Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Sunday, May 19, 2013

464 Untuk Nini Bab 6



NAMPAK sahaja Auni yang baru keluar dari keretanya, terus sahaja Adda berlari mendapatkan sahabatnya itu. Kebetulan Adda juga baru sampai daripada rumahnya. Mengenangkan peristiwa semalam, ada banyak soalan yang ingin Adda tanyakan kepada Auni dan dia tidak boleh sabar lagi.

          “ Apa kau ni? Tak reti nak bagi salam dulu ke?” ujar Auni yang agak terkejut kerana tanpa semena-mena lengannya ditarik oleh Adda. Adda sengih lebar lantas menggeleng laju.

          “ Kau hutang aku banyak soalan sejak semalam, tahu tak? I can’t wait any longer,” balas Adda. Pegangan pada lengan Auni dilepaskan.

          Auni mengeluh. “ Soalan apa lagi ni?”

          Ni tak lain nak tanya pasal Kimilah ni. Muak aku nak fikir pasal lelaki tu.

          “ Pasal apa yang jadi antara kau dengan Kimi semalamlah! Takkan aku nak tanya pasal abang dan kakak ipar kau pula?” Adda menempelak. Sudah gaharu cendana pula minah seorang ni, rungut Adda.

          Bingo! Kan betul apa yang aku fikir tu?

          Auni tayang muka meluat namun Adda tidak terkesan dengan lagak Auni. Tahu sangat yang Auni ingin mengelak daripada menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya olehnya. Belum buka lagi kaunter pertanyaan wajib, dah nak mengelak?

          “ Kau nak elak apa sangat ni Cik Auni? Semalam aku tanya, kau tak nak jawab. Macam ni lah kawan kan, tak nak cerita masalah?” Adda pura-pura merajuk. Laju sahaja dia berjalan meninggalkan Auni di belakang. Auni tergamam.

          Merajuk pula?

          Cepat cepat Auni menyaingi langkah Adda. Bahu Adda dipeluk erat. Cuba memujuk gadis itu.

          “ Yalah, yalah. Aku cerita okey? Aku bukannya tak nak cerita semalam, tapi aku dah bengang sangat dengan si Kimi tu,” lembut Auni memujuk. Adda mengerling sekilas pada Auni. Auni ukir senyum manis buat sahabat yang sedang merajuk.

          Adda hanya merenung sahaja pada wajah Auni. Renungan sahabatnya itu mengundang serba salah. Auni dah cuak.

          “ Okey, kau cerita.” Adda dah ukir senyum.

          Auni dah tarik nafas lega. Nasib baik kali ni Adda tak tarik lama masa merajuk dia tu. Kalau tak, puas nak pujuk. He he.

          “ Aku pura-pura merajuk aje tu. Saja nak buat kau cuak,” balas Adda seakan-akan mengetahui apa yang bermain dalam fikiran Auni. Pantas Auni mencebik.

          “ Okey, aku cerita. Tapi janganlah buat pura-pura merajuk macam tu, okey?” pinta Auni. Adda diam seketika lantas menggeleng. Auni cuak lagi sekali.

          “ Kau tak habis cerita, aku buat merajuk lagi,” balas Adda selamba.

          Hampeh punya kawan!

          Sedikit punya sedikit kisah mengenai e-mel yang dihantar oleh Hakimi diceritakan kepada Adda. Persoalan Adda mengenai ‘kenapa tak nak terima Hakimi’ dan ‘perlu ke kau tipu Hakimi dengan berita pertunangan’ itu dijawab sebaik mungkin. Namun Auni tetap berkeras meminta Adda tidak membocorkan rahsia pembohongan mengenai pertunangannya. Tanpa banyak soal laju sahaja Adda bersetuju.

          “ Tapi kan, kenapa aku rasa Kimi takkan berhenti ganggu kau even kau dah tipu dia macam tu?” Adda meluahkan pendapatnya. Auni mengeluh berat. Janganlah…

Berkerut dahi Auni tatkala melihat ada satu jambangan besar bunga ros merah di atas meja kerjanya sebaik sahaja dia sampai di tingkat pejabatnya. Lama dia memerhatikan jambangan bunga berkenaan. Orang silap hantar ke?

