Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Friday, November 26, 2010

Endless Love's Casts

Endless Love


Lee Jun Ki as Park Ji Hoon 


Miyazaki Aoi as Song Eun Hee


Matsumoto Jun as Han Hyun Min


Park Si Eun as Lee Chae Rin


Presiden Park Da Hae (unknown)


Noh Joo Hyeon as Heo Nam Gil


Daniel Henney as Zachary Benedict


SuJu's Si Won as Park Da Wei


Jo Min Ki as Kim Dam Shik


Seo Shin Ae as Kim Ryu Min


Big Bang's TOP as Tae Hwan


p/s: gatal tangan nak post entry yang entah apa2 nie :) EL's Casts di Endless Love akan digantikan dengan entry nie. masih lagi dalam mood Endless Love ;)


Wednesday, November 24, 2010

Endless Love 27

BULAT mata Eun Hee sebaik sahaja Pak Cik Nam Gil tamat bercerita. Presiden Park duduk sahaja di sofa. Kepala direhatkan pada kusyen sofa yang lembut. Tangannya memicit-micit kepala yang sudah terasa sakit.

         “ Tak ada apa lagi yang boleh dibuat. Buat masa sekarang, tak ada bukti yang boleh menidakkan penglibatan tuan muda dalam penggelapan wang syarikat. Kami cuma boleh menahan pihak berkuasa daripada menangkap tuan muda sahaja. Pasport tuan muda diambil,” kata Pak Cik Nam Gil lagi.

         Eun Hee mengangguk sedikit. Terjawab sudah pertanyaan dia. Patutlah suaminya kelihatan benar-benar tertekan tadi. Pak Cik Nam Gil sudah menceritakan segala-galanya kepada dia. Bukti menunjukkan Ji Hoon bersalah. Lelaki itu bernasib baik kerana tidak disumbat ke dalam penjara. Presiden Park menggunakan kuasanya agar anak lelaki tunggalnya itu kekal bebas namun pasport Ji Hoon ditarik bagi mengelakkan dia melarikan diri. Walau wanita itu tahu perbuatannya menyalahi undang-undang, dia sanggup asalkan anak tunggalnya itu tidak dipenjarakan.

         “ Ji Hoon mana?” tanya Presiden Park.

         Sebaik sahaja hal tadi selesai, Ji Hoon terus pulang ke rumah tanpa menunggunya. Presiden Park dan Pak Cik Nam Gil menyusul kemudian. Sesampai sahaja di rumah, kereta Ji Hoon sudah terparkir di garaj.

         Eun Hee menunjuk ke tingkat atas. Ji Hoon sedang lena saat ini. Suhu badan lelaki itu meningkat. Mungkin kerana terkejut dengan perkara itu, lelaki itu demam. Puas Eun Hee memujuk untuk makan ubat, namun hanya dibuat tidak endah.

         “ Puan muda jangan bimbang. Kami akan cari jalan untuk bebaskan tuan muda daripada tuduhan ni,” kata Pak Cik Nam Gil lagi. Eun Hee mengangguk lemah. Dia berjalan naik ke tingkat atas meninggalkan Pak Cik Nam Gil dan Presiden Park di ruang tamu. Pintu bilik dibuka.

         Ji Hoon sedang lena tidur di atas katil. Perlahan-lahan dia menapak, bimbang jika lelaki itu akan tersedar. Eun Hee melabuhkan duduk di birai katil. Belakang tapak tangan kanannya menyentuh dahi Ji Hoon. Panas makin terasa.

         Eun Hee tersentak apabila Ji Hoon mengubah posisi tidurnya. Lelaki itu mengiring ke kiri, berhadapan dengannya. Tangan Ji Hoon memegang hujung jemarinya. Eun Hee tersenyum hambar. Dia teringatkan kata-kata Pak Cik Nam Gil seketika tadi.


“ NI kali pertama pak cik tengok tuan macam tu,” kata Pak Cik Nam Gil dengan keluhan di bibir. Wajah lelaki berumur itu direnung. Presiden Park masih di dalam bilik air. Hanya tinggal dia dan Pak Cik Nam Gil sahaja di ruang tamu.

         “ Selama ni tuan tak pernah macam ni. Agaknya, tekanan akibat kes ni telah menyebabkan dia jadi macam tu,” kata Pak Cik Nam Gil lagi. Eun Hee mengangguk sekilas.

