Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Sunday, May 2, 2010

SHINE: You're My Melody 11

WAJAH Naoki yang keruh diperhatikan secara diam-diam. Sekarang merupakan masa untuk ujian Bahasa Jepun namun Naoki kelihatan seperti tidak menumpukan perhatiannya kepada kertas di hadapan. 


         Kenapa tu?

         Hikari merengus kecil. Dia harus menyoal Naoki sebaik sahaja ujian tamat. Tentu ada sesuatu yang berlaku. Dia tidak sempat menemui Mak Cik Yuka semalam walhal dia tahu Mak Cik Yuka dibedah pada pagi hari.

         “ Naoki!” panggil Hikari sebaik sahaja Cikgu Miyazaki keluar dari kelas. Naoki tersentak. Dia mengangkat wajah. Wajah Hikari jelas menampakkan rasa ingin tahu berserta dengan kebimbangan.

         “ Kenapa?” tanya Naoki perlahan. Bimbang jika perbualan mereka didengar oleh orang lain.

         “ Mak cik baik tak?” tanya Hikari. Dia melihat Naoki membuka mulut untuk memjawab pertanyaannya sebelum bibir itu ditutup kembali. Terasa bahunya dipegang seseorang. Hikari menoleh ke belakang. Sho.

         “ Jom ke kantin. Yang lain-lain tentu dah tunggu kita,” ajak Sho. Hikari tergamam. Mereka tidak boleh berbual mengenai Mak Cik Yuka di hadapan ahli SHINE yang lain. Naoki mengangguk sekilas.

         “ Baiklah. Jom.”

         Mereka keluar dari kelas beriringan. Naoki langsung tidak melihat kepada Hikari yang sudah terdesak mahukan jawapan. Gadis itu terpaksa bersabar sahaja.

         “ Macam mana dengan ujian korang semua?” tanya Sho sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di atas kerusi. Eichii senyum tawar. Hiko dan Itsuki hanya mampu menggeleng.

         “ Aku jawab je apa yang aku rasa nak jawab untuk soalan Kanji tu. Berbelit-belit aku hafal semalam,” jawab Itsuki. Sho ketawa terbahak-bahak. Dia menepuk belakang Itsuki.

         “ Sama saja dengan aku punya. Apa entah yang aku jawab tadi,” komen Sho.

         Mereka leka berbual namun Hikari tetap memerhatikan Naoki. Hanya sesekali sahaja dia mencelah perbualan SHINE apabila perlu. Jika diikutkan hati, mahu sahaja Hikari menarik Naoki pergi semata-mata untuk bertanyakan perihal Mak Cik Yuka. Memikirkan kesan akibat tindakannya membuatkan Hikari tidak jadi bertindak.


LANGKAH yang pada asalnya perlahan bertukar menjadi larian. Tergesa-gesa Hikari berlari menuju ke wad yang menempatkan Mak Cik Yuka. Dari kejauhan dia melihat Naoki keluar dari wad itu.

         “ Naoki!”

         Naoki tersentak. Hikari berhenti betul-betul di hadapannya. Gadis itu kelihatan cemas. Kening Naoki terangkat sebelah.

         “ Kenapa?” tanyanya sepatah.

         “ Macam mana dengan Mak Cik Yuka?” Hikari tidak menjawab pertanyaan Naoki sebaliknya terus melontar soalan.

         “ Mak…” baru sahaja Naoki mahu menjawab sebelum perbualan mereka diganggu dengan kehadiran seorang jururawat. Jururawat itu kelihatan cemas sahaja.

         “ Err… Encik Minowa, mak encik terpaksa dimasukkan ke bilik pembedahan sekarang juga! Kami dapati ada luka di bahagian dalam tubuh Puan Minowa,” beritahu jururawat tersebut. Naoki benar-benar terkejut. Botol air yang dipegang terjatuh ke lantai tanpa disedari.

         “ A… apa?”

         “ Kita kesuntukan masa. Kami perlukan tandatangan encik sebagai waris kerana ketiadaan Encik Minowa Tatsuo. Sila ikut saya sekarang juga,” kata jururawat itu lagi. Naoki mengangguk pantas. Pantas langkah Naoki mengikuti jururawat itu. Terkial-kial Hikari mengekori dari belakang.

         Tandatangan diturunkan. Mak Cik Yuka disorong masuk ke dalam bilik pembedahan. Mereka mengambil tempat di hadapan bilik pembedahan. Berulang kali Naoki meraup wajahnya.

         “ Naoki…”

         Naoki menggeleng perlahan. “ Tolong, Hikari. Aku tak nak cakap apa-apa sekarang. Aku tak boleh fikir apa-apa sekarang,” lemah Naoki bersuara.

