Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Wednesday, June 16, 2010

SHINE: You're My Melody 14


KEDENGARAN kelima-lima suara sedang ketawa serentak. Pantas Hikari berpaling dengan kerutan di dahi. Apa lagilah mereka berlima tu? Dia berjalan ke ruang tamu rumahnya. 

         “ Korang tengok apa?” tanya Hikari sambil melabuhkan duduk di sisi Eichii. Eichii mengunjukkan apa yang sedang dilihat oleh mereka. Hikari mengerti sendiri.

         “ Masa MTV Awards bulan lepas,” kata Eichii. Hikari mengangguk. Dia mula tersenyum.

         Hari ini hari minggu dan SHINE diberi pelepasan daripada sebarang latihan atau temu ramah. Kesemua mereka berkumpul di rumah Hikari dan Eichii sejak awal pagi lagi. Mak Cik Yukio dan Pak Cik Hideaki pula tiada. Pasangan Nishikawa itu pergi melawat Atuk Morizo di rumahnya.

         “ Korang tau tak, aku tengok Sho macam pelik je dengan kot tu,” komen Hikari dengan sengih jahat. Sho mencebik. Ringan sahaja tangannya meluku kepala Hikari.

         “ Kau pulak tak sedar ke yang kau lagilah pelik bila pakai gaun tu? Yalah, selama ni asyik tengok kau pakai seluar, malam tu pulak pakai gaun? Gaun labuh paras betis pulak tu. Macam nak terkeluar mata aku bila tengok kau malam tu,” balas Sho. Hikari sengih mengejek.

         “ Memanglah otak kau tu jenis senang lupa sesuatu. Takkan kau dah lupa masa malam tarian tu? Kalau bukan gaun yang aku pakai malam tu, apa pulak yang aku pakai masa majlis tarian tu? Baik kau pergi periksa mata kaulah,” kata Hikari lagi. Sho terdiam. Betul jugak...

         Serentak tawa Hiko, Itsuki, Naoki serta Eichii meledak. Serentak juga kepala Hikari dan Sho menoleh ke arah mereka. Dahi masing-masing juga sama-sama berkerut.

         Serentak juga mulut mereka mengatakan, “ Apa?”

         Hiko menutup mulutnya untuk menahan tawa. Itsuki dan Naoki pula sudah terguling-guling di atas lantai. Eichii juga begitu. Kuat tangannya menekan perut. Hikari bangun daripada duduknya lalu menampar bahu Eichii. Sho turut bangun lalu menekan kuat pada bahu Itsuki dan Naoki yang sedang galak ketawa. Wajah keduanya masam melihat tingkah laku rakan-rakan mereka.

         “ Korang gelak sampai lupa dunia ni apasal? Bukannya ada benda lucu pun,” marah Hikari. Dia menjengilkan matanya pada Eichii. Eichii hanya tersengih.

         “ Takkanlah kau dah lupa macam mana Hikari cabut kasut tumit tinggi dia semata-mata nak kejar kau? Nasib baik waktu tu tak ada wartawan. Kalau tak, aku rasa berita pasal kau dikejar pengurus SHINE tentu tersebar kat media,” kata Itsuki dengan tawa yang cuba ditahan. Sho mencebik.

         “ Hoi!”

         Itsuki mengaduh kesakitan. Kuat juga tamparan Sho pada bahunya. Walaupun begitu, dia masih lagi tersengih-sengih.

         Mana boleh mereka lupa, sebab mulut Sho yang tidak henti-henti mengutuk Hikari malam itu, Hikari nekad mencabut kasut tumit tingginya dan mengejar Sho yang pantas melarikan diri. Sudahnya, sebelah kasut tumit tinggi itu melayang terkena kepala Sho. Bengkak juga kepala lelaki itu.

         “ Sudah-sudahlah ungkit peristiwa tu. Korang ni memang nak kenalah!” rungut Sho. Hikari turut ketawa. Dia mengerling pada Sho yang sudah buat muka.

         “ Alah, comelnya,” kata Hikari. Sebelah tangannya mencubit pipi Sho. Bibirnya tertawa gembira. Sho terkedu.


BUNYI pintu diketuk mengalih perhatian Kumi daripada skrin laptop. Seketika kemudian, kepala ibunya terjengul dari luar. Kumi mengukir senyum. Mak Cik Asami memasuki bilik anak gadisnya itu.

         “ Ada apa, mak?” tanya Kumi. Dia beralih duduk di atas katil. Mak Cik Asami menyertai Kumi di birai katil.