         Benar kata Pak Cik Nam Gil. Dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini, semenjak Ji Hoon menguruskan resort itu dan sejak kes penggelapan wang syarikat itu bermula, lelaki itu sering kelihatan murung. Eun Hee perasan bahawa suaminya lebih kerap termenung kini. Dan, sekarang tekanan untuk Ji Hoon semakin bertambah kerana disabit kesalahan terlibat dalam kes itu.

         “ Ahli lembaga pengarah dah ambil keputusan, pasport tuan harus dirampas. Mereka bimbang tuan akan melarikan diri. Nasib baik Presiden Park masih boleh menggunakan kuasanya untuk menghalang tuan dimasukkan ke dalam penjara. Jika tidak, pak cik sendiri tak tahu nak cakap apa,” kata Pak Cik Nam Gil. Dia ketawa hambar. Eun Hee mengangguk.

         “ Puan.”

         Panggilan itu mengejutkan Eun Hee. Dia merenung wajah Pak Cik Nam Gil. Apa lagi yang ingin dikatakan?

         “ Tuan perlukan puan. Saya minta puan akan sentiasa di sisi tuan.”

         Eun Hee tergamam. Sayu mula mencengkam hati. Lama dia merenung wajah tua itu sebelum mengangguk perlahan-lahan.


EUN HEE tersentak. Air matanya mengalir tanpa disedarinya. Cepat-cepat Eun Hee mengesat mutiara jernih itu. Dia merenung wajah Ji Hoon yang masih lena. Eun Hee tersenyum hambar.

         Lelaki inilah yang menghulurkan tangan, ingin membawa dia keluar daripada segala kesedihannya. Eun Hee cuba untuk melupakan segalanya yang telah berlaku namun dia gagal. Setiap kali dia ingin membuka mulut untuk bersuara, sudah pasti ada sesuatu yang telah menghalang dirinya.

         Dia tahu, Ji Hoon mahu mendengar dia bersuara kembali tetapi apakan dayanya. Dia tidak mampu. Peristiwa itu sering kali menjengah minda. Malah, tidurnya juga sering terganggu dengan kisah tragis itu.

         Eun Hee mengusap rambut suaminya. Pernah juga dia bertanya kepada dirinya, adakah selamanya dia akan begini? Eun Hee tidak pasti akan jawapannya namun dia tahu, hari itu akan menjelang jua dalam hidupnya.


TELEFON bimbit dihempas ke meja. Kuat rengusan Chae Rin kedengaran ke telinga Hyun Min. Dia mengangkat wajah. Apa lagi yang gadis ini tidak puas hati? Pasal Ji Hoon?

         “ Kenapa dengan kau? Asyik masam je sejak kebelakangan ni,” tanya Hyun Min. Bacaan pada akhbar yang terhenti buat seketika tadi kembali menjadi perhatiannya. Chae Rin duduk bertentangan dengan lelaki itu. Wajahnya kelat.

         “ Kalau perempuan tu dah berambus dari sini, aku akan gembira. Bilalah dia nak mati?” marah Chae Rin. Siapa lagi? Sudah pasti Eun Hee. Hanya gadis itu sahaja yang menjadi penghalang Chae Rin untuk mendapatkan Ji Hoon kembali.

         Hyun Min ketawa perlahan namun matanya masih melekat pada akhbar di tangan. Chae Rin mendengus. Tidak senang melihat Hyun Min sedemikian.

         “ Janganlah ketawa! Bukannya nak menolong,” bentak Chae Rin. Hyun Min terus dengan ketawanya. Akhbar dilipat sebelum diletak di atas meja. Dia melihat pada Chae Rin yang duduk di hadapannya.

         “ Habis tu kau nak aku buat apa? Bukannya aku boleh halau Eun Hee dari hidup Ji Hoon pun,” kata Hyun Min dengan tawa yang masih bersisa.

         Buk!

         Sebiji bantal kecil tepat mengenai muka Hyun Min sebelum tergolek ke atas lantai. Tawa Hyun Min mati. Wajah Chae Rin bertambah masam. Melihat wajah Chae Rin yang sedemikian, tawa Hyun Min kembali lagi. Malah lebih kuat daripada sebelumnya.

