Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Saturday, May 4, 2013

464 Untuk Nini Bab 4



AUNI dah berair air mata menghadap bawang merah yang sedang dihirisnya. Ummi hanya tersenyum melihat mata merah anak bongsunya itu. Ummi kembali menghadap kuah tom yam di hadapan. Baru sahaja ummi mengacau, berdesup bunyi kat belakang sebelum disusuli dengan bunyi air melimpah ke sinki. Ummi pantas menoleh.

          “ Adik?” Muka ummi dah berkerut-kerut. Auni pantas menoleh daripada sinki dengan muka yang basah.

          “ Adik tak tahanlah, pedih sangat,” adu Auni seakan-akan kanak-kanak kecil. Matanya digosok berulang kali. Ummi tahan gelak.

          “ Camnelah nak masak untuk suami kalau macam ni,” kata ummi. Puan Mariam kembali menghadap kuah tom yam di hadapan.

          Auni mencebik. Pasal tu jugaklah yang ummi nak keluarkan. Nak suruh aku nikah cepat-cepat ke?

          “ Adik,” seru ummi tanpa menoleh. Auni menyahut.

          “ Adik ikut ya ke rumah Auntie Sofi petang esok? Angah tak boleh pergi, ada majlis buka puasa dengan company dia. Along pulak kena buka puasa kat rumah Auntie Zah. Boleh ya, dik?”

Auntie Zah. Mentua kesayangan Along. Boleh kata yang Alongnya itu menantu kesayangan Auntie Zah. Mana tidaknya, jika Auntie Zah memerlukan bantuan untuk ke mana-mana atau menguruskan sesuatu, Alonglah orang pertama yang akan dicari walaupun anaknya yang lain masih lagi ada. Kesanggupan Along memenuhi setiap permintaan wanita itu menyebabkan Auntie Zah amat menyayangi Along berbanding menantu-menantunya yang lain.
         
          “ Okey, lagipun kalau adik tak ikut, adik nak bukak puasa dengan sapa? Dahlah ummi dan walid tak ada, Angah dengan Along pun tak ada. Baik adik ikut,” balas Auni yang kembali berperang dengan bawang merah di tangannya.
         
          Ummi gelak lagi. “ Tahu takpe.”

          Ummi kembali dengan tom yam yang masih panas. Usai mengecilkan api, ummi mula berhajat mahu ke bilik air. Baru sahaja ummi ingin berlalu dari situ, mula kedengaran suara Auni kembali.

          “ Ummi! Pedihlah mata!”

          Ummi gelak lagi.


BARU sahaja Auni masuk ke dalam pejabat sebaik sahaja ditegur oleh Firas yang baru sahaja pulang dari Holland. Tambah pelik lagi dengan huluran lelaki itu. Sebuah bungkusan yang berbalut cantik berada dalam tangan Firas. Kening Auni bercantum.

          “ Kau buang tabiat ke ni?” tanya Auni pelik. Punyalah selama ni Firas tak pernah membalut walau satu pun pemberiannya jika memberi hadiah. Hari ni balut pula? Aneh, aneh.

          Firas sengih tawar. “ Kot ya pun kau terimalah dulu hadiah aku ni. Hadiah kau ni special sikit sebab kau dah tolong aku time aku tak ada kat sini.”

          “ Oh, kau cakap pasal plan hotel tu ke? Tak ada apa-apalah, dah Encik Adam suruh aku uruskan, aku ikut aje. Bak sini hadiah tu, manalah tahu kau bagi biskut kering je ke,” kata Auni. Bungkusan di tangan Firas diambil.

          “ Buruk sangka betullah kau dengan aku. Apa punya kawanlah,” balas Firas. Auni hanya buat donno.

          Bungkusan dibuka dengan berhati-hati. Mahu sahaja Auni terjerit apabila melihat isi dalam kotak itu. Muka Firas direnung tidak percaya.

          “ Tote bag TVXQ yang limited edition? Mana kau dapat? Punyalah susah aku nak cari kat KL ni,” kata Auni teruja. Tote bag hitam di tangan direnung. Haru punya Firas, tote bag pun nak bungkus dalam kotak besar. Fail bab membungkus hadiah betullah kawan aku ni.
         
          “ Rezeki kau agaknya. Time aku jalan-jalan tengah bandar lepas meeting tu, Encik Adam call aku. Sanggup pulak dia call aku malam-malam buta cuma sebab nak cakap pasal kau yang tolong handle prob tu. Elok aje lepas tu, aku masuk satu kedai tu. Terkezut beruk aku bila masuk je, barang-barang Kpop ada banyak. Yang ni pun yang last. Aku teringat time yang kau bising pasal TVXQ dulu, sebab tu aku bajet yang kau minat mamat-mamat ni sume,” jelas Firas.

