Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Wednesday, November 24, 2010

Endless Love 27

BULAT mata Eun Hee sebaik sahaja Pak Cik Nam Gil tamat bercerita. Presiden Park duduk sahaja di sofa. Kepala direhatkan pada kusyen sofa yang lembut. Tangannya memicit-micit kepala yang sudah terasa sakit.

         “ Tak ada apa lagi yang boleh dibuat. Buat masa sekarang, tak ada bukti yang boleh menidakkan penglibatan tuan muda dalam penggelapan wang syarikat. Kami cuma boleh menahan pihak berkuasa daripada menangkap tuan muda sahaja. Pasport tuan muda diambil,” kata Pak Cik Nam Gil lagi.

         Eun Hee mengangguk sedikit. Terjawab sudah pertanyaan dia. Patutlah suaminya kelihatan benar-benar tertekan tadi. Pak Cik Nam Gil sudah menceritakan segala-galanya kepada dia. Bukti menunjukkan Ji Hoon bersalah. Lelaki itu bernasib baik kerana tidak disumbat ke dalam penjara. Presiden Park menggunakan kuasanya agar anak lelaki tunggalnya itu kekal bebas namun pasport Ji Hoon ditarik bagi mengelakkan dia melarikan diri. Walau wanita itu tahu perbuatannya menyalahi undang-undang, dia sanggup asalkan anak tunggalnya itu tidak dipenjarakan.

         “ Ji Hoon mana?” tanya Presiden Park.

         Sebaik sahaja hal tadi selesai, Ji Hoon terus pulang ke rumah tanpa menunggunya. Presiden Park dan Pak Cik Nam Gil menyusul kemudian. Sesampai sahaja di rumah, kereta Ji Hoon sudah terparkir di garaj.

         Eun Hee menunjuk ke tingkat atas. Ji Hoon sedang lena saat ini. Suhu badan lelaki itu meningkat. Mungkin kerana terkejut dengan perkara itu, lelaki itu demam. Puas Eun Hee memujuk untuk makan ubat, namun hanya dibuat tidak endah.

         “ Puan muda jangan bimbang. Kami akan cari jalan untuk bebaskan tuan muda daripada tuduhan ni,” kata Pak Cik Nam Gil lagi. Eun Hee mengangguk lemah. Dia berjalan naik ke tingkat atas meninggalkan Pak Cik Nam Gil dan Presiden Park di ruang tamu. Pintu bilik dibuka.

         Ji Hoon sedang lena tidur di atas katil. Perlahan-lahan dia menapak, bimbang jika lelaki itu akan tersedar. Eun Hee melabuhkan duduk di birai katil. Belakang tapak tangan kanannya menyentuh dahi Ji Hoon. Panas makin terasa.

         Eun Hee tersentak apabila Ji Hoon mengubah posisi tidurnya. Lelaki itu mengiring ke kiri, berhadapan dengannya. Tangan Ji Hoon memegang hujung jemarinya. Eun Hee tersenyum hambar. Dia teringatkan kata-kata Pak Cik Nam Gil seketika tadi.


“ NI kali pertama pak cik tengok tuan macam tu,” kata Pak Cik Nam Gil dengan keluhan di bibir. Wajah lelaki berumur itu direnung. Presiden Park masih di dalam bilik air. Hanya tinggal dia dan Pak Cik Nam Gil sahaja di ruang tamu.

         “ Selama ni tuan tak pernah macam ni. Agaknya, tekanan akibat kes ni telah menyebabkan dia jadi macam tu,” kata Pak Cik Nam Gil lagi. Eun Hee mengangguk sekilas.

         Benar kata Pak Cik Nam Gil. Dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini, semenjak Ji Hoon menguruskan resort itu dan sejak kes penggelapan wang syarikat itu bermula, lelaki itu sering kelihatan murung. Eun Hee perasan bahawa suaminya lebih kerap termenung kini. Dan, sekarang tekanan untuk Ji Hoon semakin bertambah kerana disabit kesalahan terlibat dalam kes itu.

