Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Monday, December 6, 2010

Eternal 11



LANGKAH Sakura agak canggung apabila berdampingan dengan Ryuu sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari Skyline GTR hitam itu. Ryuu tetap mengenakan pakaian hariannya; kemeja T hitam, kot yang turut berwarna hitam serta sehelai jean biru manakala gaun merah jambu yang dibeli tadi tersarung di tubuh langsing Sakura. Sepasang kasut tumit tinggi yang sedondon warnanya dengan gaun itu tersarung di kaki.

          “ Relaks, okey? Jangan takut,” bisik Ryuu perlahan apabila melihatkan wajah Sakura yang kelihatan gelisah. Cuba menenangkan perasaan gadis itu yang pastinya gementar.

          Sakura mengangguk kecil. Dia agak gugup sebenarnya apabila memikirkan bahawa dia akan menyertai sebuah majlis yang dihadiri oleh orang yang berada kalangan yakuza. Pelbagai andaian negatif mula bermain dalam mindanya. Dia cuba berfikir positif tetapi gambaran-gambaran yang menakutkan dia tidak dapat dielakkan. Dia hanya tersedar apabila menyedari tangannya ditarik Ryuu melangkah ke hadapan. Cuba diimbangkan badan yang dirasakan agak tidak stabil dengan kasut tumit tinggi di kaki. Mereka berdua memasuki sebuah bangunan yang berdiri megah di tengah-tengah bandar Ginza. Seorang lelaki yang kemas bersut hitam mendekati mereka berdua. Ryuu menghentikan langkah apabila mereka saling mendekati.

          “ Tuan Kamenashi,” seru lelaki itu seraya memberi tunduk hormat. Ryuu mengangguk sekilas manakala Sakura tidak mempamerkan reaksi apa-apa. Lelaki itu mempamerkan senyuman kepada mereka berdua.

          “ Kami semua sedang menunggu tuan di Dewan Besar. Silakan, arah ini,” ujar lelaki itu seraya menunjukkan jalan. Mereka berdua mengikuti langkah lelaki itu. Lelaki itu membawa mereka masuk ke dalam sebuah dewan yang agak luas. Orang sudah ramai memenuhi dewan itu. Cahaya lampu dimalapkan.

          “ Tuan Mathias sedang menunggu tuan,” ujar lelaki itu. Dia menunjukan pada suatu arah sebelum berlal pergi. Mata Ryuu mencari pada arah yang ditunjukkan sebentar tadi di dalam dewan itu. Agak sukar kerana orang terlalu ramai. Mathias ditemui sedang berbual dengan beberapa orang lelaki di suatu sudut. Sakura ditarik mengikuti langkahnya.

          “ Apa khabar, Tuan Mathias?” sapa Ryuu berbahasa Inggeris sebaik sahaja mendekati kawasan itu. Seorang lelaki Russia yang kelihatan berada dalam lewat 60-an menoleh ke arah sapaan itu. Serta merta lelaki Russia itu mengukir senyuman. Sapaan Ryuu dibalas. Wajah Mathias kelihatan agak gembira.

          “ Tuan Kamenashi, saya gembira dengan kerja yang Yakuza Ryuu lakukan. Cekap dan pantas,” puji Tuan Mathias. Dia menepuk-nepuk sebelah bahu Ryuu yang lebih tinggi daripadanya. Ryuu tunduk sebagai tanda merendah diri. Mathias tersenyum-senyum. Keterampilan lelaki Jepun ini agak menarik perhatiannya.

          “ Siapa gadis ni?” tanya Mathias apabila renungannya hinggap pada Sakura. Sakura mengukir senyuman namun kelihatan agak cemas. Ryuu mengerling pada Sakura melalui ekor matanya sebelum kembali beralih pada Mathias. Perbualan mereka turut menjadi perhatian beberapa orang lelaki yang berada bersama Mathias tadi.