          Sengih di bibir Auni lebar. “ Memanglah aku sayang gilerrrrr dengan kau, Firas.”

          “ Dahlah, baik aku pergi sambung buat kerja. Ganggu masa kau pulak. Aku nak kena ke Al-Azwar ni, nak bincang pasal plan tu lagi,” kata Firas lagi. Auni pantas mengangguk.

          “ Okay. Arigatou ne (terima kasih). Memang dah lama aku cari tote bag ni.”

          “ Naa… no prob. Aku yang patut berterima kasih,” balas Firas sebelum berlalu. Sengih Auni makin melebar. Tote bag di tangan direnung. Happynya!!!

          Acer AO Happy yang berwarna biru muda diletak di atas meja lantas dibuka. Sementara menunggu loading, Auni menyimpan tote bag berharganya itu di dalam laci. Habis sahaja loading, Google dibuka. Dia perlu membuat beberapa penyelidikan berkaitan dengan seni bina masjid di luar negara. Encik Adam yang beria-ria mahu dia menyertai projek itu memandangkan Firas sudah terlibat dengan projek bersama Al-Azwar.

          “ Haaa!!!”

          Tersentap Auni dengan teguran itu. Dia pantas mengangkat wajah. Adda sedang tersengih-sengih di hadapannya kini.

          “ Apasal kau ni? Terkejut aku,” bebel Auni. Kali ini Adda ketawa pula. Langsung tidak terkesan dengan bebelan Auni. Makin galak dia ketawa adalah.

          “ Kau balik pukul berapa hari ni?” tanya Adda. Matanya lekat pada balang yang sudah berhias cantik yang penuh berisi dengan origami swan buatan Auni. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya setiap kali melihat Auni melakukan hobinya yang satu itu. Pantang ada masa, mesti gadis itu akan membuat origami swan.

          “ Awal, kenapa kau tanya?” tanya Auni tanpa memandang Adda. Matanya masih lagi di skrin Acer. Sesekali jari jemarinya mencoret sesuatu di atas sekeping kertas.

          “ Kalau tak, aku nak ajak kau ke Mid Valley. Nak cari Big dan 49 Days, boleh? Time mula-mula keluar tu aku tak sibuk sangat, tak sempat nak pergi beli,” tanya Adda. Auni tarik senyum. Yang ni sorang lagi yang satu kepala minat drama Korea dengan aku ni, he he.
        
          “ So sorry, dear. Aku kena balik awal, straight ke rumah sebab malam ni kawan parents aku ajak bukak puasa kat rumah dia,” kata Auni. Adda menarik muncung.

          “ Tak apalah. Tapi, esok kau teman aku ya? Please? Please? Please?” kata Adda bersungguh-sungguh. Auni mengangguk. Kasihan pula melihat Adda yang bersungguh-sungguh mahu ditemaninya.

          “ Baiklah. Aku pun nak cari CD baru jugak.”

          “ Sayangggg kau!!!” Teriak Adda lantas memeluk Auni. Hampir sesak nafas Auni dengan tindakan Adda. Ditolak jauh tubuh itu.

          “ Kau ni, bajet-bajetlah. Nak kena sound dengan Encik Adam?” kata Auni sedikit keras namun nadanya agak perlahan. Adda cuba tahan gelak.

          “ Yalahhhh…” kata Adda panjang.

          “ Dah, dah, pergi main jauh-jauh. Mati aku kalau research ni tak siap-siap lagi. Macamlah kau tak tahu, bila big boss dah mengamuk, Gunung Everest pun boleh jadi landai, tahu tak?” kata Auni. Matanya kembali meneliti skrin AO Happy. Adda gelak kecil.

          “ Haru betul metafora kau. Dahlah, aku pun nak pergi sambung buat kerja ni. Chow,” kata Adda lantas berlalu meninggalkan Auni di situ. Auni menggelengkan kepalanya.

          Jemarinya mula menari di atas keyboard Acer. Sesekali Pilot Shaker pula yang menari di atas kertas. Berkerut-kerut muka Auni tatkala membaca penerangan berkaitan sejarah pembinaan masjid-masjid itu.

          “ Hish, aku ni dahlah tak berapa nak minat sejarah ni,” rungut Auni. Fon telinga disumbat lantas wayarnya disambung pada laptop. Folder Korean n’ Japan Songs yang sudah sedia berada dalam laptop dibuka. Tersusun rapi sahaja lagu-lagu kegemaran Auni di dalamnya mengikut nama kumpulan yang menyanyikan lagu. Auni memang hantu Korea dan Jepun, tidak kiralah drama, filem mahupun lagu.