         “ Ahli lembaga pengarah dah ambil keputusan, pasport tuan harus dirampas. Mereka bimbang tuan akan melarikan diri. Nasib baik Presiden Park masih boleh menggunakan kuasanya untuk menghalang tuan dimasukkan ke dalam penjara. Jika tidak, pak cik sendiri tak tahu nak cakap apa,” kata Pak Cik Nam Gil. Dia ketawa hambar. Eun Hee mengangguk.

         “ Puan.”

         Panggilan itu mengejutkan Eun Hee. Dia merenung wajah Pak Cik Nam Gil. Apa lagi yang ingin dikatakan?

         “ Tuan perlukan puan. Saya minta puan akan sentiasa di sisi tuan.”

         Eun Hee tergamam. Sayu mula mencengkam hati. Lama dia merenung wajah tua itu sebelum mengangguk perlahan-lahan.


EUN HEE tersentak. Air matanya mengalir tanpa disedarinya. Cepat-cepat Eun Hee mengesat mutiara jernih itu. Dia merenung wajah Ji Hoon yang masih lena. Eun Hee tersenyum hambar.

         Lelaki inilah yang menghulurkan tangan, ingin membawa dia keluar daripada segala kesedihannya. Eun Hee cuba untuk melupakan segalanya yang telah berlaku namun dia gagal. Setiap kali dia ingin membuka mulut untuk bersuara, sudah pasti ada sesuatu yang telah menghalang dirinya.

         Dia tahu, Ji Hoon mahu mendengar dia bersuara kembali tetapi apakan dayanya. Dia tidak mampu. Peristiwa itu sering kali menjengah minda. Malah, tidurnya juga sering terganggu dengan kisah tragis itu.

         Eun Hee mengusap rambut suaminya. Pernah juga dia bertanya kepada dirinya, adakah selamanya dia akan begini? Eun Hee tidak pasti akan jawapannya namun dia tahu, hari itu akan menjelang jua dalam hidupnya.


TELEFON bimbit dihempas ke meja. Kuat rengusan Chae Rin kedengaran ke telinga Hyun Min. Dia mengangkat wajah. Apa lagi yang gadis ini tidak puas hati? Pasal Ji Hoon?

         “ Kenapa dengan kau? Asyik masam je sejak kebelakangan ni,” tanya Hyun Min. Bacaan pada akhbar yang terhenti buat seketika tadi kembali menjadi perhatiannya. Chae Rin duduk bertentangan dengan lelaki itu. Wajahnya kelat.

         “ Kalau perempuan tu dah berambus dari sini, aku akan gembira. Bilalah dia nak mati?” marah Chae Rin. Siapa lagi? Sudah pasti Eun Hee. Hanya gadis itu sahaja yang menjadi penghalang Chae Rin untuk mendapatkan Ji Hoon kembali.

         Hyun Min ketawa perlahan namun matanya masih melekat pada akhbar di tangan. Chae Rin mendengus. Tidak senang melihat Hyun Min sedemikian.

         “ Janganlah ketawa! Bukannya nak menolong,” bentak Chae Rin. Hyun Min terus dengan ketawanya. Akhbar dilipat sebelum diletak di atas meja. Dia melihat pada Chae Rin yang duduk di hadapannya.

         “ Habis tu kau nak aku buat apa? Bukannya aku boleh halau Eun Hee dari hidup Ji Hoon pun,” kata Hyun Min dengan tawa yang masih bersisa.

         Buk!

         Sebiji bantal kecil tepat mengenai muka Hyun Min sebelum tergolek ke atas lantai. Tawa Hyun Min mati. Wajah Chae Rin bertambah masam. Melihat wajah Chae Rin yang sedemikian, tawa Hyun Min kembali lagi. Malah lebih kuat daripada sebelumnya.

         “ Hyun Min!”

         Chae Rin mengetap bibir. Geramnya! Sekali lagi bantal di tepi dilempar mengenai muka Hyun Min. Pantas Hyun Min menepis sebelum merenung ke arah Chae Rin. Tiba-tiba sahaja wajah Hyun Min bertukar menjadi serius. Chae Rin tergamam. Kenapa pulak?

         “ Kenapa pulak? Tiba-tiba serius ni,” tanya Chae Rin kehairanan. Hyun Min mengeluh.

