Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Wednesday, April 24, 2013

Endless Love 50




“ KAU nak ke mana?” laung Hyun Min sebaik sahaja melihat Ji Hoon berlari ke pintu. Ji Hoon berhenti sejenak. Cemas wajahnya menoleh pada wajah bingung Hyun Min.

          “ Eun Hee! Aku tak nak jadi apa-apa pada dia! Macam mana kalau lelaki tu sanggup apa-apakan dia?” kata Ji Hoon cemas. Dia baru sahaja berlari keluar pintu sebelum masuk kembali ke dalam pejabat. Dia meluru ke peti besi yang tersorok di balik langsir di belakang meja kerjanya. Tergesa-gesa dia membuka peti besi itu.

          “ Kau nak buat apa dengan benda tu?” tanya Hyun Min terkejut apabila melihat Ji Hoon mengeluarkan sepucuk pistol. Dia tidak hairan dengan kewujudan pistol itu, apatah lagi dia turut mempunyai lesen untuk menyimpan pistol atas tujuan keselamatan. Apa yang dia hairankan adalah untuk apa Ji Hoon mengeluarkan pistol itu.

          “ Aku... nak pergi rumah Pak Cik Dam Shik...” Kelosong peluru diperiksa. Ji Hoon tersenyum apabila mendapati kelosong pelurunya masih penuh. Tergesa-gesa dia menyimpan pistol itu ke dalam poket seluarnya sebelum kembali memandang Hyun Min.

          “ Habis tu kau nak buat apa dengan pistol tu?” Hyun Min mengulangi pertanyaannya. Ji Hoon terdiam. Matanya melekat kembali pada pistol di tangannya. Dia menghela nafas. Sejurus, pandangan matanya singgah pula wajah bingung Hyun Min.

          “ Kalau aku tak balik dalam masa sejam, tolong hubungi Zachary, okay? Aku tak yakin dengan apa yang berlaku. Aku tak pasti sama ada Eun Hee dalam bahaya atau pun tak. Tapi aku cuma nak berjaga-jaga dan aku rasa aku perlukan pistol ni,” kata Ji Hoon tenang. . Dia menepuk bahu Hyun Min sebelum berlari keluar pejabat.

          Hyun Min masih berdiri kebingungan di situ. Setelah sekian lama, dia menepuk kuat dahinya. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Arahan Ji Hoon tidak dipedulikan. Nama Zachary dicari sebelum dia menekan butang hijau. Telefon dibawa ke telinga.


“ KAU dah nampak?”

          Perlahan-lahan Seung Hyun bangun daripada duduknya. Renungan dia kepada Eun Hee seakan mampu membunuh. Eun Hee menggeleng perlahan. Wajahnya berubah pucat. Dia berundur setapak demi setapak apabila Seung Hyun mengatur langkah kepadanya.

          “ Kau nak tahu dari mana aku dapat parut tu? Nak tahu?” kata Seung Hyun dingin. Sekali lagi Eun Hee menggeleng. Perwatakan Seung Hyun berubah secara mendadak. Lelaki itu kelihatan mahu menerkamnya seperti seekor singa di hutan.

          “ Ayah kau yang tak guna tu yang hadiahkan aku parut ni! Kau nak tahu bila aku dapat?” Suara Seung Hyun bergetar menahan marah. Kerutan di wajahnya menakutkan Eun Hee. Eun Hee menggeleng pantas. Dia mula panik.

          “ Masa dia nak selamatkan kau! Masa aku datang nak bunuh kau sekeluarga!”

          Eun Hee termengkelan. Dia terpaksa mengakui kata-kata Seung Hyun. Memang pada malam itu, papanya berkeras untuk dia menyelamatkan dirinya sendiri. Malah papanya jugalah yang membenamkan mata pisau ke betis lelaki yang datang membunuh mereka sekeluarga. Sungguh dia tidak menyangka bahawa lelaki pembunuh itu merupakan sepupu kandungnya sendiri!

          “ Kau tahu? Aku terpaksa kembali dari Macau untuk bunuh ayah kau! Sebab ayah kau yang tak guna tu, rahsia aku bocor! Dia dapat tahu aku sertai kongsi gelap masa dia melawat Macau! Dia terserempak dengan aku! Dia dah saksikan sendiri macam mana aku belasah, bunuh seorang lelaki masa aku jalankan kegiatan aku! Dan... aku terpaksa bunuh bukan saja dia, tapi semua ahli keluarga kau....”