          TVXQ – Lovin’ You bermain di telinga. Auni senyum sendirian. Matanya kembali menghadap sejarah pembinaan yang dikatakan agak membosankan itu. Sesekali dia menyanyi perlahan mengikut lirik lagu itu. Matanya melirik pula pada jam. Dia tersenyum lagi.

            Bayangan wajah Hakimi muncul dalam mindanya. Cepat-cepat Auni menggelengkan kepalanya. Tidak mahu terikut-ikut dengan perasaan yang kian dirasakan kian bercelaru semenjak menerima e-mel daripada lelaki itu.


“ NAWAL memang nak bawa E-jat sekali ke?” soal Najwan buat kesekian kalinya. Nawal yang sedang membetulkan tudung di hadapan cermin mula buat muka bosan.

          “ Along!!! Ni dah masuk kali ke sepuluh tahu tak Along tanya Nawal soalan tu,” rungut Nawal. Muka Alongnya dipandang geram. Najwan gelak perlahan.

          “ Mentang-mentanglah E-jat tu kecik, Nawal bawak dia pulak jadi chaperone. Kenapa tak bawak Along aje?” tanya Najwan dengan gelak yang masih bersisa. Nawal tarik muka masam.

          “ Buat apa ajak Along? Kacau daun aje,” balas Nawal geram. Najwan ketawa lagi.

          Perbualan mereka terhenti dengan kehadiran mummy dengan E-jat di dukungan. E-jat diturunkan di hadapan mereka berdua. Berlari E-jat mendapatkan Najwan yang tidak sampai selangkah dengan dia. Najwan pula pantas mendapatkan E-jat ke dukungannya.

          “ Mummy lupa yang Syah ajak Nawal buka puasa hari ni. Kalau tak, boleh kenal-kenal dengan anak kawan mummy yang bongsu tu. Namanya Auni kalau tak salah mummy,” kata mummy. Mata mummy pula dilirikkan pada Najwan yang sedang bergurau dengan E-jat. Nawal dah gelak memanjang.

          “ He he, Nawal tahu sangat yang mummy nak kenalkan anak kawan mummy dengan Along, kan? Kan?” kata Nawal. Mummy senyum. Najwan buat bodoh sahaja. Kalau dia beri reaksi, mahu kena dengar ceramah free dengan mummy petang-petang macam ni.

          “ Dahlah, Nawal pergi dulu, ya mummy? Mungkin Nawal balik lewat sikit. Syah kata nak ajak Nawal teman dia shopping baju raya dengan adik dia.”

          Mummy mengangguk lantas Nawal mencium pipi dan tangan mummy. Sebelum Nawal pergi sempat lagi Najwan meluku kepala adiknya. Terjerit Nawal tatkala Najwan sekali lagi meluku kepalanya. Cepat-cepat Nawal menarik E-jat berlari ke luar rumah sebelum sekali lagi kepalanya menjadi mangsa lukuan Najwan.

          “ Kamu ni Naj, asyik nak usik adik kamu aje kerjanya,” bebel mummy. Najwan sengih. Wajah mummy dipandang.

          “ Biarlah mummy. Lepas Nawal kahwin, takkan Naj nak usik macam tu jugak?” balas Najwan. Ringkas sahaja jawapannya walaupun kurang bernas.

          Mummy senyum nipis. Mata mummy turun naik dari hujung rambut sehinggalah ke kaki Najwan. “ Ha, kamu ni pulak takkan nak pakai macam ni nak jumpa dengan tetamu mummy? Dah, pergi tukar baju.”

          Najwan renung ke pakaian yang tersarung di tubuhnya. Tee biru dengan seluar tiga suku melepasi lutut, pakaian harian dia jika berada di rumah atau bersantai ke mana-mana. Dosa ke pakai macam ni?

          “ Salah ke Naj pakai macam ni?” tanya Najwan dengan lagak selamba. Mummy sengih geram.

          “ Banyaklah kamu punya sopan kalau pakai macam ni! Dah! Pergi tukar baju Melayu sekarang jugak sebelum mummy naik angin!” balas mummy garang. Najwan tarik sengih.

          “ Yalah, yalah. Naj pergi tukar sekarang jugak,” balas Najwan cepat-cepat. Mummy dah mula keluar aura Hulk Hogan. Sebelum mummy kesayangannya bertukar menjadi hijau, lebih baik dia cabut cepat-cepat. Pantas Najwan melompat dari tangga ke tangga sebelum sampai ke tingkat atas. Mummy yang masih di tingkat bawah hanya mampu menggeleng.