         “ Emm… baik… baiklah…” Hikari akur. Sepi mula menjengah. Sabar mereka menunggu di hadapan bilik pembedahan.


“ KAKAK!”

         Pantas Hikari menoleh. Kelihatan Eichii sedang berlari menuruni tangga menuju ke arahnya. Buku rujukan diletak ke tepi. Kenapa pula dengan adiknya ini? Cemas semacam saja.

         “ Kenapa?” tanya Hikari. Eichii melompat dari balik sofa terus duduk di sebelah kakaknya. Mukanya kelihatan cemas. Berkerut-kerut dahi Hikari melihat rupa adiknya.

         “ Kenapa ni? Semacam je kakak tengok,” tanya Hikari sekali lagi. Eichii mengetap bibir. Macam mana ya?

         “ Cakaplah,” kata Hikari tidak sabar. Eichii tersentak.

         “ Err… hari ni Eichii dapat keputusan untuk ujian Sains dan Bahasa Inggeris,” perlahan sahaja Eichii bersuara. Kedengaran takut-takut. Dia tunduk ke bawah. Kening Hikari terangkat.

         “ Dan…?”

         “ Err… keputusan tak baik… sangat,” jawab Eichii. Dia sengih serba salah.

         “ Berapa?” tanya Hikari pantas. Eichii semakin cemas. Janganlah kakak aku keluar aura singa dia. Tolonglah. Tolonglah.

         “ Bahasa Inggeris, 46% dan Sains… err…” Eichii terhenti daripada bersuara. Aku nak cakap ke tidak ni? Alamak...

         “ Cakaplah!”

         “ Aaa… 57%!” jawab Eichii serta-merta. Terkejut dengan sergahan Hikari. Bulat mata Hikari merenung adiknya.

         “ Kenapa rendah sangat?” tanyanya kuat. Serentak dengan itu tapak tangan Eichii menutupi mulut kakaknya. Hikari terkejut dengan tindakan adiknya. Eichii melihat ke arah dapur.

         “ Janganlah kuat sangat! Eichii tak nak mak dengar!” desis Eichii. Hikari menepis tangan adiknya. Sakit mulut aku. Budak ni!

         “ Yalah, yalah. Tapi, kenapa rendah sangat? Selama ni bukan ke Eichii selalu dapat 75% ke atas, kan?” tanya Hikari bersuara rendah. Dia sendiri terkejut dengan markah adiknya.

         “ Nak buat macam mana. Eichii tak sempat nak ulang kaji balik apa yang cikgu dah ajar. Macam mana ni kak? Eichii takut mak marahlah,” ujar Eichii.

         Hikari mendengus. Memanglah adik aku yang sorang ni. Hei...

         “ Biar kakak cakap dengan mak. Pandai-pandailah kamu kalau mak atau ayah tanya balik.”

         Eichii mengangguk. Dia menepuk bahu kakaknya. Hikari yang baru sahaja membuka kembali buku rujukan di tangan, terganggu perhatiannya.

         “ Apa lagi?” Mulut bersuara namun mata masih lekat di buku.

         “ Kakak tahu tak, Mak Cik Yuka sakit?”

         Kata-kata Eichii membantutkan niat Hikari untuk membaca. Pantas dia menoleh ke arah Eichii dengan mata yang membuntang.

         “ Apa kamu cakap?” tanya Hikari dengan nada naik seoktaf.

         “ Itsuki telefon tadi. Dia kata dia nampak Naoki dan Mak Cik Yuka kat hospital masa dia nak melawat pak cik dia. Dia tanya jururawat kat sana, jururawat tu kata Mak Cik Yuka dah lama masuk hospital. Tak sangka Naoki tak beritahu kita pasal hal ni. Sekarang, Sho dan Hiko ke hospital. Itsuki masih kat sana. Kakak tak nak pergi tengok ke?” kata Eichii. Mulut Hikari terasa berpasir. Tanpa sebarang kata dia meluru ke tingkat atas sebelum turun kembali dengan menyandang beg.

         “ Kakak nak ke mana?” laung Eichii apabila melihat Hikari sudah keluar dari dalam rumah.

         “ Hospital!” balas Hikari. Dia melambai ke arah sebuah teksi. Tanpa menunggu kata-kata balas Eichii, dia sudah berada di dalam teksi itu. Teksi meluncur laju menuju ke hospital.


HIKARI tergamam. Dia melihat Sho, Hiko dan Itsuki sedang mengelilingi Naoki di suatu sudut berdekatan dengan wad Mak Cik Yuka. Perlahan-lahan dia mendekati mereka bertiga. Nampaknya mereka tidak perasan akan kehadirannya. Telinganya menangkap isi perbualan mereka bertiga.

         “ Kenapa kau tak beritahu kami pasal mak kau?” keras Sho bertanya dengan nada rendah. Naoki hanya merenung lantai marmar di hadapan. Tidak sanggup membalas renungan Sho yang pastinya sedang marah sekarang.