          Seung Hyun berhenti melangkah. Dia tersenyum mengejek pada Eun Hee yang sudah terjelepok ke lantai. Sebelah tangannya dibawa ke belakang seluar. Eun Hee tergamam apabila melihat sepucuk pistol dibawa keluar dari saku jean Seung Hyun.

          “ Hidup aku tak tenang sebab gagal bunuh kau. Aku selalu fikir, macam mana kalau kau tahu rahsia aku? Macam mana kalau kau dedahkan rahsia aku? Aku tak nak ditangkap polis. Aku tak nak meringkuk dalam penjara,” kata Seung Hyun. Nadanya berubah-ubah. Sekejap meninggi, sekejap merendah. Mata putihnya melebihi anak mata hitamnya. Dia kelihatan seperti sudah hilang kewarasan akal untuk berfikir.

          Eun Hee menggeleng. Seung Hyun sudah berdiri betul-betul di hadapannya. Muncung pistol diletakkan di lehernya. Dia menangis ketakutan.

          “ Kemudian, seorang lelaki tawarkan upah untuk cari dan bunuh seorang lelaki. Ternyata lelaki itu merupakan suami kau, aku betul-betul gembira dengan peluang itu,” kata Seung Hyun sambil ketawa perlahan. Mata Eun Hee terbeliak. Ji Hoon?

          “ Akulah yang langgar dia tempoh hari, tapi dia bernasib baik sebab tak mati. Kemudian...” Nafas Eun Hee tersekat. Muncung pistol itu dibawa ke seluruh mukanya.

          “ Lelaki tu kata... dia sendiri yang akan bunuh suami kau. Dan aku terima saja, sebab sasaran utama aku adalah kau.” Seung Hyun ketawa galak. Dagu Eun Hee diangkat kasar. Takut-takut Eun Hee merenung ke wajah itu.

          “ Kau tahu? Suami kau hampir-hampir mati masa lelaki tu datang ke rumah kau. Dia bernasib baik sebab lelaki tu gagal bunuh dia. Sebab takut rahsia aku terbongkar, lelaki itu aku bunuh. Aku sorokkan mayat lelaki tu di kawasan nelayan. Dan, sekali lagi suami kau terselamat. Dia memang bernasib baik.”

          Eun Hee menggeleng sekuat hati apabila Seung Hyun menarik kasar bahunya. Tangannya dikilas kasar ke belakang. Eun Hee mengerang kesakitan apabila kedua-dua tangannya dipegang kemas oleh genggaman kejap Seung Hyun.

          “ Aku pernah nak bunuh kau dulu. Tapi, aku tak bernasib baik sebab masa tu suami kau yang tak guna tu, ayah aku dan adik aku ada bersama-sama kau. Aku terpaksa melarikan diri. Dan, suatu hari aku ekori kau pulang dari pasar. Malangnya kau sedar yang kau dalam bahaya. Aku tak dapat kejar kau yang balik ke rumah. Dan hari itu...” Seung Hyun berhenti berkata-kata. Rambut panjang Eun Hee direntap kasar.

          “ ... aku dah hampir-hampir bunuh kau, tapi malangnya sekali lagi suami kau dah gagalkan rancangan aku. Dia muncul dan hentak aku dari belakang. Aku hanya berjaya cederakan dia sebelum aku larikan diri. Dan, sekali lagi aku gagal...”

          Bulat anak mata Eun Hee mendengar pernyataan itu. Jadi, lelaki yang berserkup muka hitam itu adalah Seung Hyun? Kejadian mengerikan yang menimpa dirinya itu masih diingati. Apatah lagi sebab peristiwa itulah dia semakin menjauhkan diri daripada Ji Hoon.

          “ Tapi...” Seung Hyun ketawa menggila. Eun Hee kaku apabila muncung pistol itu rapat mengenai dahinya.

          “ ... tak akan ada sesiapa yang dapat selamatkan kau kali ni. Aku akan bunuh kau, buang mayat ke dalam laut dan lari ke luar negara. Aku punya banyak wang untuk itu,” kata Seung Hyun perlahan. Eun Hee menggeleng perlahan.

