiko. Kalaulah Akiko tak dijumpai, tak tahu macam mana saya nak bersoal jawab dengan bapanya,” ujar wanita itu berkeras. Shikari menoleh kepada SHINE. Sho mengangguk sekilas sebelum tersenyum.

         “ Baiklah. Kami pun tak ada hal penting,” balas Sho. Wanita itu mengukir senyum. Pegangan tangan pada Akiko dikuatkan.

         “ Nama saya Nishikido Asami. Panggil saja Mak Cik Asami. Jom, masuk,” ajak wanita itu. Mak Cik Asami mengiringi mereka masuk ke ruang tamu. Shikari dan SHINE menurut sahaja.

         “ Jadi…” Mak Cik Asami memulakan perbualan. Akiko sudah naik ke biliknya sambil ditemani oleh pembantu rumah. Mereka berkumpul di ruang tamu.

         “ ... kamu kata Akiko ke kawasan belakang taman tasik tu?”

         Pantas Shikari mengangguk. “ Dia kata situ tempat dia dan mendiang ibunya selalu pergi.”

         Mak Cik Asami mengangguk. Dia mengeluh perlahan.

         “ Mak Akiko meninggal tak lama dulu, lebih kurang tiga bulan lepas. Sejak hari tu, Akiko jadi macam ni. Bapanya pula menyibukkan diri dengan kerja, mungkin dia tak nak bayangan ibu Akiko menggangu hidup mereka,” jelas Mak Cik Asami.

         “ Maksud mak cik, bapa Akiko sengaja sibukkan diri dengan urusan kerja?” tanya Shikari tidak percaya. Mak Cik Asami mengangguk. Shikari mengeluh.

         “ Mak cik tahu apa yang kamu semua fikir. Mak cik pun tak setuju dengan perbuatan adik mak cik tapi tak ada apa yang boleh mak cik buat. Adik mak cik masih tidak boleh menerima kehilangan isterinya. Semasa ibu Akiko meninggal, mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh.”

         “ Mak cik tinggal di mana?” tanya Naoki secara tiba-tiba. Mak Cik Asami terdiam buat seketika.

         “ Rumah mak cik di kawasan taman ni jugak. Tapi, mak cik tak boleh jenguk Akiko selalu sebab mak cik sering ke luar negara, ikut suami mak cik.”

         Naoki mengangguk tanda memahami. Mereka semua dijamu dengan kek dan minuman. Tiba masanya, Sho bangun daripada duduknya. Dia memberi tunduk hormat kepada Mak Cik Asami. Senyuman terukir.

         “ Dah sampai masa untuk kami pulang. Kami minta diri dulu. Terima kasih atas layanan mak cik,” ucap Sho penuh sopan. Mak Cik Asami turut bangun daripada duduknya. Dia mengangguk.

         “ Baiklah. Mari, mak cik hantar kamu ke luar,” kata Mak Cik Asami. Mereka mengangguk sebelum berjalan keluar sambil diiringi Mak Cik Asami. Baru sahaja mereka ingin masuk ke dalam kereta sebelum sebuah kereta berhenti di hadapan mereka. Masing-masing mula kebingungan.

         Seorang gadis keluar daripada kereta itu disertai oleh seorang lelaki. Mulut Shikari dan SHINE terlopong. Mereka amat mengenali kedua-dua orang yang keluar daripada kereta itu.

         “ Shikari, kenapa korang semua ada kat sini?”

         Kumi mengerutkan dahinya. Dia menoleh pada Jun di sisi. Jun juga kelihatan kebingungan. Mereka berdua melihat pada wajah Shikari dan SHINE silih berganti. Mak Cik Asami mendekati mereka berdua. Dia juga turut kelihatan kebingungan.

         “ Kumi, Jun, kamu berdua kenal mereka?” tanya Mak Cik Asami. Sesekali dia melihat pada Shikari dan SHINE. Tawa Kumi kedengaran disertai tawa Jun. Mereka mengangguk serentak.

         “ Inilah SHINE, kumpulan yang saya tengah uruskan sekarang. Itu pula Nishikawa Shikari, pengurus SHINE yang kedua,” jawab Jun.

         “ Abang Jun, ini…” kata-kata Sho terhenti. Dia hanya berharap Jun akan menyambung kata-katanya. Jun mengukir senyum.

         “ Mak Cik Asami ni ibu Kak Kumi. Tak sangka pulak kita boleh jumpa kat sini,” balas Jun. Dia mengangguk sekilas lantas menoleh pada Kumi di sisi.

         Kumi turut mengangguk. Dia memeluk sebelah lengan ibunya.

         “ Kenalkan, ini ibu kakak.”

         Sekali lagi mulut mereka terlopong. Shikari dan SHINE berpandangan sesama sendiri.


SHO ketawa perlahan. Dia merenung pada Jun dan Kumi yang duduk di hadapannya. Sesekali dia akan menunduk dan ketawa lagi. Shikari yang turut tersenyum menghadiahkan satu cubitan di paha lelaki itu. Tawa Sho mati serta merta. Pantas dia melihat pada gadis itu. Shikari buat bodoh.