         “ Hyun Min!”

         Chae Rin mengetap bibir. Geramnya! Sekali lagi bantal di tepi dilempar mengenai muka Hyun Min. Pantas Hyun Min menepis sebelum merenung ke arah Chae Rin. Tiba-tiba sahaja wajah Hyun Min bertukar menjadi serius. Chae Rin tergamam. Kenapa pulak?

         “ Kenapa pulak? Tiba-tiba serius ni,” tanya Chae Rin kehairanan. Hyun Min mengeluh.

         “ Sekarang ni bukannya masa untuk kau fikirkan tu semua. Ji Hoon tengah dilanda masalah sekarang ni dan aku tak fikir dia mahukan kehadiran kau,” tegas Hyun Min berkata-kata. Dahi Chae Rin berkerut.

         “ Apa maksud kau? Kenapa dengan Ji Hoon?” tanya Chae Rin. Dia menelan liur. Apa yang sedang terjadi? Adakah Ji Hoon... Bukan. Takkanlah...

         “ Ahli lembaga pengarah dah sabitkan kesalahan dia. Sekarang Ji Hoon dalam tuduhan menggelapkan wang syarikat. Nasib baik mak dia boleh tolong, kalau tak dah lama dia meringkuk dalam penjara,” cerita Hyun Min. Chae Rin tergamam.

         “ Apa? Sekarang ni dia macam mana?” tanya Chae Rin cemas.

         Penjara?

         “ Dia tak apa-apa. Presiden Park berjaya guna kuasa dia untuk halang Ji Hoon daripada dimasukkan ke dalam penjara. Ahli lembaga pengarah bersetuju asalkan pasport Ji Hoon dirampas,” kata Hyun Min. Kali ini lebih teratur. Chae Rin mengangguk perlahan.

         “ Tak ada cara nak bebaskan dia?” tanya Chae Rin. Hyun Min menjungkit bahu.

         “ Tak yakin. Tapi, siasatan akan terus dijalankan.”

         Suasana sepi seketika. Chae Rin terkedu. Pastinya Ji Hoon mengalami tekanan saat ini. Kalaulah dia boleh menemani lelaki itu dalam saat-saat sebegini.

         “ Dia tak perlukan kau.”

         Chae Rin tersentak. Dia melihat pada wajah Hyun Min. Kata-kata Hyun Min seolah-olah lelaki itu mengetahui apa yang sedang dia fikirkan.

         “ Apa yang Ji Hoon perlukan hanyalah isterinya di sisi. Kau jangan bimbang, dia tak akan apa-apa,” ujar Hyun Min lagi. Nadanya tegas kali ini. Cukuplah dengan apa yang Ji Hoon tengah lalui sekarang. Hyun Min pasti bahawa Ji Hoon akan lebih tertekan dengan kehadiran Chae Rin kelak.

         Chae Rin mengetap bibir. Hyun Min memang sengaja mahu melukakan hatinya. Lelaki itu telah berubah. Sering benar membantah apa yang dilakukannya. Entah apalah yang Hyun Min mahukan. Hyun Min terus membatu. Malas mahu bertekak dengan Che Rin lagi.


EUN HEE menjenguk ke dalam bilik. Nafasnya dihela perlahan. Suaminya sudah bangun dan sedang berdiri berdekatan dengan beranda. Mungkin mahu mencari ketenangan diri. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam.

         “ Eun Hee?” seru Ji Hoon apabila merasakan lengannya dicuit. Dia menghadiahkan senyuman buat isterinya namun Eun Hee sedar senyuman itu hambar. Wajah Ji Hoon juga masih pucat.

         “ Maaf. Susahkan Eun Hee pulak,” kata Ji Hoon perlahan. Eun Hee meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Ji Hoon. Masih terasa panas sedikit tetapi itu sudah memadai buat Eun Hee. Dapat melihat Ji Hoon berdiri sudah memuaskan hatinya.

         Ji Hoon menarik Eun Hee duduk di kerusi yang tersedia di situ. Dia melentokkan kepalanya pada bahu gadis itu. Desah nafas Ji Hoon jelas kedengaran berat.