          “ Wah Auni! Siapa yang bagi tu?” Adda yang muncul daripada belakang terus menyoal. Auni menoleh ke belakang. Dia terus menggeleng.

          “ Tak tahu,” jawab Auni pendek.

          Besarnya jambangan ni. Tentu mahal kan? Pekerja silap hantar ke apa ni?

          “ Auni.”

          Auni dan Adda sama-sama menoleh kepada Cassy yang baru sahaja muncul berdekatan dengan mereka. Cassy tersenyum lebar tatkala melihat jambangan besar bunga yang masih terletak di atas meja Auni itu.

          “ You’re very lucky, Auni. Pagi-pagi dah ada orang hantar bouquet besar macam tu. Mahal tu,” kata Cassy yang masih tersenyum lebar. Dahi Auni makin berkerut.

          “ You tahu ke siapa yang hantar?” Auni mula curiga.

          Cassy menggeleng pantas. “ Pekerja florist aje yang datang hantar. Try check kat bouquet tu, tentu ada kad yang terselit sekali kan?” ucap Cassy sebelum berlalu dari situ. Ingin ke pantri mungkin.

          Auni dan Adda saling berpandangan. Auni mencari pada jambangan bunga yang besar itu. Sekeping kad kecil berwarna putih ditemui. Kad itu dibuka lantas dibaca bersama-sama Adda. Auni terjerit kecil.

Accept my love? Please?
-Kimi-

            Tanpa disedari kad itu sudah melayang jatuh ke atas lantai pejabat mereka. Auni dan Adda sama-sama tergamam. Jambangan bunga itu diserahkan kepada Adda secara paksa. Auni terus duduk di tempatnya untuk menenangkan hati.

            “ Err… Auni?” Adda renung pada jambangan bunga ros yang sudah berada dalam tangannya.

            “ Kau ambillah bunga tu. Aku tak nak. Buat menyemak aje kat meja aku ni,” ucap Auni tanpa memandang langsung pada wajah Adda. Keluhan Adda dilepaskan.

            “ Kau tak sayang ke? Bunga ni mahal kot! Entah berapalah si Kimi habiskan untuk beli bouquet besar macam ni,” balas Adda. Jambangan bunga itu dicium. Wangi! Auni tak rasa rugi ke tolak jambangan besar macam ni?

            “ Tak nak. Kalau kau tak nak juga, kau bahagi-bahagikan bunga tu kat semua staf perempuan. Tak pun letak aje dalam bakul sampah tu. Okey?” kata Auni agak emosional. Adda tersengih.

            Auni, Auni, masalah apa lagi ni?

            Emosi Auni sudah tidak tenang. Macam mana Kimi tahu kat mana aku kerja? Arghhh!


“ NAJ,” mummy dah panggil dari dapur. Najwan yang hanya setapak dari dapur terus masuk sebaik sahaja mendengar panggilan mummy. Mummy tengah memasak, E-jat pula sedang duduk-duduk di atas kaunter dapur dengan beberapa buah kereta mainan mini yang sudah bersepah di atas kaunter, Mak Bedah pembantu rumah pula sedang memotong sayur.

          “ Yes, mummy,” sahut Najwan. Dia terus ambil tempat di atas kaunter dapur di tepi E-jat. Walaupun sudah ada kerusi yang tersedia di situ, tetapi Najwan lebih suka duduk di atas kaunter besar itu.

          “ Mummy ada hal nak cakap dengan Naj,” mummy cakap tanpa menoleh ke muka Najwan. Najwan hanya mengangguk. Dia bermain-main dengan salah sebuah kereta mainan kecil E-jat.

          “ Yes, mummy.”

          “ Mummy harap Naj setuju dengan apa yang mummy nak cakap ni,” kata mummy lagi.