AUNI hanya mampu merenung sahaja banglo besar dua tingkat di hadapannya. Civic walid Auni sudah selamat diparkir di porch rumah kawan ummi dan walid itu. Dua orang lelaki lengkap berbaju Melayu yang Auni tidak kenali keluar dari rumah itu bersama-sama Auntie Sofi. Auni keluar dari Civic sekali dengan walid dan ummi. Walid dah mendahului mereka mendapatkan suami Auntie Sofi.

          “ Apa khabar, Bang Man? Dah lama tak jumpa,” sapa walid mesra. Tuan Luqman tersenyum mesra. Bahu walid ditepuk lembut.

          “ Baik. Takkan ni je yang datang?” tanya Tuan Luqman hairan bila melihat hanya tiga orang sahaja tetamunya yang menghadirkan diri. Walid ukir sengih.         

          “ Yang sulung pergi buka puasa kat rumah mentua, yang tengah pulak ada majlis buka puasa dengan company dia,” balas ummi pula selepas bersalam dengan Auntie Sofi. Auntie Sofi dan Uncle Luqman sama-sama mengangguk.

          Auni senyum manis. “ Apa khabar, auntie, uncle?”

          “ Baik, Auni sihat?” tanya Auntie Sofi mesra. Auni mengangguk.

          “ Alhamdulillah, sihat.”

          Selepas bersalam dengan Auntie Sofi barulah Auni perasan akan lelaki yang seorang lagi. Bulat matanya merenung lelaki yang lengkap berbaju Melayu biru itu. Begitu juga dengan lelaki itu namun cepat-cepat lelaki itu mengukir senyum.

          “ Ni anak sulung kami, Najwan Faqqimi. Sekarang kerja dengan company keluarga,” kata Auntie Sofi sambil tersenyum penuh makna. Walid dan ummi mengangguk. Auni hanya senyum sahaja.

          “ Eh, jemputlah masuk. Kejap lagi dah nak berbuka. Jemput masuk, Ya, Yam,” ajak Uncle Luqman. Uncle Luqman dan Auntie Sofi beriringan masuk bersama-sama ummi dan walid. Auni dan Najwan ditinggalkan di belakang. Auni dah terpinga-pinga tak tahu nak buat apa tapi Najwan masih lagi relaks.

          “ Tak sangka you anak kawan parents I,” ujar Najwan perlahan. Auni tarik sengih. Wajah bersih Najwan direnung.

          “ Saya pun,” katanya dengan senyum di bibir. Senyuman Auni dibalas.

          “ Masuklah. Nampaknya, parents kita dah lupakan kita kat sini,” kata Najwan selamba sambil merenung siling porch. Auni ketawa kecil.
         
          “ Baiklah.”

          Najwan dan Auni sama-sama memasuki ruang makan. Auntie Sofi yang ternampak mereka berdua segera mengukir senyum. Yang lain-lain sudah mengambil tempat di meja makan.

          “ Jemput duduk, Auni,” pelawa Auntie Sofi. Auni mengangguk sedikit sebelum mengambil tempat di sisi ummi. Najwan pula turut ambil tempat di sisi mummynya, bertentangan dengan Auni. Auntie Sofi dah berganda-ganda gembiranya.

          Baru beberapa minit sahaja mereka duduk, azan Maghrib dah berkumandang. Baba merenung pada Najwan di hujung meja sebelum mengangguk sedikit. Najwan mengangguk tanda faham. Kedua-dua telapak tangannya ditadah. Lafaz Bismillah dibaca terlebih dahulu.

           Ya Allah, kami telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah kami mempercayai dan kami membuka puasa dengan apa yang Kau berikan.”

          Najwan meraup wajahnya setelah doa diaminkan. Mereka mula menjamu selera. Riuh meja makan dengan perbualan antara walid, ummi dan ibu bapa Najwan. Auni dan Najwan hanya mendengar sahaja perbualan ibu bapa mereka yang lebih menjurus kepada kisah-kisah lama mereka. Kadang-kadang, walid dan Uncle Luqman akan ketawa.

          “ Auni, tak nak tambah lagi? Sikit je kamu makan tu,” tegur Auntie Sofi. Matanya jatuh pada pinggan Auni yang sudah kosong. Pantas Auni menggeleng, menolak pelawaan Auntie Sofi.