         “ Abang tak tahu nak cakap apa, tapi abang… abang betul-betul tertekan dengan apa yang jadi. Abang memang lemah, kan? Hal kecil macam ni pun sampai demam,” kata Ji Hoon perlahan sambil ketawa kecil. Eun Hee tersenyum hiba.

         Ji Hoon memejamkan mata tatkala merasakan lembut tangan Eun Hee mengusap rambutnya. Tanpa disedari dia mula terlena. 


p/s: tengah giat menyiapkan Endless Love. hwaiting!!! Alhamdulillah, idea tengah mencurah cam air terjun je.. ;D


하나 

Sunday, November 7, 2010

Eternal 10



HELAIAN kertas yang bertimbun di atas meja dibelek satu persatu. Mata Ryuu tekun melirik pada setiap patah perkataan yang terdapat di atas helaian-helaian kertas itu. Tiada satu pun yang terlepas daripada pandangannya. Kesemuanya diteleiti dengan sebaik mungkin.

          Mata Ryuu tertumpu pada gambar Sakura sewaktu kecil. Helaian-helaian kertas itu mengandungi biodata peribadi Sakura dan maklumat-maklumat peribadi yang lain. Sekali lagi matanya melirik pada kertas-kertas itu.

          Menurut pemerhatiannya, Sakura memang dipelihara oleh Yamashita Kazuo sejak gadis itu masih bayi malahan latar belakang sebenar Sakura tidak pula diketahui. Menurut maklumat yang didapati daripada anak-anak buahnya yang dikerahkan mencari maklumat, Sakura diletakkan di hadapan rumah Yamashita tanpa sebarang petanda. Kesemua maklumat itu diperoleh daripada penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumah Yamashita. Sebarang keraguan semasa menyoal siasat cuba dielakkan.

          Bacaan Ryuu terhenti seketika. Dia teringatkan sesuatu. Ada persoalan yang bermain dalam fikirannya. Segera dia meluru ke kabinet fail yang terletak di belakang meja. Pintu yang paling bawah dibuka sebelum tanggannya menggagau untuk mencari sesuatu. Gagauan tangannya terhenti apabila merasakan sudah menemui apa yang dicari. Sebuah album berkulit tebal dibawa keluar. Ryuu kembali mendapatkan tempat duduknya. Pantas tangannya membelek ke suatu muka surat. Belekan terhenti pada suatu muka surat. Matanya tertumpu di situ.

          Sekeping gambar menunjukkan mendiang Tuan Kamenashi di sisi seorang lelaki yakuza yang kemas dalam pakaian ala samurai ditenung lama. Yamashita Kazuo. Merupakan sahabat baik bapanya orang paling kanan dalam Yakuza Ryuu namun berkeras untuk meninggalkan kumpulan itu sekitar 23 tahun yang lalu. Nyaris-nyaris sahaja bapanya membunuh lelaki itu kerana cuba meninggalkan kumpulan itu namun atas dasar persahabatan, Yamashita dilepaskan tanpa sebarang pertarungan. Cuma, sejak itu bapanya sering kali memerangi Yamashita. Ada hutang yang belum dilangsaikan, itulah kata-kata mendiang bapanya setiap kali dia mengaju soalan mengenal punca sebenar permusuhan mereka.  Ryuu mengambil langkah tidak bertanya dengan lebih lanjut. Dia sendiri yang akan menyiasat punca yang mendorong kedua-dua sahabat baik itu mencetuskan permusuhan. 

          “ Sekejap!” getus Ryuu tanpa sedar. Dia mencapai helaian yang mengandungi latar peribadi Sakura dan album gambar itu. Jelas terbentuk kerutan di wajahnya. Pandangan matanya silih berganti antara kertas putih bercetak itu dengan album gambar tersebut.

          Umur Sakura dalam lingkungan 23 tahun sekarang dan… Yamashita Kazuo meninggalkan kumpulan sekitar 23 tahun dahulu… Ada kaitan ke?

          Ketukan di pintu pantas melenyapkan apa yang sedang bermain di mindanya tatkala ini. Susuk tubuh Pak Cik Ukie kelihatan melalui dinding kaca yang tidak dilepaskan pembidai. Ryuu mengangguk kecil seraya membenarkan lelaki itu masuk. Pintu dibuka dari luar.