          “ Yes, mummy.” Najwan tenung lama kereta mainan di tangan. Dah berjaman aku tak main benda alah ni. He he…

          “ Mummy tak kisah kalau kamu tak setuju tapi mummy harap sangat Naj setuju dengan plan mummy ni.”

          “ Yes, mummy.” Najwan masih buat donno dengan kata-kata mummy. Leka dia bermain dengan kereta mainan E-jat itu. Sesekali dia bermain lumba kereta mainan dengan E-jat melalui gerakan tangan mereka.

          “ Mummy, baba dan parents Auni dah bincang. Mummy dan ummi dia nak jodohkan kamu berdua, boleh?” kata mummy sambil mengacau sup ayam.

          “ Yes, mummy… what?”

          Cepat-cepat Najwan angkat muka daripada kereta mainan di tangan. Mummy yang terkejut dengan suara Najwan yang meninggi tiba-tiba terus menoleh ke belakang. Terangkat senduk di tangan kanan mummy.

          “ You said… what?” tanya Najwan lagi. Muka Najwan blur.

          “ Mummy cakap, mummy, baba and parents Auni dah setuju nak jodohkan kamu berdua. Macam mana? Kamu setuju?”

          Bulat mata Najwan merenung muka mummy. Seperti ada magis yang ajaib seperti dalam Harry Potter, kepalanya hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dan, secara tiba-tiba juga dia teringatkan apa yang telah dia lakukan kepada Auni ketika dia mengunjungi firma Adam beberapa hari yang lalu.


SOLUSI dibelek perlahan. Kadang-kadang bacaan Auni akan terhenti seperti ada sesuatu yang menganggunya. Sudah banyak kali dia mengingati perbualan Adda dengannya. Gara-gara Najwan yang singgah di pejabatnya sewaktu mahu berjumpa dengan Encik Adam beberapa hari yang lalu.


          Sebuah balang besar kosong yang berikat dengan reben merah-putih diletakkan di hadapannya. Kepala Auni yang asyik tunduk sahaja sewaktu menghadap fail di hadapan terangkat. Terkejut dia dengan kehadiran Najwan di hadapannya.

          “ You? Why are you here?” tanya Auni pantas. Dia dapat lihat senyuman Najwan mula terukir.

          “ Seeing your big boss. Nah, I bagi balang ni untuk you,” kata Najwan. Mata Auni jatuh pula pada balang yang sudah berhias dengan reben itu.

          “ For me?” tanya Auni blur. Najwan mengangguk.

          “ You isilah swan dalam tu banyak-banyak. I nak jumpa your boss, pergi dulu.”

          Habis sahaja berkata-kata, terus sahaja Najwan pergi. Auni ditinggalkan termangu-mangu di situ. Tidak cukup dengan itu, dia dikejutkan pula dengan jerkahan Adda.

          “ Kenapa dengan kau ni?” rungut Auni marah. Adda cuma gelak.

          “ Siapa tu? Boleh tahan,” bisik Adda sambil merenung Najwan yang baru sahaja memasuki bilik Encik Adam. Auni tarik muka.

          “ Encik Adam’s friend. Dah, pergi main jauh-jauh. Aku nak buat kerja pun tak senang,” kata Auni pantas. Adda mencebik. Balang kaca itu diambil.

          “ Takkan kawan Encik Adam je kot. Kalau tak, takdenya dia bagi kau benda alah ni,” kata Adda.

          Auni mengeluh. “ He’s my parents’ friends’ son. Dah faham?”

          Adda mengangguk lagak budak kecil. Balang kaca itu diletakkan kembali di atas meja Auni. Wajah Auni direnung nakal.

          “ Mamat Mukai tu ke? Dia syok kat kau yek?”

          “ Adda!” Bulat mata Auni merenung Adda. Adda gelak lagi.

          “ There’s someone falling in love dengan mamat kat dalam bilik bos tu,” kata Adda lagi.    

          “ Adda!!!”