          “ Kekasih saya,” laju sahaja kata-kata itu dituturkan. Mata Sakura terbeliak, dia memahami perkataan yang sedang Ryuu tuturkan dalam Bahasa Inggeris itu namun cepat-cepat dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Wajah Ryuu masih tidak mempamerkan apa-apa. Kosong tanpa sebarang reaksi. Mathias ketawa perlahan.

          “ Sama padan dengan kamu, Tuan Kamenashi. Dia tak ubah seperti anak saya,” balas Mathias. Ryuu tersenyum dingin. Dia merangkul pinggang Sakura yang sudah mula gelisah. Dapat dirasakan tubuh itu sedang menggigil dalam rangkulannya namun Ryuu tidak berkata apa-apa.

          “ Walau bagaimanapun, saya nak ucapkan tahniah atas kecekapan kamu mengetuai Yakuza Ryuu sedangkan usia kamu masih muda lagi,” kata Mathias. Melambung pujiannya pada lelaki berhati ais itu. Ryuu mengangguk sekali lagi. Rangkulannya pada pinggang Sakura tidak dilepaskan.

          “ Terima kasih, tuan.”

          Mereka berdua berbual lagi. Kesemuanya berkaitan dengan isu-isu global, INTERPOL, sindiket-sindiket yang sudah tumpas di tangan pihak berkuasa, FBI dan pelbagai lagi isu jenayah. Mathias memaklumkan kepada Ryuu bahawa hampir kesemua kongsi gelap Jepun dijemput ke majlis itu. Ryuu meminta agar sebarang ucapan daripadanya tidak perlu dilakukan. Mathias bersetuju sahaja. Sakura pula asyik memerhati suasana sekeliling melalui ekor matanya. Di hadapan matanya kini terbentang suasana bagaimana mereka yang terlibat dalam dunia mafia bersosial. Suasana yang tidak ubah seperti majlis-majlis keraian lain di hotel-hotel terkemuka. Persekitaran yang agak terkawal. Tidak terjadi sebarang pergaduhan atau keganasan lain seperti yang dia fikirkan.

          Mathias mempelawa Ryuu melihat-lihat ke sekitar. Ryuu mengambil keputusan hanya ingin ditemani oleh Sakura. Mathias sempat berseloroh mengatakan mereka pasangan yang sedang hangat bercinta. Lelaki Russia itu langsung tidak kelihatan seperti seorang ketua kongsi gelap Russia yang berpengaruh. Kelihatan seperti seorang lelaki berusia yang mengetuai dunia korporat dengan jayanya. Riak bengis langsung tidak terlakar di wajah tua itu.

          “ Kau nak makan apa-apa ke?” tanya Ryuu apabila mereka melintasi meja yang menghidangkan makanan secara bufet. Sakura menggeleng. Dia tiada selera apabila mengenangkan di mana dia berada sekarang. Seleranya seakan-akan mati walaupun dia hanya makan ais krim sahaja pada tengah hari tadi.

          “ Tak lapar? Aku rasa kau belum makan apa-apa sejak tengah hari tadi,” tanya Ryuu sekali lagi. Sakura mengangguk kecil. Dia tersenyum nipis. Dapat dirasakan lelaki itu agak mengambil berat perihal dirinya. Seorang pelayan mendekati mereka. Sedulang minuman disua. Pelbagai jenis minuman yang dihidang dalam gelas berkaki tinggi menjamah pandangan.

          “ Kau nak apa? Wain atau champagne?” soal Ryuu.

          Sakura turut melihat pada minuman aneka pilihan di hadapannya kini. Lama dia berfikir sebelum kembali merenung Ryuu di sisi. “ Jus buah, boleh?”

          Segelas champagne dan jus buah yang diisi dalam gelas berkaki tinggi diambil. Ucapan terima kasih diberi sebelum pelayan itu beredar dari situ. Gelas yang berisi jus buah itu diserahkan kepada Sakura manakala dia meneguk champagne yang dipilih. Perlahan Sakura meminum jus buah segar itu melalui penyedut minuman. Mata Ryuu merenung pada perlakuan gadis itu.

          “ Kau tak minum arak?” tanya Ryuu. Sakura menggeleng.

          “ Saya tak biasa.”