          Dia akan mati tidak lama lagi. Tak akan sesiapa lagi yang akan datang menyelamatkannya. Dia akan mati di tangan darah dagingnya sendiri. Sungguh dia tidak menyangka abang sepupunya itu sudah menjadi seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan.

          “ Arghhh!!!”

          Seung Hyun terbongkok menahan perit peluru menembusi kulit tangannya. Eun Hee segera menoleh ke pintu. Dia terperanjat besar. Bergetar bibirnya melihat seseorang yang sedang berdiri di muka pintu rumah itu. Ji Hoon! Ji Hoon datang menyelamatkannya sekali lagi!

          Ji Hoon segera masuk ke dalam rumah itu. Bengis wajahnya merenung pada Seung Hyun yang masih terbongkok menahan kesakitan yang teramat. Pistol yang tergenggam kemas di tangannya dihala kepada lelaki itu.

          “ Kaulah yang nak bunuh aku, kan? Lepas tak berjaya bunuh aku, kau nak bunuh isteri aku pula? Sepupu kau sendiri?” Suara Ji Hoon lantang menengking lelaki itu. Jika iikutkan hatinya mahu sahaja dia menembak lelaki itu sehingga mati. Mujurlah kewarasan akalnya mampu menghalang dia daripada bergelar seorang pembunuh pula, sama seperti lelaki yang dipandang hina di hadapannya kini.

          Seung Hyun bangun lalu meluru ke arah pistolnya yang tergeletak tidak jauh daripadanya. Eun Hee menekup mulut. Tidak sanggup membayangkan apa yang bakal terjadi.

          “ Kau memang bodoh! Sepupu kau si Da Wei bangsat tu sendiri sanggup bunuh kau! Apatah lagi aku? Dah banyak nyawa melayang di tangan aku. Termasuklah nyawa sepupu kesayangan kau tu,” kata Seung Hyun merendahkan nada di akhir percakapannya. Ji Hoon kaku seketika.

          Pembunuhan Da Wei berpunca daripada Seung Hyun sendiri? Lelaki upahan Da Wei sendiri?

          “ Kau tak akan berjaya bunuh aku. Aku akan bunuh kau kemudian...” Seung Hyun ketawa berdekah-dekah. Dia menoleh ke arah Eun Hee yang masih terduduk bersandar pada dinding sebelum matanya segera kembali pada wajah bengis Ji Hoon.

          “ ... isteri kesayangan kau.”

          Seung Hyun ketawa lagi. Dia benar-benar kelihatan lupa diri. Dia ketawa terbahak-bahak. Pistol di tangannya digenggam erat. Dia mengangkat pistol itu. Muncung dihalakan tepat kepada Ji Hoon.

          “ Kalau kau fikir kau boleh bunuh aku macam mana kau bunuh Da Wei, kau silap besar,” deram Ji Hoon bengang. Seung Hyun mengangkat keningnya.

          “ Oh ya?”

          Dia menerpa ke arah Ji Hoon tanpa sempat dihalang oleh lelaki itu. Eun Hee merintih tatkala melihat suaminya sedang bergelut dengan sepupunya sendiri. Perlahan-lahan dia bangun. Hampir tidak berdaya dia untuk melangkah mendapatkan Ji Hoon. Dia terpaksa merangkak perlahan-lahan.

          “ Aku... yang akan bunuh kau... bukannya kau!” bentak Seung Hyun. Pistolnya ditepis oleh Ji Hoon, jatuh tergeletak di hujung ruang tamu itu. Ji Hoon mencengkam belakang leher Seung Hyun. Dia sedang bergelut dengan Seung Hyun untuk mengelakkan lelaki itu daripada merampas pistolnya pula.

          “ Kau... takkan... dapat...”

          Bum!

          Eun Hee membongkok sambil menutup kedua-dua telinganya apabila bunyi tembakan dilepaskan kedengaran. Teresak-esak dia mengangkat wajah. Wajahnya pucat tidak berdarah apabila melihat jasad yang terkena tembakan itu ialah Ji Hoon! Ji Hoon terbaring di lantai sambil memegang dada kirinya. Nafasnya tersekat.