          Solusi diletakkan di atas meja. Auni duduk memeluk lutut. Sejak mereka pulang daripada berbuka puasa di rumah Auntie Sofi, walid dan ummi asyik puji Najwan sahaja. Najwan pandai baca Al-Quranlah, Najwan pandai jadi imamlah, Najwan bijaklah, Najwan kacaklah, semuanya Najwan! Ingat aku tak tahu yang walid dan ummi cadang nak kenenkan aku dengan dia?

          Auni termenung sebentar. Dia melangut memandang siling. Kalaulah betul ummi dan walid nak jodohkan mereka berdua, sekurang-kurangnya dapatlah dia melarikan diri daripada Hakimi.

            Sejak hari dia mendapat kiriman ros merah hari itu, boleh dikatakan tiap tiap hari dia mendapat kiriman ros merah yang sama. Sehinggakan Encik Adam memerlinya, bertanyakan bilakah mereka akan mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan Auni. Auni pula sudah bosan menerangkan kepada Encik Adam dan rakan-rakan sepejabatnya bahawa bunga itu tidak memberi makna apa-apa kepadanya.

            Pujian ummi dan walid kepada Najwan kembali berlegar dalam kepalanya. Bukan senang tau ummi dan walid nak memuji sampai berbakul-bakul seperti itu jikalau mereka tidak betul-betul berkenan.

Kahwin dengan Encik Najwan? Tapi, nak ke Encik Najwan tu dekat aku? Dahlah baru kenal. Auni senyap. Cuba memikirkan kebenaran kata-kata walid dan ummi.

          Betul jugak apa yang walid dan ummi puji dia tu. Time dia baca Al-Quran, aku sendiri terpegun. Bukan ke bagi aku ‘ A Muslim Guy Looks Gorgeous When He Leads A Pray and Read Al-Quran’ macam page kat Facebook tu ke? Kiranya Najwan tu dah pass aku punya guide line nak cari suami dah tu. Masalahnya, aku suka dia ke tak?

          Sehelai A4 kosong dan sebatang pen biru dicapai daripada atas meja. Auni mengetuk meja dengan pen itu sebelum pen mula menari di atas A4. Dia senyum segaris. Sesekali dia ketawa sendirian apabila membaca balik tulisan yang tertera di atas kertas itu.


          Auni’s Guide Line When Looking For A Husband ;)
  • Boleh jadi imam solat and pandai baca Al-Quran
  • Hormat orang tua (tak nak ada masalah dengan mentua pula nanti)
  • Kena ada kerja tetap, tak kisahlah kerja apa asal halal
  • Sopan dan ramah dengan orang lain, tak kisahlah dengan siapa pun
  • Kenalah romantik. PENTING! (sebab ketagih tengok drama Korea yang romantiklah ni…)
  • Minat drama Korea macam aku (senang ke nak cari?)
  • Suka dengan budak-budak
  • Aku boleh buli dia time aku nak J


          Mata Auni menari pada setiap patah perkataan yang sudah siap ditulis. Malah, berulang-ulang kali juga dia membacanya tanpa jemu. Keningnya berkerut tiba-tiba. Rasa macam mustahil pun ada.

          Susahnya nak cari jejaka Malaya aku kalau macam ni. Ingat senang ke? Auni, Auni... Kalau macam nilah kau punya guide line, memang tak berlaki kau sampai ke tua. Nak lari daripada Kimi pun tak boleh ni, tak ada yang sanggup ikut guide line aku. Kepalanya digelengkan berulang kali. Adush!


E-JAT yang duduk di atas riba Najwan sedang leka bermain dengan patung Toy Story Buzz Lightyear. Najwan renung lama muka mummy dan baba. Nawal di sisi juga hanya membisu, tidak seperti kebiasaannya yang suka mencelah tatkala ibu bapa dan abangnya bercakap.

          “ Mummy dan baba memang serius ke?” tanya Najwan. Nadanya tegas tidak seperti kebiasaan.