PAK CIK UKIE menyerahkan telefon bimbit kepada Ryuu yang leka dengan kerjanya. Ryuu pantas menyambut. Dia merenung pada Pak Cik Ukie yang masih setia berdiri di sisinya. Perlahan lelaki itu bersuara. Gerakan bibir Pak Cik Ukie dapat difahami oleh Ryuu. Telefon dirapatkan ke telinga.

          “ Ya, Encik Taguwo?” sapa Ryuu. Nadanya rendah namun kedengaran tegas. Suara Encik Taguwo menyambut di hujung talian.

          “ Saya ada berita yang ingin disampaikan daripada Tuan Mathias,” kata Encik Taguwo tanpa berselindung. Ryuu menggumam tanpa berkata apa-apa. Hanya sekadar bunyi dengusan menandakan Encik Taguwo boleh meneruskan kata-katanya.

          “ Dia gembira dengan kerja yang dilakukan oleh Yakuza Ryuu dan mahu mengadakan sebuah parti untuk meraikan kejayaan kita bersama. Dia akan pulang ke Jepun dan menemui encik malam ini. Parti mungkin akan diadakan malam ni di kawasan kami. Tuan Mathias terlalu gembira,” jelas Encik Taguwo.

          “ Parti?” soal Ryuu. Dahinya berkerut.

          “ Ya.”

          Ryuu mendiamkan diri. Dia enggan untuk menghadiri parti itu tetapi dia harus menjaga hubungan antara dua kongsi gelap tersebut. Berada dalam kelompok orang ramai tidak menjadi kegemarannya. Jika dia membantah cadangan itu, mungkin hubungan baik antara Ryuu dengan kongsi gelap Russia itu akan menjadi buruk serta merta. Lambat-lambat Ryuu mengangguk.

          “ Tuan?” panggil Encik Taguwo apabila menyedari sudah terlalu lama Ryuu mengunci bicara. Ryuu tersentak.

          “ Baiklah. Beritahu saya jika Tuan Mathias sudah sampai ke Jepun,” kata Ryuu tegas. Ketegasan sering kali diperlihatkan walau berada dalam mana-mana situasi. Itu cara Ryuu. Encik Taguwo mengiakan kata-kata Ryuu.

          “ Baiklah, Tuan Kamenashi.”

          Talian diputuskan. Ryuu menyerahkan telefon itu kembali kepada Pak Cik Ukie. Dia melepaskan dengusan kasar.

           “ Kenapa, tuan?” tanya Pak Cik Ukie. Tertanya-tanya dengan perubahan wajah Ryuu yang kelihatan sedang memikirkan sesuatu. Ryuu merenung pada wajah tua itu. Sekali lagi dengusan kasar dilepaskan.

          “ Mathias akan mengadakan parti malam ni. Dia sudah dalam perjalanan ke Jepun,” balas Ryuu. Pak Cik Ukie mengangguk. Dia memahami kenapa Ryuu kelihatan gelisah sekarang. Lelaki itu memang tidak gemar berada dalam kelompok orang ramai untuk bersosial. Ryuu lebih suka menyendiri.


MATA Sakura beralih pada pintu yang dibuka dari luar. Ryuu muncul di situ. Langkah lelaki itu perlahan memasuki kondominium miliknya itu. Segera Sakura meneruskan kerjanya tanpa menyapa lelaki itu. Majalah-majalah yang berselerakan dan tidak kemas susunannya di dalam almari dibawa keluar. Dia mahu menyusunnya kembali.

          Kaki Ryuu menghala ke arah tempat Sakura duduk bersimpuh sekarang. Dia melabuhkan duduk di hadapan Sakura di atas lantai yang dingin. Pergerakan Sakura terhenti seketika apabila melihat Ryuu turut sama membawa keluar majalah-majalah tersebut daripada almari. Cekap lelaki itu menyusun majalah-majalah itu mengikut saiz yang sama.

          “ Kenapa tenung macam tu?” tanya Ryuu tanpa berkalih pandang. Matanya masih pada majalah yang sedang disusun sekarang. Muka Sakura merah seketika. Malu kerana perlakuannya disedari Ryuu. Dia kembali meneruskan pekerjaannya yang terhenti.

          “ Lepas ni kita keluar,” kata Ryuu tiba-tiba. Pantas Sakura mengalih pandang ke lelaki itu. Keningnya bercantum menjadi satu. Dia menghentikan kerjanya. Ryuu langsung tidak memadangnya.