         “ Kamu kata kamu jumpa Akiko kat taman?” tanya Kumi tidak percaya. Shikari mengangguk. Kumi menoleh ke arah Jun di sisi. Jun mengangguk sekilas.

         “ Sebenarnya, kami dah cari dia di taman tu tapi tak jumpa. Kamu jumpa dia kat mana?” tanya Jun pula.

         Akiko hilang dari rumahnya sejak awal pagi lagi. Kumi meminta tolongnya untuk mencari Akiko bersama-sama. Hampir kesemua tempat yang mungkin Akiko pergi sudah mereka jelajahi namun bayang kanak-kanak itu masih belum ditemui. Sudahnya, Shikari dan SHINE yang baru sahaja mengenali Akiko yang telah membantu mereka menamatkan pencarian kanak-kanak itu.

         “ Sebenarnya, saya jumpa dia menangis kat taman masa jalan-jalan. Lepas tu, dia ajak saya ikut dia ke kawasan tasik belakang taman tu,” jelas Shikari. Kumi mengangguk perlahan.

         “ Maaflah menyusahkan kamu. Kalaulah Akiko tak ditemui, tak tahulah apa yang patut kami buat.”

         Mereka mengangguk.

         Selepas pertemuan secara tidak sengaja tadi, Kumi dan Jun mengajak Shikari dan SHINE ke kafe yang berdekatan. Di situ mereka berbual mengenai Akiko. Ternyata, perangai Akiko berubah secara mendadak selepas kematian ibunya.

         “ Mak Cik Mineko meninggal dan sejak hari itulah Pak Cik Shuji mula menyibukkan diri dengan kerja. Pak cik tak dapat terima kematian Mak Cik Mineko apatah lagi mereka baru sahaja sambut ulang tahun perkahwinan mereka. Akiko juga mula berubah, semuanya kerana pak cik mula abaikan dia. Buat masa sekarang, mak kakak yang jaga Akiko bila pak cik pergi kerja,” cerita Kumi.

         “ Oh... Tapi, kenapa Mak Cik Asami kata nama dia Nishikido Asami. Sepatutnya Toyoda Asami ke?” tanya Shikari. Kumi ketawa mendengarkan kata-kata Shikari.

         “ Nishikido tu nama keluarga mak kakak. Toyoda tu nama keluarga bapa kakak. Kadang-kadang, mak akan guna nama keluarga dia semula,” jelas Kumi. 

         Shikari mengangguk. Perbualan mereka terganggu dengan deringan telefon bimbit Naoki. Ketujuh-tujuh kepala berpaling ke arah lelaki itu. Naoki beredar ke luar kafe untuk menjawab panggilan.

         “ Siapa tu?” tanya Shikari. Sho angkat bahu. Melihatkan pada gaya Naoki, seperti itu merupakan panggilan peribadi.

         Mereka melihat wajah Naoki sedang berkerut-kerut dari balik dinding kaca kafe itu. Sesekali kelihatan Naoki sedang mengeluh. Entah panggilan apalah yang sedang Naoki terima?

         Naoki masuk kembali ke dalam kafe. Sho pantas menyoal.

         “ Aku ada hal, terpaksa balik dulu. Saya minta diri dulu, Abang Jun,” kata Naoki tanpa menjelaskan hal yang sebenarnya. Jun mengangguk.

         “ Baiklah. Tapi, kalau kamu ada masalah, jangan segan beritahu kami,” ucap Jun. Mungkin ini bukan masanya mereka menyoal Naoki berkenaan apa yang sedang berlaku. Naoki tersenyum hambar. Dia memberi tunduk hormat.

         “ Baiklah, bang.”

         Baru sahaja Sho ingin memanggil Naoki, dia telah keluar dari kafe itu dengan tergesa-gesa. Muka Sho pula yang sedang berkerut-kerut sekarang.

         “ Apa kena ya dengan Naoki tu?” tanya Sho. Masing-masing angkat bahu. Mereka hanya melihat sahaja Naoki yang bergegas menaiki sebuah teksi sebelum teksi itu meluncur laju meninggalkan kawasan kafe itu.   


하나

4 comments:

aqilah said...

hai.................best cite ni!!! rasa-rasanya sho ada hati kat shikari ni........................

Unknown said...

to aqilah> ye ke? huhu ;D...
tunggu yer...

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

:D
Rupanya Akiko tu ada kena-mengena dgn Kumi..
Best2!!

Anonymous said...

lorh...rupe2nye akiko ko spupu kumi!
ingtkn spe la akiko tu..
knp ngn naoki tu erk??
plik je dye tu!
de mslh ke wahai my xiah oppa??
hahahaha..
btw,hana..cpt la smbg!!
xmo la kne tunggu next 2 weeks!
plezzzz....
-kyra-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...