          Mummy mengangguk. “ Mummy dan baba memang serius. Kami dan parents Auni memang betul-betul nak jodohkan Naj dengan Auni. Mummy tahu mummy dan baba tak berhak sepenuhnya nak tentukan jodoh kamu, tapi mummy harap sangat kamu kahwin dengan Auni. Mummy risau tengok kamu seorang macam ni, Naj. Tambah lagi, E-jat perlukan kasih sayang seorang ibu. Kamu dah macam papa E-jat, mummy nak kamu cari mama pula untuk E-jat,” kata mummy panjang lebar.

          Najwan mengeluh. Kepala E-jat diusap perlahan.

          “ Tapi mummy, kami baru kenal. Naj tak nak main-mainkan masa depan Auni,” balas Najwan sopan.

          Perkahwinan bukan suatu yang dapat dicuba. Bagi Najwan, sekali dia berkahwin, dia mahukan perkahwinan itu berkekalan hingga akhir hayatnya. Dibuatnya Auni sudah ada seseorang yang istimewa dalam hatinya, tak ke haru?

          “ Parents Auni dah pastikan dengan Auni sendiri. Dia memang tak ada siapa-siapa. Naj setuju ya? Mummy dah berkenan sangat dengan Auni tu.”

          Suara mummy jelas menunjukkan harapan seorang ibu yang mahu melihat anaknya bahagia kelak dan Najwan memang tidak akan sampai hati untuk memberi alasan lagi. Sudah cukuplah dengan segala alasan yang diberikan olehnya sebelum ini gara-gara tidak mahu berkahwin lagi.

          Najwan alih pandangan pada E-jat yang masih leka dengan mainan di tangannya. Wajah polos E-jat mengusik hatinya.

          Demi E-jat? Demi aku juga? Demi kami berdua?

          “ Naj… tak tahu nak kata apa. Cuma, Naj mintak mummy dan baba beri Naj masa. Naj tak nak Auni terpaksa terima Naj. Kalau boleh, biarlah dia suka Naj dulu sebelum kami kahwin,” kata Najwan perlahan. Muka mummy dah berubah gembira.

          “ Kiranya, kamu terimalah cadangan kami?” tanya baba pula setelah sekian lama membiarkan perbincangan itu didominasi oleh isterinya. Najwan mengangguk. Dia bangun dengan E-jat di dukungan.

          “ Naj dan E-jat naik dulu. Assalamulaikum,” kata Najwan. Nawal mengerutkan muka. Dilihat sahaja Alongnya naik ke tingkat atas. Muka mummy dan baba direnung.

          “ Mummy dan baba tak rasa pelik ke?” tanya Nawal.

          “ Pelik apa?” tanya baba hairan. Nawal bangun. Dia duduk di sisi mummy.

          “ Yalah, bukan ke selama ni Along liat benar soal kahwin, macam mana pulak boleh setuju aje dengan cadangan mummy dan baba nak jodohkan Along dengan anak kawan mummy? Langsung tak bantah apa-apa padahal ni kira macam kahwin paksa-tak paksalah ni,” kata Nawal. Mummy dan baba saling berpandangan. Kata-kata Nawal cuba dicerna sebaik mungkin.

          “ Betul juga,” kata mummy. Nawal angguk pantas.

          Punyalah selama ini liat benar anak teruna Sofiah-Luqman bila diaju soal nikah, alih-alih, setuju macam tu saja? Pelik… pelik…

          “ Nawal bajet yang Along memang sukalah anak kawan mummy tu. Lagipun, Along sendiri yang kata nak tunggu Kak Auni suka dia dulu, nampak gaya cam betul je,” kata Nawal lagi. Dia sengih bila tengok muka mummy dan baba berkerut. Mummy dan baba saling berpandangan. Lama.

          “ Call Yam cepat!” gesa mummy tiba-tiba. Cepat-cepat baba mengambil telefon bimbit di atas meja. Mummy dan baba sudah berebut telefon. Nyaris telefon itu jatuh ke lantai dek kelakuan mummy dan baba yang sudah kalut semacam. Nawal gelak besar melihatkan aksi mummy dan baba. Kalut benar pasal menantu untuk anak sulung mereka. Nawal gelak lagi.


“ HA???”