          “ Aku nak kau teman aku ke suatu majlis malam ni. Kita keluar untuk cari baju kau,” Ryuu menjelaskan tujuan sebenarnya.

          Buntang mata Sakura merenung lelaki itu namun tidak diendahkan oleh Ryuu. Ryuu leka dengan kerjanya. Kesemua majalah termasuk yang disusun oleh Sakura tadi dibawa masuk kembali ke dalam almari. Disusun sebaik mungkin agar kelihatan kemas. Kali ini barulah matanya beralih pada wajah Sakura yang jelas kelihatan kebingungan.

          “ Pergilah bersiap. Aku tunggu kat ruang tamu.”

          Serentak dengan itu Ryuu bangun lantas bergerak menuju ke sofa. Sakura pantas tersedar daripada kejutannya. Dia turut bangun tetapi langkahnya menuju ke bilik. Dia tidak mahu mempersoalkan apa-apa tindakan Ryuu sekarang. Lebih baik dia menurut sahaja.


TANGAN Sakura ditarik memasuki sebuah butik pakaian wanita yang terdapat di Eastern Star. Kehadiran Ryuu mengundang perhatian beberapa orang pekerja yang mengenalinya sebagai pemilik kompleks beli belah itu. Dua orang jurujual menyambut mereka dengan tunduk hormat. Ryuu mengukir senyum nipis. Sakura turut mengukir senyuman.

          “ Berikan saya beberapa contoh gaun malam,” kata Ryuu. Kedua-dua jurujual itu mengangguk. Mata Ryuu beralih pada Sakura yang kelihatan cemas di sisinya. Dikuatkan genggaman tangannya pada jemari halus itu. Sakura tersentak. Dia cuba menarik tangannya daripada genggaman kejap Ryuu namun usahanya sia-sia. Genggaman Ryuu kejap pada jemarinya.

          “ Ada warna spesifik yang encik mahukan?” salah seorang jurujual wanita itu bertanya. Ryuu terdiam seketika. Tidak lama kemudian dia mengangguk.

          “ Kalau boleh, saya nak warna merah jambu yang sama dengan bunga sakura.”

          Perhatian Sakura berkalih pada wajah Ryuu yang kelihatan tenang. Kedua-dua jurujual wanita itu mengangguk.

          “ Sekarang, butik kami menyediakan gaun malam yang bertemakan musim bunga dan musim panas. Ada banyak pilihan untuk cik. Silakan, sila ikut kami,” tutur jurujual wanita tersebut. Ryuu mengangguk lantas menarik Sakura mengikuti arah yang dituju oleh kedua-dua jurujual wanita itu.

          Sakura dibawa masuk ke dalam sebuah ruang persalinan. Tirai labuh menutupi ruang persalinan itu. Ryuu yang menunggu di hadapan ruang persalinan itu sabar menanti. Dia duduk di atas sofa yang setentang dengan ruang persalinan itu. Beberapa minit berlalu, tirai dibuka. Langkah Sakura gementar keluar ke hadapan.

          “ Err… okey tak?” tanyanya cemas.

          Jelas dia kelihatan tidak selesa dengan gaun yang dipakainya sekarang. Gaun itu mempunyai bukaan yang agak luas di bahagian dada dan labuhnya tidak melepasi lutut. Berkali-kali dia cuba menarik bahagian skirt ke bawah sedikit. Ryuu tersenyum melihatkan ketidakselesaan gadis itu.

          “ Kau tak selesa dengan gaun tu?” tanya Ryuu perlahan. Teragak-agak Sakura mengangguk. Ryuu mengalih perhatian pada jurujual yang bertanggungjawab melayan mereka.

          “ Tolong pilihkan sehelai gaun yang agak sopan,” pinta Ryuu. Segera kedua-dua jurujual itu mengangguk lantas ke ruang hadapan. Ryuu dan Sakura ditinggalkan di kawasan bilik persalinan itu. Sakura masih seperti tadi. Kelihatan tidak selesa dengan gaun yang sedang dipakainya.