         “ Tadi ayah telefon,” kata Mak Cik Asami perlahan. Wajah Kumi berubah ceria.

         “ Iya?” Riang kedengaran suara gadis itu. Sudah lama dia tidak mendengar khabar daripada bapanya yang sibuk di luar Negara. Mak Cik Asami mengangguk. Dia mengelus tangan anaknya.

        “ Ayah kata dia akan balik dua minggu lagi. Kali ni dia akan tinggal lama sedikit di Jepun sebelum ke luar negara semula,” kata Mak Cik Asami. Bersorak Kumi mendengar berita itu.

        “ Betul ke mak?” Jarang bagi bapanya untuk tinggal lama di Jepun gara-gara menguruskan perniagaan keluarga mereka di luar negara. Mak Cik Asami mengangguk lagi.

        Kumi ketawa. Dia teringatkan bapanya, Encik Toyoda. Bapanya memang seorang ahli perniagaan yang sibuk. Susah benar bagi mereka untuk bertemu. Ketika dia ke Paris tempoh hari kerana bercuti pun hanya beberapa kali sahaja Kumi dapat bertemu dengan lelaki berkaliber itu.

          “ Ayah kata, dia dah batalkan semua rancangan syarikat selama cutinya di Jepun. Kononnya, nak bercuti lama-lama,” seloroh Mak Cik Asami. Kumi menahan gelak. Dia memeluk bantal tidurnya.

          “ Rindunya pada ayah,” kata Kumi perlahan. Mak Cik Asami menarik senyum nipis. Rambut panjang Kumi dibelai.

          “ Kumi…”

          Kumi mengangkat wajah. Kerutan timbul di dahinya. Hairan dengan nada suara ibunya yang sedikit bergetar.

          “ Kenapa, mak?” tanya Kumi hairan. Dia mengenggam tangan ibunya. Mak Cik Asami menunduk. Matanya sedikit berair.

          “ Mak… rindukan adik kamu…”

          Bulat biji mata Kumi sebaik sahaja selesai mendengar kata-kata ibunya. Mak Cik Asami teresak-esak. Kumi mengeluh. Susahnya…


ITSUKI berlari-lari anak melintasi jalan. Topi yang dipakai direndahkan sedikit. Dia tidak mahu wajahnya dicam oleh orang ramai. Sukar buatnya untuk bergerak ke sana sini kelak. Yang lain-lain kelihatannya sedang menunggu di dalam restoran seperti mana yang telah dijanjikan.

         “ Aduh!”

         Hampir sahaja Itsuki terjatuh ke atas laluan pejalan kaki. Dia melihat ke hadapan. Seorang gadis terjatuh di hadapannya. Pantas dia menolong gadis itu bangun.

         “ Awak tak apa-apa?” tanya Itsuki risau. Bimbang juga jika gadis itu mengalami kecederaan. Gadis itu menggeleng. Tatkala dia mendongak, jelas menunjukkan bahawa gadis itu sedang terkejut.

         “ Awak…”

         Itsuki mula panik. Sebelah tangannya pantas menekup mulut gadis itu manakala sebelah tangan lagi diletak pada mulut Itsuki sendiri, menunjuk isyarat diam. Pantas dia menggeleng. Gadis itu mengangguk.

         “ Maaf, saya tak sengaja terlanggar awak tadi,” kata gadis itu perlahan. Itsuki tersenyum. Dia mengangguk sekilas.

         “ Err… saya minta diri, ya?” kata Itsuki. Gadis itu mengangguk. Tergesa-gesa Itsuki berjalan masuk ke dalam restoran. Dia mendapatkan rakan-rakannya yang sedang menunggu di kawasan yang agak tersembunyi. Jun dan Kumi turut berada di situ.

         “ Maaf, aku lambat. Ada urusan sekejap tadi,” kata Itsuki sebaik sahaja dia melabuhkan duduk. Mereka semua mengangguk serentak. Itsuki tersengih. Kenapa pula ni?

         “ Sebenarnya, kenapa kita berkumpul di sini? Bukan di MTS?” tanya Itsuki. Wajah Jun dilihat. Jun mengangguk sekilas sebelum pandangannya diletak pada satu persatu wajah SHINE. Mereka turut kebingungan kenapa mereka perlu berjumpa di sini.

         “ Sebenarnya…” Jun tersenyum lebar. SHINE mula resah. Apa lagi ni?