          Auni tengok pelik muka walid dan ummi tapi reaksi kat muka walid dan ummi biasa-biasa sahaja. Macam tak ada perkara pelik pun yang berlaku. Auni menghela nafas perlahan. Mukanya mula berkerut.  

          “ Walid dan ummi cakap nak jodohkan adik dengan… dengan… anak Auntie Sofi?” tanya Auni. Selamba sahaja walid dan ummi mengangguk.

          “ Tapi… kenapa?” tanya Auni pelik. Aku dengan… Encik Najwan?

          Baru aje aku fikir soal ni. Alih-alih ummi dan walid dah kata nak jodohkan aku dengan dia? Aku mimpi ke apa ni?

          “ Najwan yang kata nak masuk meminang adik. Dia kata dia berkenan dengan adik. Adik macam mana, nak tak? Walid suka dengan Najwan tu,” kata walid berterus terang. Ummi di sisi walid hanya tersengih. Nampak gaya macam suaminya yang bersungguh-sungguh berbanding dirinya pun ada.

          “ Walid jangan nak tipu, takkan tiba-tiba aje Encik Najwan nak masuk meminang adik? Kami bukannya kenal baik pun,” kata Auni lagi. Hamtaro dipeluk. Walid ketawa. Wajah ummi direnung.

          “ Betullah, takkanlah walid dan ummi nak tipu pulak,” kata ummi yang sudah tersenyum-senyum. Cuba menolong suaminya dalam situasi itu setakat yang dia mampu. 

          “ Ha?”

          Betul ke tak ummi dan walid ni? Dibuatnya mereka saja-saja nak kenenkan aku dengan Encik Najwan lagi, naya aku. Ishtakleh jadi ni… Tapi kan, kalau betul apa salahnya kan? Bolehlah say good bye to Kimi. Ha ha! Jahatlah pula aku ni.

          “ Kalau adik nak sahkan perkara ni, baik adik sendiri ke rumah Auntie Sofi, bincang elok-elok dengan Najwan tu. Lagipun, esok weekend, kan? Bolehlah adik jumpa dia. Tapi, walid dan ummi harap adik terimalah. Bukan senang nak cari lelaki macam Najwan tu sekarang,” kata ummi. Auni mula mengetap bibir.

          “ Ummi dan walid memang nak adik kahwin cepat-cepat ya?” tanya Auni.

          Senyuman ummi dan walid yang kian melebar menguatkan andaian Auni.

          “ Ibu bapa mana yang tak nak tengok anak mereka bahagia, adik? Tambah-tambah lagi bila jodoh yang baik untuk anak-anak mereka dah sampai. Takkan kami nak menghalang?” penuh teratur walid berbicara. Auni terkedu.

          Ingat aku tak laku ke? Kalau tak laku tak adanya si Kimi tu kejar aku sampai sekarang. Erk? Apasal fikir pasal dia? Hailoh… hailoh

          “ Yalah, yalah. Tengoklah dulu, kalau adik rajin, adik pergi jumpa dia. Adik naik atas dulu. Nantilah adik fikir,” kata Auni lalu bangun daripada sofa. Tangan ummi dan walid disalami sebelum dia bergegas naik ke tingkat atas.

          Melihatkan Auni sudah tiada, segera ummi mencuit lengan walid. Walid menoleh ke sisi. Keningnya diangkat.

          “ Kenapa?”

          “ Betul ke cara kita cakap Najwan yang nak masuk meminang dia?” bisik ummi. Walid sengih.

          “ Alah… Kak Sofi dan Abang Man sendiri yang suruh kita cakap macam tu. Jangan risaulah, pandai-pandailah Najwan nak kelentong macam mana. Yang penting, abang betul-betul harap yang dua orang tu ada jodoh,” kata walid. Ummi sengih.

          “ Yalah, yalah. Tahulah saya,” balas ummi. Walid gelak perlahan.

          Mata mereka kembali ke siaran televisyen. Langsung tidak memikirkan perihal Auni di dalam biliknya. Di dalam bilik…

          “ Adda!!!”