         “ Kami kawan kau. Tergamak kau tak beritahu kami pasal ni? Kita dah lama kenal, Naoki. Kami pun dah lama kenal keluarga masing-masing. Kenapa kau tak nak beritahu kami pasal Mak Cik Yuka? Kalau Itsuki tak datang ke sini, aku rasa sampai bila-bila pun kami tak akan tahu,” kata Sho lagi. Buku limanya dikepal. Amarah yang mula menggunung cuba dikawal.

         “ Aku tak nak susahkan korang. Ni pasal keluarga aku, tak ada kaitan dengan korang semua,” jawab Naoki. Wajahnya resah.

         “ Tak susah kau kata? Kau tahu tak, berminggu-minggu kami asyik fikirkan pasal kau. Pasal kenapa perangai kau dah berubah. Pasal kenapa kau asyik murung je. Senang je kau kata kau tak nak susahkan kami?” kata Sho lagi. Kali ini nadanya tinggi sedikit. Naoki menggeleng.

         “ Aku minta maaf,” kata Naoki lagi. Bulat mata Sho merenung wajah Naoki yang jelas keresahan.

         “ Kau tak fikir…”

         “ Sudahlah tu!”

         Serentak keempat-empat kepala itu menoleh ke arah suara yang mencelah perbualan mereka. Terkejut mereka dengan kehadiran Hikari. Hikari berjalan mendekati Naoki. Satu persatu wajah rakannya itu dilihat silih berganti. Pandangannya terhenti pada Naoki.

         “ Sudah-sudahlah. Naoki bukannya tak nak beritahu tapi dia tak nak susahkan kita. Korang maafkan jelah,” ucap Hikari. Mengecil mata Sho merenung gadis itu. dahinya berkerut.

         “ Kau tahu pasal ni, betul tak?” teka Sho.

         Hikari mengangguk pantas. Sho merengus. Dia meraup wajahnya sebelum kembali merenung Hikari. Hiko dan Itsuki kekal mendiamkan diri.

         “ Bukan salah Naoki. Aku tahu pun sebab aku terserempak dengan dia di sini. Janganlah salahkan dia. Korang maafkan sajalah Naoki, boleh?“ tanya Hikari. Naoki semakin resah. Sho terdiam. Lama dia mendiamkan diri. Akhirnya dia mengangguk.

         “ Aku maafkan kau tapi…”

         Kata-kata Sho berhenti setakat itu. Dia meluru ke hadapan Naoki sebelum menumbuk perut Naoki. Naoki terundur beberapa langkah ke belakang. Hikari tergamam.

         “ Kau jangan ulang lagi. Kau tahu tak, kami bimbangkan kau? Dah berminggu-minggu kau asyik senyap je. Kami nak tanya kau tapi kami takut kau akan tersinggung. Kalau kau ulang sekali lagi, nahas kau,” ugut Sho. Itsuki ketawa. Dia menepuk bahu Sho.

         “ Bukan Sho je yang akan pukul kau, tapi aku pun sama kalau kau ulang lagi. Apa gunanya kawan kalau masa susah tak boleh bersama,” kata Itsuki. Hiko mengangguk. Dia berjalan mendekati Naoki.

         “ Ingat, kita kawan sejak kecil lagi dan sekarang bersatu pula dalam SHINE. Susah senang kita bersama,” kata Hiko pula. Naoki mengangguk. Dia tersenyum buat pertama kalinya.

         “ Terima kasih, korang. Aku minta maaf,” kata Naoki. Sho mengangguk.

         “ Kami maafkan.”

         Hikari tersenyum. Masalah Naoki sudah selesai. Tetapi, bagaimana dengan keadaan Mak Cik Yuka?

         “ Macam mana dengan mak cik? Dia dah sedar dari pembedahan semalam?” tanya Hikari tiba-tiba. Perhatian Naoki berubah kepada gadis itu. Dia mengangguk.

         “ Semuanya baik. Mak baru je sedar,” balas Naoki. Hikari senyum tanda kelegaan. Dia berjalan membelakangi mereka berempat.

         “ Kau nak ke mana tu?” tanya Sho apabila Hikari berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Hikari berhenti sejenak sebelum menoleh belakang. Senyuman mekar di bibirnya.

         “ Melawat Mak Cik Yuka, apa lagi?”

         Langkahnya diteruskan lagi. Mereka berempat mengekori dari belakang.

p/s: mungkin new entry lambat lagi kot sebab exam dah dekat :) Hana nak concentrate pada exam dulu. sorry ya? 

하나

1 comment:

pRincEssaLiE said...

ahernya settle gak prob naoki tuh!
btw, ganbatte kudasai hana!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...