         “ Tahniah! Korang terpilih sebagai duta sempena Hari Bumi Sedunia peringkat negara Jepun. Abang baru je dapat tahu pasal ni pagi tadi,” kata Jun tiba-tiba. Kelima-lima pasang mata terbeliak dengan mulut yang terlopong.

         “ Biar benar?” Hikari menyoal, turut tidak percaya. Jun mengangguk disertakan dengan anggukan Kumi.

         “ Kakak ada sekali masa Jun dapat surat pelantikan tu. Tahniah, ya?” kata Kumi. Hikari menoleh ke arah SHINE. Masih lagi dengan riak terkejut tadi. Segera dia mengetuk kepala seorang demi seorang. Pantas kelima-lima kepala menoleh ke arahnya. Tangan masing-masing menggosok kepala yang terasa sakit.

         “ Kenapa dengan kau ni?”

         “ Sakit tau tak?”

         “ Kau ingat kepala kami ni besi ke?”

         Sakitlah!”

         “ Kakak!”

         Hikari menarik sengih jahat. “ Kalau aku tak buat macam tu, adalah dalam lima enam jam mulut korang terlopong macam tu.”

         SHINE merengus. Hikari buat bodoh. Dia mengalih perhatian pada Jun dan Kumi yang duduk di hadapan mereka.

         “ Duta? Habis, apa yang patut mereka buat?” tanya Hikari.

         Jun mengeluarkan sekeping kertas berlipat daripada poket seluarnya. Kertas tersebut dibaca sepintas lalu sebelum diserahkan kepada Hikari.

         “ Perkhemahan sempena Hari Bumi Sedunia?” tanya Hikari. Jun mengangguk.

         “ Abang tak pasti diadakan di mana. Tapi, perkhemahan itu akan melibatkan kesemua artis Jepun dan sesiapa yang ingin menyertai perkhemahan ini bolehlah buat tempahan tempat. Terhad kepada 150 orang tidak termasuk kalangan artis. Selain daripada tu, akan ada sukarelawan yang akan bantu apa yang patut,” jelas Jun. Hikari mengangguk.

         “ Boleh saya ikut serta?” tanya Hikari gembira. Sememangnya dia gemarkan aktiviti yang mencabar. Jun ketawa perlahan.

         “ Sudah tentulah kamu boleh. Sebagai pengurus mereka, sudah pasti kamu kena ada sekali. Abang juga wajib ikut serta,” kata Jun. Hikari mengangguk. Dia melihat pada Kumi.

         “ Kak Kumi pergi?” tanya Hikari. Kumi mengangguk.

         “ Awal-awal lagi Kak Kumi dah tempah tempat,” kata Kumi. Hikari tersenyum.

         “ Sebab tulah abang ajak kamu ke restoran. Abang nak belanja sempena pelantikan ini. Tahniah, ya?” kata Jun. Sho mengangguk mewakili rakan-rakannya.

         Hikari sudah tersenyum lebar. Tidak sabar rasanya mahu menyertai perkhemahan itu. Seronoknya!

         Sesudah mereka selesai makan, Jun dan Kumi meminta diri. Kata mereka, ada hal yang perlu diuruskan di univerisiti. Mereka hanya mengiakan. Hikari dan SHINE keluar dari restoran.

         “ Jom kita balik,” ajak Sho. Mereka mengangguk. Baru sahaja mereka ingin berjalan pergi, Itsuki berhenti secara tiba-tiba.

         “ Kenapa?” tanya Hiko. Kelihatan wajah Itsuki cemas.

         “ Sapu tangan aku dah hilanglah,” kata Itsuki. Kedua-dua tangannya menggagau poket. Kosong. Hanya dompetnya sahaja berada di dalam poket.

         “ Sapu tangan biru yang kau selalu guna tu?” tanya Naoki. Itsuki mengangguk.

         “ Payahlah kalau dah hilang. Nenek aku yang bagi sapu tangan tu,” kata Itsuki.

         “ Kau yakin ke kau bawa ke bersama kau?”

         Itsuki menjungkit bahu.

         “ Macam nilah, kau balik tengok di rumah dulu. Entah-entah sapu tangan tu ada di dalam bilik kau,” cadang Hikari. Itsuki mengangguk.

         “ Baiklah. Aku cuba cari di rumah dulu,” kata Itsuki bersetuju. Walau bagaimanapun, susah juga hatinya kerana sapu tangan itu merupakan pemberian nenek kesayangannya. Hadiah yang diberikan sewaktu dia pergi melawat wanita tua itu di kampung halamannya tahun lepas.