          “ Sake?” Sake. Sejenis arak yang diperbuat daripada air beras di Jepun. Dianggap sebagai suatu minuman yang suci bagi masyarakat mereka.

          “ Kadang-kadang.”

          Mereka menghentikan bicara. Sakura kembali menyedut minumannya. Matanya masih melihat pada keadaan sekeliling. Pandangan Sakura berlabuh pada suatu arah. Kelihatan seorang lelaki yang sedang bersandar pada dinding sedang merenungnya tajam. Lama pandangan mereka bertaut namun tiada tanda-tanda bahawa lelaki itu akan mengalihkan pandangannya. Sakura mula gugup. Dia mencuit lengan Ryuu yang sedang melihat pada pentas. Sekumpulan pelakon teater sedang melakonkan persembahan kabuki saat ini. Ryuu hanya mengerling tanpa mengalihkan wajah.

          “ Kenapa?” rendah dia bertanya.

          “ A… awak kenal tak orang tu?” sedikit cemas nada suara Sakura. Matanya masih lagi melihat pada lelaki itu. Terasa menikam ke wajah renungan lelaki itu. Lelaki itu kelihatan biasa namun renungannya menakutkan Sakura. Seakan-akan ada sesuatu pada renungan mata lelaki itu.

          “ Siapa?”

          Ryuu melihat pada arah yang ditunjuk oleh Sakura. Wajah Ryuu berubah serta merta. Kelihatan tegang dan seolah-olah sedang menahan marah. Bahu Sakura segera dipaut erat. Sakura agak terkejut dengan perubahan sikap Ryuu. Dia terpinga-pinga. Jarang lelaki dingin itu berperilaku sedemikian.

          “ Ryuu… kenapa?” tanya Sakura perlahan. Dia melihat pada sisi wajah lelaki itu.

          “ Jangan sesekali dekat dengan lelaki tu!” agak keras nada suara Ryuu namun masih perlahan bunyinya. Dia melihat pada lelaki yang ditunjuk oleh Sakura melalui ekor matanya. Takuji!

          “ Ke… kenapa?” soal Sakura cemas. Dia menelan liur. Adakah lelaki itu amat berbahaya?

          “ Jangan banyak tanya! Kalau kau nak selamat, lebih baik ikut cakap aku!”

          Sakura terdiam apabila mendengarkan kata-kata Ryuu. Nada lelaki itu tinggi daripada kebiasaannya. Dia mula menggigil. Ryuu yang menyedari perubahan gadis itu segera mencari anak mata Sakura. Kelihatan menyedihkan dengan wajah yang berubah akibat ketakutan. Jelas di matanya bibir gadis itu sedang bergetar hebat. Tubuh Sakura didekatkan dengan dirinya. Matanya mula mencari Takuji namun lelaki itu telah beredar dari tempatnya. Belakang kepala Sakura diusap perlahan.

          “ Tak ada apa-apa. Kau selamat selagi ada aku,” tutur Ryuu rapat di telinga Sakura. Sakura mengetap bibir. Teragak-agak dia mengangguk.

          Ryuu menjarakkan sedikit dirinya dengan gadis itu. Pautannya pada bahu Sakura masih tidak dilepaskan sebaliknya dikemaskan. Dia merenung wajah itu. Sakura masih kelihatan berada dalam ketakutan walaupun sudah berkurangan sedikit. Masih terasa getar tubuh gadis itu.

          “ Kau nak balik?” tanya Ryuu. Nadanya berubah seperti kebiasaan. Dingin bagaikan ais.

          Sakura turut merenung wajah dingin itu. Lambat-lambat dia mengangguk. Jikalau boleh, saat ini juga dia mahu keluar dari tempat yang dianggap menakutkan ini. Ryuu mengangguk sekilas.

          “ Kita balik,” ucap Ryuu seakan-akan memberi kata putus.