          “ Kau memang tak suka dengan gaun ni ke?” perlahan Ryuu menyoal. Sakura mengangguk. Seumur hidupnya tidak pernah dia memakai gaun malam apatah lagi yang agak seksi. Tidak betah dia memakai pakaian sedemikian. Senyuman terukir di wajah dingin Ryuu.

          “ Sabar sikit. Lepas ni kau dah boleh tukar balik.”

          Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Sakura. Dia suka melihat senyuman di wajah dingin Ryuu. Tambahan pula, lelaki itu jenis yang lokek dengan senyuman. Jarang sekali Ryuu akan melemparkan senyuman kepadanya.

          Kedua-dua jurujual itu muncul semula. Salah seorang daripada mereka membawa sehelai gaun yang berwarna merah jambu. Tirai ditarik semula. Sekali lagi Ryuu terpaksa menunggu. Menunggu sehingga Sakura selesai menyalin semula pakaiannya. Helaian akhbar dibelek.

          “ Err… Ryuu?”

          Panggilan Sakura membawa kembali renungan matanya pada gadis itu. Kini sehelai gaun malam yang agak ringkas rekaannya tersarung di tubuh itu. Sakura kelihatan agak ceria. Mungkin gaun malam itu membawa keselesaan kepadanya. Sekali lagi Ryuu mengukir senyuman. Kali ini kelihatan lebih ikhlas daripada sebelumnya. Sakura terpana seketika.

          “ Dah selesa?” tanya Ryuu. Pantas Sakura mengangguk.

          Ryuu mengarahkan gaun malam itu dimasukkan ke dalam beg beli belah. Sakura kembali masuk ke dalam ruang persalinan itu untuk menukar ke pakaian asal. Urusan jual beli diuruskan oleh Ryuu. Mereka beriringan keluar dengan lagak seperti pasangan kekasih. Tangan kanan Ryuu memegang tangan kiri Sakura manakala sebelah lagi memegang beg plastik yang mengandungi gaun malam tadi.

          Langkah Ryuu terhenti di hadapan sebuah restoran. Matanya beralih pada wajah Sakura. Genggaman tangannya tidak dilepaskan.

          “ Kau dah makan?” tanya Ryuu. Teragak-agak Sakura menggelengkan kepala. Ketika Ryuu ingin membawanya masuk ke dalam restoran itu, pantas Sakura menarik tangannya. Langkah Ryuu terhenti lantas dia menoleh ke belakang. Kelihatan gadis itu menggelengkan kepalanya.

          “ Kenapa?”

          “ Tak lapar,” pendek jawapan Sakura.

          Wajah itu direnung lagi. “ Tak nak makan apa-apa?”

          Senyuman di bibir Sakura menguntum. Dia melihat ke kawasan yang menempatkan beberapa buah restoran. Matanya tertumpu pada suatu restoran yang agak menarik perhatiannya. Matanya kembali pada wajah Ryuu yang masih tidak menunjukkan riak apa-apa.

          “ Nak makan ais krim, boleh?”

          Sekali lagi senyuman dingin Ryuu tercetus.


RYUU hanya mendiamkan diri sahaja apabila melihat wajah Sakura yang kelihatan ceria. Di hadapan gadis itu, terhidang semangkuk besar ais krim strawberi yang ditaburi dengan cip-cip coklat, kepingan-kepingan wafer dan sos stawberi. Dia pula hanya memesan secawan latte panas. Sakura hanya tersenyum malu apabila melihat Ryuu hanya memesan minuman.

          “ Kenapa besar sangat?” tanya Sakura merujuk kepada ais krimnya. Lelaki itulah yang pergi ke kaunter untuk memesan makanan mereka manakala dia hanya menunggu sahaja. Ryuu leka mengacau latte.

          “ Puas sikit kau makan, kan?” mudah jawapan itu dilontarkan. Sakura mencebik sedikit. Dia mula menyuap ais krim ke mulutnya. Keningnya terangkat. Sedapnya!

          Kadang kala, Sakura seolah-olah tidak percaya dengan hidupnya sekarang. Pada suatu ketika, dia akan meratapi nasibnya yang bagaikan telur di hujung tanduk. Menanti masa sahaja untuknya nyawanya melayang apabila Ryuu mula bertindak. Pada suatu ketika juga, dia merasakan dia selamat dan gembira berada di sisi lelaki dingin itu. Siapa sangka, sekarang dia sedang menikmati ais krim bersama-sama dengan seorang ketua kumpulan yakuza yang merupakan antara yang paling digeruni di Jepun?