          Abang... abang...

          Tergesa-gesa dia mendapatkan Ji Hoon yang hampir nyawa-nyawa ikan. Dia menggeleng pantas. Air matanya bercucuran menuruni pipi. Dipangku lembut kepala suaminya itu. Dia menangis tersedu sedan.

          “ Eun Hee...” panggil Ji Hoon perlahan. Dadanya berombak tidak sekata. Dia meraih sebelah tangan gadis itu. Eun Hee menggeleng lagi. Dia menarik tubuh itu ke pelukannya. Basah rambut Ji Hoon dengan tangisan Eun Hee.

          “ Maaf...”

          “ Aku dah kata, kau bakal mati dalam tangan aku,” kata Seung Hyun sinis. Eun Hee mengangkat wajah. Dia kesal dengan kekejaman Seung Hyun. Hanya kerana dendam lampau, dia sanggup membunuh!

          “ Sekarang, kau pula...” Muncung pistol dihala pula pada Eun Hee. Eun Hee termengkelan.

          Eun Hee membenamkan wajahnya pada kepala Ji Hoon. Dia menutup matanya rapat. Jatungnya berdegup pantas. Dia akan mati! Bunyi tembakan kedengaran lagi.

          Sepi. Eun Hee kaget. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kabur pandangannya melihat sekeliling. Dia melihat Zachary dan Hyun Min meluru masuk ke dalam rumah. Eun Hee terpana.

          “ Ji Hoon, kau tak apa-apa?” Zachary berlari mendapatkan Ji Hoon yang berbaring di pangkuan Eun Hee manakala Hyun Min berdiri di hadapan mereka, cuba menghalang Seung Hyun daripada melakukan apa-apa yang bakal memburukkan lagi keadaan. Kerutan di wajah Ji Hoo jelas menunjukkan kesakitan yang sedang dilaluinya. Zachary tergamam apabila melihat Ji Hoon sedang memegang rapat pada bahagian dada kirinya.

          “ Kau...”

          Tergesa-gesa Zachary membantu memapah Ji Hoon berdiri. Goyah lutut Eun Hee melihat kesengsaraan yang tergambar di wajah suaminya. Dia menggeleng dalam tangisan. Saat mereka mahu melangkah pergi, Seung Hyun menerpa ke hadapan, menghalang mereka daripada keluar dari rumah itu.

          “ Pergi!” bentak Zachary bengang. Pautannya pada pinggang Ji Hoon dikuatkan. Seung Hyun menggeleng sinis.

          “ Tak semudah itu. Aku takkan benarkan siapa pun di antara kau semua boleh hidup lepas ni!” kata Seung Hyun bongkak. Jarinya menarik laras pistol. Sebelum sempat dia melepaskan tembakan, Hyun Min terlebih dahulu bertindak. Dia meluru kepada Seung Hyun lalu menepis tangan yang memegang pistol. Perut Seung Hyun ditumbuk kuat sebelum dia mengilas kedua-dua tangan Seung Hyun ke belakang. Seung Hyun jatuh tertiarap. Pistol Seung Hyun dan piastol Hyun Min sama-sama jatuh jauh daripada mereka.

          “ Kau takkan terlepas! Pihak polis dalam perjalanan ke sini! Kami akan bongkarkan semua kejahatan kau!” bentak Hyun Min. Wajah Seung Hyun berubah panik. Sebelah kakinya menendang kuat belakang Hyun Min sebelum dia berlari meloloskan diri.

          Kesemua mereka kaget dengan kejadian yang berlaku dengan pantas itu. Hyun Min terus berlari keluar rumah. Serentak dengan itu suatu bunyi dentuman yang kuat kedengaran. Lariannya diperlahankan saat dia menjejakkan kaki ke tanah. Dia terkedu melihat apa yang berlaku di hadapannya.

          “ Hyun Min! Cepat!” pekik Zachary dari belakang sekaligus mengejutkan Hyun Min. Hyun Min lekas berpaling. Dia tergamam. Wajah Ji Hoon semakin pucat. Lelaki itu menarik nafas dengan bersusah payah. Tangan Ji Hoon masih menekan pada luka tembakan di dada kirinya. Akhirnya, Ji Hoon jatuh terkulai daripada papahan Zachary.          

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...