          Ryuu membawa Sakura mencari Mathias. Mahu diberitahu akan kepulangannya sebelum mereka berdua pulang. Mathias ditemui sedang berbual-bual dengan beberapa orang bawahannya. Lelaki Russia itu agak kecewa mendengar kata-kata Ryuu. Dia berharap lelaki muda itu akan berada lebih lama dalam majlis ini. Ryuu memberi alasan bahawa Sakura tidak sihat dan mereka harus pergi dengan segera.

          “ Jaga kekasih kamu baik-baik,” seloroh Mathias. Ryuu menyambutnya dengan senyuman. Mereka beriringan keluar dari bangunan milik lelaki Russia itu. Pintu kereta dibuka sebelum Sakura didudukkan di sebelah tempat duduk pemandu. Ryuu bergegas pula ke ruang pemandu.

          Kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan bangunan. Sepi mencelah antara Ryuu dan Sakura sepanjang perjalanan. Ryuu tidak berkata apa-apa dan Sakura masih merasai bahang ketakutan yang dirasainya tadi. Renungan tajam yang menakutkan itu masih dapat diingati dengan jelas. Bagaikan renungan serigala yang sudah menemui mangsanya. Renungan itu seolah-olah memberi amaran bahawa dirinya akan berada dalam kebahayaan tidak lama lagi.

          Sakura tersentak daripada lamunan apabila merasakan tangannya dipegang erat oleh seseorang. Dia melihat pada gengaman tangan Ryuu pada jemarinya. Sakura menelan liur. Dia melihat pula pada Ryuu yang masih tidak berkalih pandangan daripada jalan raya di hadapan.

          “ Jangan takut. Selagi aku ada di sisi kau, kau akan selamat,” tutur Ryuu. Nadanya penuh keyakinan. Sedikit demi sedikit hati Sakura terpujuk juga. Semangatnya kian pulih.

          “ Hmm…” Sakura hanya menggumam.

          Jemari kasar Ryuu erat pada tangan Sakura sepanjang perjalanan pulang mereka. Kejap bagaikan sudah lekat dan tersimpul mati di situ.


HAJIME dipanggil agar mendekatinya. Segera lelaki bermuka serius itu menurut perintah Takuji. Hajime memberi tunduk hormat sebelum ketuanya mula berkata-kata. Terdapat senyuman sinis di wajah lelaki itu.

          “ Aku ada tugas untuk kau.”

          Hajime mengangguk. Sebarang tugas yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin walau berisiko tinggi untuk dilaksanakan. Itu prinsipnya yang dipegang selama ini.

          “ Siasat pasal gadis yang bersama dengan Ryuu tadi. Aku nak laporannya dalam masa yang terdekat,” arah Takuji. Hajime mengangguk perlahan.

          Takuji ketawa sinis. Daripada gaya Ryuu melayan gadis itu tadi, seolah-olah gadis itu penting baginya. Apatah lagi apabila memikirkan inilah kali pertama Ryuu muncul di kalangan mereka dengan seorang gadis. Dan jika benar tanggapannya, dia akan melakukan sesuatu bagi membalas dendam pada lelaki itu. Gadis itu akan digunakan. Takuji ketawa sekali lagi. Semakin lama semakin kuat.


p/s: may be ini last entry. Hana tak tahu bila lagi boleh update blog ni. ada masalah connection kat rumah, kabel kena curi (ToT)...

6 comments:

Witch a.k.a Okie said...

lor..kabel kena curi? Hm..
sebelum tu, Key you melt my heart! hehe...
okey, cerita ni makin menarik sa Hana keep it up!

A.D.A.M. said...

alaaaaaaaa. ;(

Hananorisa said...

wah...saspens2 Takuji nie....
apa lah yg dia nk buat nie....

kabel kena curi?
Hana tak try letak password ke?

=)

yufa @ Little Girl said...

yo, Hana...
camner lak kabel kena curi?
ish, kena panggil Ryu dtg ni...hahaha
tak perlar...Hana, Cobaan....

Hana...bila hati ryu nak dicuri sakura ni...T.T

Haruno Hana 하나 said...

hoho^^
kabel yg kat tgah jln tuela
dh bleh on9 balik dh~
thanks to TM yg dtg baiki cpt2

A.D.A.M. said...

=D suka!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...