          “ Tak apalah, auntie. Terima kasih, Auni dah kenyang,” balasnya sopan. Terasa perutnya sudah sendat dengan makanan. Nak sumbat macam mana lagi? Ummi di sisi Auni dah tersenyum.

          “ Auni memang makan sikit. Tu yang kecil macam ni,” seloroh ummi. Auni tersengih. Najwan yang turut mendengar perbualan mereka juga mengukir senyum. Matanya dilirikkan pada Auni.

          Sesudah berbuka puasa, Tuan Luqman mengajak Encik Zakaria sekeluarga solat Mahgrib berjemaah bersama-sama sebelum mereka pulang. Baba dah meminta Najwan ke depan untuk bertindak sebagai imam. Wajah babanya direnung hairan.

          “ Baba tak nak jadi imam ke?” tanya Najwan. Biasanya, baba yang akan mengimamkan mereka sekeluarga. Tuan Luqman hanya menggeleng.

          “ Tak apalah, kali ni biar kamu yang jadi imam. Baba pun dah lama tak merasa jadi makmun kamu,” balas Tuan Luqman. Najwan hanya mengangguk sahaja. Kaum Hawa sudah mengambil tempat di belakang Tuan Luqman dan Encik Zakaria.

          Boleh ke dia jadi imam? Dah jarang benar ada anak muda yang mampu jadi imam, fikir Auni tatkala melihat Najwan sudah bersiap sedia untuk mengimamkan solat mereka. Manakan tidak, kebanyakan anak muda sekarang sudah culas dalam beribadat, apatah lagi memikul tanggungjawab seperti menjadi imam dalam solat. Dia agak ragu-ragu dengan kemampuan lelaki muda itu.

          Lunak suara Najwan ketika mengangkat takbir menyedarkan Auni daripada lamunannya. Dia agak terpegun dengan susunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang Najwan alunkan. Teratur bacaannya dengan tajwid pada setiap ayat suci itu.

          “ Allahuakhbar…”


YOU dah lama kerja dengan Adam?” tanya Najwan semasa mereka berjalan keluar rumah. Taman bunga mummy di rumah Najwan menjadi destinasi mereka. Walid dan ummi masih berbual-bual dengan ibu bapa Najwan di dalam rumah. Lantaran itu Najwan mengajak gadis itu ke luar rumah.
  
          “ Adalah dalam dua tahun setengah. Encik memang kenal dengan bos saya, kan?” tanya Auni pula. Najwan mengangguk.

          “ Since I 16, kenal kat MCKK. Dia tu memang sejak zaman sekolah lagi cita-cita nak buka firma arkitek sendiri. Tak sangka, umur tak sampai 30 tahun lagi pun dah dapat buka firma dia sendiri. Mungkin sebab kesungguhan dia kot? Tambah-tambah lagi ayah Adam sendiri pun pernah menjadi arkitek sebelum bersara sebab dah tak larat,” cerita Najwan. Auni gelak kecil.

          “ Kenapa?” tanya Najwan hairan.

          “ Saya tak boleh nak cakap banyak-banyak pasal Encik Adam. Dibuatnya encik mengadu apa yang saya cakap, mati saya nak soal jawab dengan dia,” jelas Auni dengan sisa tawanya. Najwan ketawa tanda mengerti.

          “ Ada-adalah you ni. Emmyou memang minat buat origami ke?” tanya Najwan tiba-tiba. Kening Auni bercantum mendengarkan pertanyaan itu. Wajah Najwan direnung.

          “ Kenapa encik tanya macam tu?” tanya Auni. Kali ini dia pula yang kehairanan. Najwan tarik senyum.

          “ Mana taknya, masa kita first time jumpa dulu, I tengok asyik betul you buat origami tu semua. Minat you, eh?” kata Najwan lagi. Tanpa berlengah panjang Auni terus mengangguk.

          “ Memang minat saya.”

            “ Buatkan untuk I?”

            Auni terdiam. Soalan jenis apa ni? Lantas dia tersenyum sahaja. Najwan ketawa perlahan. Tak sangka soalan sebegitu akan terkeluar daripada bibirnya.

          Mereka mula menyepi. Mata masing-masing jatuh pada dada langit yang penuh dengan bintang-bintang. Tanpa mereka sedari, ibu bapa masing-masing sudah lama asyik merenung mereka dengan penuh minat. Senyuman di bibir masing-masing mula terukir lama.

3 comments:

baby mio said...

BEST...

nasir din said...

syok....ngeee..boleh slalu read kat sini...wink2

Norhaizam Mustaffa said...

Kak Hana, sweetnya cite ni. Haha. Suka baca. Oke, dah habis baca Bab 4 =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...