         “ Sekarang ni bukannya masa untuk kau fikirkan tu semua. Ji Hoon tengah dilanda masalah sekarang ni dan aku tak fikir dia mahukan kehadiran kau,” tegas Hyun Min berkata-kata. Dahi Chae Rin berkerut.

         “ Apa maksud kau? Kenapa dengan Ji Hoon?” tanya Chae Rin. Dia menelan liur. Apa yang sedang terjadi? Adakah Ji Hoon... Bukan. Takkanlah...

         “ Ahli lembaga pengarah dah sabitkan kesalahan dia. Sekarang Ji Hoon dalam tuduhan menggelapkan wang syarikat. Nasib baik mak dia boleh tolong, kalau tak dah lama dia meringkuk dalam penjara,” cerita Hyun Min. Chae Rin tergamam.

         “ Apa? Sekarang ni dia macam mana?” tanya Chae Rin cemas.

         Penjara?

         “ Dia tak apa-apa. Presiden Park berjaya guna kuasa dia untuk halang Ji Hoon daripada dimasukkan ke dalam penjara. Ahli lembaga pengarah bersetuju asalkan pasport Ji Hoon dirampas,” kata Hyun Min. Kali ini lebih teratur. Chae Rin mengangguk perlahan.

         “ Tak ada cara nak bebaskan dia?” tanya Chae Rin. Hyun Min menjungkit bahu.

         “ Tak yakin. Tapi, siasatan akan terus dijalankan.”

         Suasana sepi seketika. Chae Rin terkedu. Pastinya Ji Hoon mengalami tekanan saat ini. Kalaulah dia boleh menemani lelaki itu dalam saat-saat sebegini.

         “ Dia tak perlukan kau.”

         Chae Rin tersentak. Dia melihat pada wajah Hyun Min. Kata-kata Hyun Min seolah-olah lelaki itu mengetahui apa yang sedang dia fikirkan.

         “ Apa yang Ji Hoon perlukan hanyalah isterinya di sisi. Kau jangan bimbang, dia tak akan apa-apa,” ujar Hyun Min lagi. Nadanya tegas kali ini. Cukuplah dengan apa yang Ji Hoon tengah lalui sekarang. Hyun Min pasti bahawa Ji Hoon akan lebih tertekan dengan kehadiran Chae Rin kelak.

         Chae Rin mengetap bibir. Hyun Min memang sengaja mahu melukakan hatinya. Lelaki itu telah berubah. Sering benar membantah apa yang dilakukannya. Entah apalah yang Hyun Min mahukan. Hyun Min terus membatu. Malas mahu bertekak dengan Che Rin lagi.


EUN HEE menjenguk ke dalam bilik. Nafasnya dihela perlahan. Suaminya sudah bangun dan sedang berdiri berdekatan dengan beranda. Mungkin mahu mencari ketenangan diri. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam.

         “ Eun Hee?” seru Ji Hoon apabila merasakan lengannya dicuit. Dia menghadiahkan senyuman buat isterinya namun Eun Hee sedar senyuman itu hambar. Wajah Ji Hoon juga masih pucat.

         “ Maaf. Susahkan Eun Hee pulak,” kata Ji Hoon perlahan. Eun Hee meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Ji Hoon. Masih terasa panas sedikit tetapi itu sudah memadai buat Eun Hee. Dapat melihat Ji Hoon berdiri sudah memuaskan hatinya.

         Ji Hoon menarik Eun Hee duduk di kerusi yang tersedia di situ. Dia melentokkan kepalanya pada bahu gadis itu. Desah nafas Ji Hoon jelas kedengaran berat.

         “ Abang tak tahu nak cakap apa, tapi abang… abang betul-betul tertekan dengan apa yang jadi. Abang memang lemah, kan? Hal kecil macam ni pun sampai demam,” kata Ji Hoon perlahan sambil ketawa kecil. Eun Hee tersenyum hiba.

         Ji Hoon memejamkan mata tatkala merasakan lembut tangan Eun Hee mengusap rambutnya. Tanpa disedari dia mula terlena. 


p/s: tengah giat menyiapkan Endless Love. hwaiting!!! Alhamdulillah, idea tengah mencurah cam air terjun je.. ;D


하나 

1 comment:

garlic said...

sukaaaaaaaaa...ganbate ji hoon...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...