         “ Mari kita pergi.”

         Mereka kembali melangkah. Itsuki masih resah.


“ AWAK?”

         SHINE berhenti berjalan menuju ke arah kereta Sho. Kelihatan Itsuki mengubah haluan langkahnya menuju ke arah seorang gadis yang sedang berdiri di tepi pagar sekolah.

         Gadis yang dilanggarnya tempoh hari itu mengangguk. Dia tersenyum kecil.

         “ Awak tunggu kawan awak ke?” tanya Itsuki. Dia melihat pada pakaian seragam gadis itu. Jelas menunjukkan bahawa gadis itu datang daripada sekolah lain. Gadis itu menggeleng. Tangannya menggagau isi dalam beg sekolah. Sehelai sapu tangan dikeluarkan.

         “ Awak punya rasanya. Saya jumpa di tempat kita terlanggar tempoh hari,” ujar gadis itu. Pantas Itsuki menyambut sapu tangan biru bercorak kotak-kotak itu.

         “ Terima kasih. Saya memang mencarinya, tak sangka pula yang awak jumpa sapu tangan ni,” kata Itsuki dengan senyuman di bibir. Gadis itu mengangguk.

         “ Saya nak pulangkan sapu tangan tu je. Saya minta diri dulu,” kata gadis itu sebelum memberi tunduk hormat. Gadis itu segera berpusing ke belakang dan berjalan pergi. Itsuki tergamam. Pantas dia memanggil gadis itu. Gadis itu menoleh.

         “ Kenapa?” tanya gadis itu hairan. Ada kerutan di dahinya.

         “ Siapa nama awak?” tanya Itsuki tiba-tiba.

         Gadis itu terdiam. Tidak lama kemudian dia menguntum senyum sebelum melangkah kembali. Itsuki terpinga-pinga. Terasa bahunya ditepuk. Dia menoleh ke belakang.

         “ Kenapa?” tanya Sho.

         Itsuki menunjuk pada sapu tangan yang dipegangnya. Sho mengangguk tanda mengerti.

         “ Kau jumpa budak tu kat mana?” tanya Sho lagi.

         “ Masa aku nak ke restoran tempoh hari, aku terlanggar dia. Tak sangka pulak sapu tangan aku jatuh masa tu,” jelas Itsuki. Matanya masih tidak lepas daripada melihat gadis itu yang kian menjauh. Sho mengguman.

         “ Dahlah tu, jom. Nanti lambat pulak sampai ke MTS,” kata Sho seraya menepuk bahu Itsuki sekali lagi.

         “ Aaa… errr… baiklah,” kata Itsuki teragak-agak. Sho berjalan meninggalkan Itsuki. Mata Itsuki mengerling pada belakang gadis itu yang kini sudah membelok ke selekoh sebelum berjalan kembali ke arah rakan-rakan SHINEnya yang sedang menunggu. Sapu tangan itu dipegang erat.


p/s: coming up next, Eternal 2

하나



        

10 comments:

fallenmoon said...

Sape gadis tu?
Itsuki jgn curang dgn ku..
Kalau gadis tu Moon tak apalah..
haha..gurau2 :D
Best,smbg lg tau!

pRincEssaLiE said...

hah, spe pempuan tu???
bakal heroin utk itsuki ke???hehehe
kasi gambar la utk watak die,
bru dapat byg jln cte die time bca...ngeh3

Haruno Hana 하나 said...

to moon> haha ;D. itsuki tu curang eh~ siannya dia~~

to ara> ok2. bleh tgok kat SHINE:'s casts

NICK IRFAN said...

wah! menarik jgk cte ni... mcm tgk dlm tv plak? hebat penulisan awk... :)

Nurul.Liyana said...

wahhhh...ada watak baru muncul...
xsabar la nak tau sambungan dia... =)

Anonymous said...

hana!!
jae curang!!
help me!!
hana..jgn lbey2 ok?
he3..gurau je ^^
-kyra-

Haruno Hana 하나 said...

to kyra> HAHAHAHAHAHA~~~~~(Hana gelak devil nie). Itsuki je yg curang tp JaeJoongie x lgler...

Haruno Hana 하나 said...

to nurul.liyana> sabar eh :) n3 kat dpn2 baru dia mncul balik ;D

Anonymous said...

jae xcurang erk??
fuhhhh..lege~
hehehehee...

Haruno Hana 하나 said...

to anony @ kyra?> jae x curang punyerlah ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...