          Adda yang berada di sebelah sana talian dah menjarakkan dirinya jauh daripada telefon bimbit. Semuanya gara-gara jeritan Auni yang boleh memekakkan telinganya.

          “ Woi! Kau ni kenapa? Call aku malam-malam camni lepas tu jerit pulak. Cair taik telinga aku,” rungut Adda. Auni sengih. Alamak…

          “ Kau kena tolong aku! You MUST help me and I stressed it with big capital letters!!!” jerit Auni lagi. Adda sengih geram.

          “ Sekali lagi kau jerit macam tu, memanglah aku off telefon aku right on the spot,” kata Adda lagi. Auni terdiam. Alamak, marahlah pulak…

          “ Yalah! Yalah!” kata Auni. 

          “ Kenapa dengan kau ni? Ada orang nak masuk meminang kau ke sampai jadi macam ni? Yalah, kau kan nak sangat lari daripada Kimi tu,” tanya Adda merujuk kepada peristiwa beberapa hari lepas. Sebiji epal merah dikunyah. Lazatnya…

          “ Shoot.”

          “ You… what?” Adda dah mahu tercekik epal yang sedang dikunyahnya. Bersusah payah dia menelan butir epal itu. Matanya buntang.

          “ Aku tak main-mainlah. Betullah apa yang kau teka tu,” kata Auni bosan. Dia bersila di atas katil. Muka Hamtaro direnung lama. Lama dia menunggu jawapan Adda sehinggalah…

          “ Arghhhhhh!!!!!!!!!!!!! Betul ke?” jerit Adda kuat. Kali ini giliran Auni pula menjauhkan telefonnya. Berkerut-kerut mukanya melihat Corby di tangan.

          “ What the…”

          “ Betul ke? Betul ke? Betul ke? Auni!!!” jerit Adda lagi. Auni ketap bibir.

          “ Tadi kau yang…”

          “ Arghhhh!!!!!”

          Sekali lagi Auni menjauhkan telefon bimbitnya.

          “ Kau nak aku citer kat kau atau kau nak aku yang off telefon right on the spot?” ugut Auni geram. Adda gelak.

          “ Yalah, yalah. Aku tak menjerit dah, citerlah. Macam mana pulak kau yang single and available tu ada orang nak masuk meminang?” kata Adda. Auni menggelengkan kepala walau dah tahu Adda takkan dapat tengok punyalah gelengan dia tu.

          “ Aku pun tak tahu…” jawab Auni malas.

          Adda gelak lagi. “ Eh, sapa yang pinang hang tu? Tak nak habaq mai ka?”

          Auni diam. Mukanya berkerut. Nak cakap ke tidak? Nak cakap ke tidak? Karang menjerit pulak minah ni…

          “ Auni, are you still there? Cepatlah beritahu aku,” kata Adda teruja setelah sekian lama Auni mendiamkan diri. Auni mengeluh.

          “ Kau ingat tak Mukai Osamu Malaya tu?” kata Auni teragak-agak. Dia mengetap bibir.

          “ Dia???”

          “ Hai (ya)… aku…”

          “ Arghhh!!! Kau…”

          “ Adda….” Auni memberi amaran.

          “ Waaaa!!!”

          Tut!

          Corby dicampak ke atas katil. Memanglah betul kalau kau jerit sekali lagi aku off handset aku tu. Padan muka!

          Tidak lama kemudian, Corby kembali berdering. Auni mencebik. Dengan malas dia menyambut panggilan itu. Adda.

          “ Wae (kenapa)?Kenapa kau off telefon kau?” marah Adda. Auni ketap bibir geram.

          “ Dah kau menjerit, padan muka,” balas Auni.

          Adda gelak. “ Yalah, aku tak jerit dah. So, apa cerita? Memang betul ke Mukai Osamu Malaya tu nak meminang kau?”