          “ Boleh aku tanya kau sesuatu?” Soalan Ryuu secara tiba-tiba menghentikan suapan Sakura. Dia merenung pada mata ais itu. Dia mengangguk perlahan.


          “ Kenapa nama kau Haruno Sakura? Bukannya Yamashita Sakura sedangkan Yamashita merupakan keluarga angkat kau?” tanya Ryuu. Kening Sakura berkerut seketika.

          Itulah yang menganggu Ryuu sekarang. Kebiasaannya, sesiapa yang mengambil anak angkat akan meletakkan nama keluarganya sebagai nama keluarga anak terbabit menggantikan nama keluarga asal tetapi ia berbeza dengan Sakura. Nama keluarganya diganti dengan Haruno, bukannya Yamashita.

          “ Atuk… pernah cakap…” bicara Sakura tersekat-sekat, dia enggan Ryuu mengaitkan lelaki itu dengan yakuza lagi. Dia bimbang jika dia akan naik marah apabila hal itu diungkit lagi. Dia tidak mahu. “… dia temui saya di hadapan pintu rumahnya masa bunga sakura tengah mekar awal musim bunga. Emm… banyak pokok bunga sakura depan rumah atuk.”

          Kening Ryuu terangkat. Dia agak tertarik dengan cerita Sakura. Dia menunggu kata-kata selanjutnya daripada gadis itu. Riak di wajah Sakura agak berubah, kelihatan agak sedih. Sudu ais krim diletakkan dalam bekas.

          “ Saya ditinggalkan tanpa sebarang maklumat. Hanya dibaluti dengan sehelai tuala. Saya… saya tak tahu kenapa dia tak nak namakan saya kepada nama keluarganya. Dia cuma cakap… saya merupakan sakura di musim bunga dan akan selamanya begitu pada dia. Dia kata sebab tulah dia namakan saya Haruno Sakura,” jelas Sakura.

          Gadis itu nampak agak takut-takut. Sesekali dia melarikan matanya daripada direnung Ryuu. Ryuu mengangguk perlahan. Maklumat yang diperoleh tidak begitu membantu namun memandailah buat masa sekarang. Dia ingin menyelidik masa lalu gadis itu. Mungkin sedikit sebanyak berkaitan dengan permusuhan bapanya dengan Yamashita dapat dirungkai.

          Tangan Ryuu mencapai sudu yang diletakkan dalam bekas ais krim. Kening Sakura bercantum menjadi satu. Kerutan di dahi kian bertambah apabila melihat Ryuu menyuap ais krim itu ke mulutnya. Suapan demi suapan lelaki itu makan tanpa sedikitpun matanya berkalih daripada bekas ais krim.

          “ Nak?”

          Sesudu penuh ais krim dihala kepada Sakura. Teragak-agak Sakura mengambil sudu itu daripada tangan Ryuu. Ryuu meneguk pula latte yang sudah semakin suam. Kerutan di dahi Sakura tidak hilang. Dia merasa aneh apabila memikirkan pasal Ryuu. Lelaki ini memang pelik dan agak… misteri.

하나 

p/s: kepada sapa2 yang nak sangat Hana sambung SHINE tu, memang Hana mintak maaf banyak2. idea dah ada tapi tak tahu nak spread idea camne. sorry ye? insya-Allah, kalau Hana dah siapkan entry baru, Hana akan post secepat mungkin. mian
:(

Wednesday, November 3, 2010

Lovin' You :)

he~~
cam yang korang semua tahu, Lovin' You akan diterbitkan oleh Kaki Novel
jadi....
tada!!!












gambar meow2 tu buatkan Hana teringat je kat kitten yang Jaejoong bela, Jiji
comey3x..
hehe


Lovin' You akan berada di pasaran bulan Disember ni dan Hana ada sikit tambahan kat ending dia...
untuk sesapa yang nak baca preview Lovin' You, tekan sini ya..


lots and lots of thanks kat mama n' abah Hana, Kaki Novel yang sudi terbitkan karya sulung Hana ni, buat kawan2 kat blog n' kawan2 Hana yang support Hana selama ni


totemo arigatou gozaimasu 
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...