          “ Walid aku cakap camtu. Masalahnya, aku bukannya kenal sangat dengan dia. Takkan tiba-tiba dia nak datang pinang aku pulak,” kata Auni. Adda mengangguk. Betul jugak

          “ Tapi, kalau betul dia nak pinang kau, kau pulak macam mana? Nak terima ke?” tanya Adda lagi. Auni diam. Dia menumbuk-numbuk Hamtaro di atas riba.

          “ Aku… entahlah. Sebab perkara ni jadi secara tiba-tiba. Aku tak bersedia pun. Aku tahulah aku harap sangat ada orang masuk meminang aku dalam masa terdekat ni, tapi aku tak sangka cepat betul doa aku makbul,” kata Auni perlahan. Adda tepuk dahi.

          “ Kalau kau tak sure, kau nak buat apa? Kau tak nak jumpa dia ke? Cakap baik-baik dengan dia. Sebab, bagi aku kalau dia tak serius dengan kau dia takkan pinang kau. Macam Kimi hari tu lah, kalau dia tak serius dia takkan keluar idea nak pinang kau tau tak?” kata Adda lagi. Auni gigit bibir. Betul jugak

          “ Boleh tak kita berhenti cakap pasal Kimi? Sekarang kita tengah cakap pasal Mukai Osamu Malaya tu tahu tak?” Tak habis-habis Adda nak ungkit kisah beberapa hari lepas tu.

          “ Okey, okey. Aku tahu kau memang tak suka cakap pasal lelaki tu. So, macam mana? Apa yang kau rasa dalam hati kau tu? Sama atau berbeza dengan apa yang kau rasa masa Kimi nak pinang kau?”

          Auni diam. Dia bingung tetapi sekurang-kurangnya dia merasa ada sedikit damai di hati. Mungkin kerana ummi dan walid benar-benar mahu dia menerima lamaran Najwan? Berbeza dengan Hakimi, ummi dan walid tidak begitu mengenali lelaki itu walaupun sudah lama mereka berkawan.

          “ Aku…”

          “ Auni, ni hidup kau. Walaupun parents kau nak kahwinkan kau dengan si Mukai Osamu Malaya tu, kau still ada hak untuk menolak kalau kau rasa kau tak boleh sehidup semati dengan dia. Think, okay? This is your life. Aku tak nak BFF aku ni merana lepas kahwin sebab main setuju aje,” pesan Adda berhati-hati.

          Adda tidak sanggup untuk mendengar kisah sedih Auni sekiranya dia dan si Mukai Osamu Malaya itu tidak serasi. Nanti tidak pasal-pasal boleh buka pejabat luahan masalah pasangan yang sudah berkahwin. Adda gelak dalam hati.

          “ Aku tahu, tapi…”

          “ So, conclusionnya aku nak kau jumpa dia esok and then terus inform kat aku, okey? Aku nak sambung tengok SHINee’s Hello Baby ni, my Key tengah menunggu daku sekarang ni,  bye bye.”

          Tut!

          Auni pandang geram pada Corby di tangan. Hampeh! Adda memang! Sehari tak tengok Key boleh meroyan gamaknya. Macam manalah bila dah kahwin nanti?

          Auni baring di atas katil. Hamtaro kembali dipeluk erat. Wajah Najwan terbayang di minda. Dia mengerutkan dahi. Aku ni dah kena sampuk dengan dia ke? Gara-gara terkejut dengan kata-kata walid dan ummilah ni.

          Cepat-cepat Auni bangun daripada katil dan berlari menuruni tangga. Walid dan ummi baru sahaja mahu masuk ke dapur sebelum teriakan Auni menghentikan langkah mereka. Walid dan ummi pandang pelik muka Auni yang nampak berkerut-kerut..

          “ Esok, adik nak pergi jumpa Encik Najwan,” kata Auni laju. Sesudah itu dia terus berlari naik ke atas. Walid dan ummi berpandangan.

          “ Macam mana?” tanya ummi. Walid sengih.

          “ Biarkan dia pergi. Saya nak pergi telefon Abang Man,” kata walid. Ummi hanya mengangguk. Tiba-tiba telefon rumah mereka berdering.


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...